Ayam goreng karamel, punyalah sedap dan nikmat makan sampai tutup mata. Ini kata empunya resipi Maryam Hussain.

Kalau nak tahu macam mana rasa sedapnya, kenalah cuba. Lagi pun cara membuat ayam goreng ini sangatlah mudah. Ia boleh dimasak kering atau berkuah. Keduanya sedap.

Tapi digoreng kering lebih enak kerana karamel akan bersalut pada ayam dan isinya sangat lembut dan mudah terlerai dari tulang.

Ads

Resipi Ayam Goreng Karamel

Ayam Goreng Karamel, Punyalah Sedap Makan Sampai Tutup Mata

Bahan-bahan

10 ketul ayam
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1 cawan air
3 sudu madu
1 sudu kicap manis
1 sudu kecil chili flakes

Ayam Goreng Karamel, Punyalah Sedap Makan Sampai Tutup Mata

Cara Penyediaan

1. Basuh ayam sehingga bersih. Letak secubit garam dan lada hitam. Gaul bersama tepung beras. Kemudiaan, goreng dengan api sederhana. Ketepikan.

2. Letak satu cawan air bersama madu, kicap manis dan chili flakes. Tunggu sehingga mendidih.

Ads

3. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

4. Kemudiaan, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sebati dan karamel melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Karamel, Punyalah Sedap Makan Sampai Tutup Mata

Ads

Tip Ekstra

  • Tepung beras buat tekstur ayam lebih rangup dan ringan berbanding tepung gandum biasa.
  • Mahu ayam lebih lembut, perap ayam dengan sedikit madu dan kicap dulu selama 30 minit sebelum goreng.
  • Kalau nak kurang manis, boleh ganti sebahagian madu dengan gula perang.
  • Gunakan ayam bahagian bertulang (contohnya peha, drummet atau kepak) sebab isinya lebih juicy dan sedap dimasak bersama sos pekat.
  • Nak aroma lagi padu? Tambahkan sedikit daun limau purut atau hirisan halia dalam sos karamel.

Kredit resipi & foto: Maryam Hussain

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI