Ayam Goreng Berempah India Dengan Bawang Rangup & Daun Kari

Share

Perasan tak, kalau dalam masakan India, banyak rempah-ratus maka dikategorikan sebagai pedas (𝘴𝘱π˜ͺ𝘀𝘺). Berempah tidak semestinya pedas.

Misalnya jika letak ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Berempah. Tetapi tidak pedas bukan?

Resipi ayam goreng berempah India daripada Siti Hazneza Abdul Hamid ini, tahap kepedasannya sesuai untuk dimakan kanak-kanak.

Jika pedas dikatakan 𝘩𝘰𝘡. Kepedasan biasanya datang daripada cili dan rasa yang pijar biasanya daripada lada (hitam, putih dan merah pun ada).

Jika pedas dan berempah itu yang jadi 𝘩𝘰𝘡 𝘒𝘯π˜₯ 𝘴𝘱π˜ͺ𝘀𝘺.

Β 

AYAM GORENG BEREMPAH INDIA

BAHAN-BAHAN:

Β½ ekor ayam
Β½ sudu makan serbuk cili – beli online di sini


1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan putih – beli online di sini
1 sudu teh serbuk stok ayam – beli online di sini
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online di sini
2 sudu makan tepung gandum – beli online di sini
Air secukup untuk jadikan rempah-ratus melekat pada ayam
2 labu bawang besarΒ  | hiris tebal sedikit dan gaul dengan tepung gandum – beli online di sini
Segenggam longgar daun kari – beli online di sini

*Tahap kepedasan rendah. Sesuai untuk kanak-kanak. Jika suka lebih pedas, boleh tambah serbuk cili atau kisar cili padi hijau untuk ditambah dalam adunan.

TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas | Dapur Rasa Live

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

CARA MASAK:

1. Ayam dipotong comel. Kemudian dalam satu bekas, satukan ayam dengan serbuk cili, ketumbar, jintan putih, stok ayam, garam, lada hitam dan tepung gandum.


2. Gaul dengan sedikit air sehingga bahan-bahan menyaluti ayam. Agak-agak macam pakai bedak sejuk tu.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Goreng minyak dalam dengan api sederhana. Mak Maryam (ibu mertua saya) ajar tutup supaya ayam masak elok sebelah dalam. Selepas kalih, baru biarkan terbuka. Ayam garing, tidak lembik, berjus di dalam dan tiada darah pada bahagian yang dekat dengan tulang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Sementara ayam dalam kuali, hiris bawang besar dan gaul dengan tepung gandum. Saya guna bekas jarang begini supaya tepung lebihan senang jatuh ke bawah.


5. Segenggam daun kari. Jika mahu, boleh ganti dengan daun pandan, daun limau purut atau daun kunyit. Aromanya akan berbeza.


6. Jika kuali besar macam rumah kenduri atau kedai mamak, memang mudah masukkan terus bawang dan daun kari selepas kalih ayam. Kuali saya comel jadi separuh jalan, saya keluarkan ayam dahulu untuk elakkan rentung.
7. Teruskan goreng bawang dan daun kari. Dah garing keemasan, boleh angkat dan masukkan pada ayam yang sudah siap.


8. Sentiasa selang-selikan menggoreng ayam dan campuran bawang dengan daun kari supaya seimbang dan tidak perlu gaul-gaul lagi kerana setiap lapis ayam, ada lapisan rangup bawang. Makan dengan nasi panas-panas sedap ni.

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:Β 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:Β 

IKLAN