Ayam Bakar Meleleh Memang Ketagih Nak Makan

Share

Ayam bakar yang sangat ringkas dan mudah di sediakan untuk sebarang majlis. Sos leleh yang menjadi kunci utama kesedapan ayam bakar yang akan jadi rebutan ini.

AYAM BAKAR MELELEH

BAHAN-BAHAN

  • 2kg Ayam (kepak atau paha)
  • 8 sudu besar sos tomato
  • 8 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan serbuk paprika (letak lebih jika nak pedas)
  • 4 ulas bawang putih ( tumbuk lumat )
  • 3 sudu besar Majerin


BAHAN TAMBAHAN:

  • Roti marjerin bakar


CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ambil periuk dalam dan masukkan majerin dan bawang putih.
  2. Terus masukkan sos cili, sos tomato dan serbuk black paper.
  3. Kemudian paprika, garam, dan gula letak terus.
  4. Gunakan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Gaul bersama ayam yang disediakan tadi. Gaul rata lebih kurang 10 minit dan tutup api.
  6. Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
  7. Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.

*sapukan sos lagi masa terbalikkan ayam yang sedang dibakar

Kredit : #Mida Masak

 

 

IKLAN