Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.
Cuma masalahnya nak guna penyembur dah tentu tak sesuai kerana bahagian ini adalah tempat penyediaan makanan sekeluarga.
Salah satu cara selamat yang boleh kita praktikkan untuk menghapuskan masalah ini adalah dengan membuat perangkap lalat.
Boleh cuba kaedah buat yang dikongsi oleh Syafiq Wazan ini. Bukan saja mudah dan murah tapi mesra alam kerana tidak menggunakan bahan kimia. Caranya hanya menggunakan rendaman kulit pisang.
Atasi masalah lalat banyak guna rendaman kulit pisang
Bahan-bahan yang diperlukan
1 botol plastik 1.5 liter
¾ – 1 cawan gula
¾ – 1 cawan cuka (apa-apa jenis, yang murah pun boleh)
1 kulit pisang
Air suam secukupnya
Ads
Langkah penyediaan perangkap lalat
1. Masukkan kulit pisang ke dalam botol.
2. Tambahkan gula dan cuka.
Ads
3. Tuang air suam hingga ke paras didalam gambar. .
4. Tutup botol dan goncang campuran supaya sebati. Lalat tertarik dengan bau fermentasi dan manis dari campuran ini.
5. Gantungkan botol ini di tempat terbuka — pokok, pagar, atau tiang, guna dawai (bukan tali, sebab tupai boleh gigit). Gambar kiri.
Ads
6. Bila dah penuh (seperti gambar kanan), tutup dan buang ke dalam tong sampah.
INFO
Gambar sebelah kiri: perangkap baru dipasang.
Gambar sebelah kanan: selepas beberapa minggu, penuh dengan lalat yang terperangkap.
Kaedah ini selamat, mudah dan mesra alam.
Perangkap lalat ini tak disarankan di letak dalam rumah sebaiknya di luar, contohnya di luar dapur.
Tengah asyik memasak, tiba-tiba api menyambar kuali yang sedang panas. Biasanya kita akan panik dan terus cari air untuk padamkan api.
Tapi sebenarnya tindakan ini tak akan memadamkan api malah mungkin menyebabkan api semakin marak. Jika berdepan dengan situasi ini di dapur berikut adalah cara betul untuk memadamkan api.
Boleh rujuk video di bawah
Satu lagi cara sekiranya api menyambar periuk, boleh juga menggunakan penutup periuk untuk memadamkannya.
Tapi pastikan jangan menutupkan dari atas sebaliknya sorong tudung periuk dari tepi untuk menutupnya.
Tindakan letakkan penutup dari atas hanya akan menyebabkan api dalam periuk makin besar. Malah air yang disimbah itu juga akan memercikkan minyak yang panas.
Pernah tak anda alami situasi di mana masakan bersantan seperti rendang, gulai atau kuih-muih cepat basi walaupun baru beberapa jam dimasak?
Memang frust, kan? Penat memasak, tapi hasilnya tak tahan lama dan terpaksa dibuang. Ramai yang sangka punca utamanya ialah cara memasak atau suhu penyimpanan, tetapi sebenarnya masalah santan cepat basi sering berpunca daripada kualiti santan itu sendiri.
Santan yang tidak segar, diproses dalam keadaan tidak bersih, atau daripada kelapa yang tidak cukup tua boleh menyebabkan makanan berbau masam walaupun baru dimasak. Tapi jangan risau, ada rahsia santan tahan lama dan beberapa petua dapur mudah yang boleh anda amalkan supaya masakan bersantan kekal segar dan berlemak berkrim!
Kalau nak hasil masakan yang sedap dan tahan lama, pilih kelapa yang baru dikupas dari sabut dan betul-betul tua. Kelapa yang tua mengeluarkan santan yang lebih pekat, berlemak dan kaya minyak semula jadi. Inilah kunci rahsia santan tahan lama.
Sebelum beli, perhatikan warna isi kelapa. Pastikan putih bersih dan tidak berbau masam. Jika anda beli di kedai runcit atau pasar, minta pekedai belah kelapa baru supaya tidak terbeli kelapa yang lama atau tengik.
Tip tambahan: Kalau nak kelapa parut yang elok untuk gulai dan kari, pilih kelapa yang kulit arinya tidak terlalu keras supaya santan lebih lemak dan tidak berkeladak bila dimasak lama.
Tahukah anda, setiap jenis kelapa sebenarnya ada fungsinya berbeza? Salah pilih bukan saja rasa masakan berubah, tapi juga boleh menyebabkan santan cepat basi.
Untuk rendang, kari, opor dan gulai: gunakan kelapa tua. Kandungan minyaknya tinggi, menghasilkan santan pekat dan beraroma. Sesuai dimasak lama atas api.
Untuk inti kuih atau pencuci mulut: pilih kelapa separuh tua atau muda. Teksturnya lebih lembut dan rasa manisnya ketara, sesuai untuk inti seperti kuih koci, pulut inti atau seri muka.
Cara anda memerah santan juga mempengaruhi ketahanan dan kualitinya. Jika anda memarut kelapa sendiri, pastikan kelapa diparut mengikut arah melintang supaya lebih banyak santan pekat keluar.
Kalau beli kelapa parut di kedai, perah menggunakan air masak atau air bersih. Air paip yang tidak dimasak boleh menyebabkan bakteria mencemari santan dan mempercepatkan basi.
Tip tambahan: Gunakan kain muslin atau penapis halus semasa memerah supaya santan benar-benar bersih. Santan yang bercampur hampas halus mudah basi dan menyebabkan masakan berkeladak.
Santan segar tidak boleh dibiarkan lama di suhu bilik. Selepas dibeli atau diperah, sebaiknya terus simpan dalam peti sejuk. Jika anda mahu gunakannya dalam masa sehari dua, simpan dalam peti sejuk (chiller). Tapi kalau nak tahan lama, bekukan dalam freezer.
Santan boleh tahan hingga tiga bulan jika disimpan dalam bekas bertutup rapat. Bila nak guna, keluarkan dan biarkan cair secara semula jadi di suhu bilik. Elakkan panaskan terus kerana haba boleh mengubah tekstur dan rasa santan.
Cara bijak: Bahagikan santan ke dalam bekas kecil mengikut sukatan masakan harian. Mudah nak guna tanpa perlu cairkan semuanya sekali gus!
Selain langkah asas tadi, orang dulu-dulu juga ada beberapa petua tradisional dalam rahsia santan tahan lama yang terbukti berkesan:
Santan bukan sekadar bahan asas – ia adalah jiwa kepada masakan Melayu. Dari rendang, laksa lemak hingga kuih serimuka, semuanya bergantung pada kualiti santan yang digunakan.
Masakan bersantan yang tahan lama bukan hanya bergantung pada cara memasak, tetapi bermula daripada pemilihan kelapa, teknik perahan dan cara penyimpanan. Dengan mengikuti rahsia santan tahan lama ini, anda boleh hasilkan masakan yang kekal segar, berlemak dan wangi lebih lama.
Mulai hari ini, jadikan dapur anda lebih “bijak santan”! Tak perlu risau masakan cepat basi. Sedikit ilmu ini cukup untuk pastikan setiap hidangan anda sempurna dan tahan lama seperti air tangan mak di kampung.
*Kandungan ekstrak tiram kurang 5 peratus, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja. *Rasa tiram yang ‘mild’ *Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
*Kandungan ekstrak tiram 40 peratus *Rasa tiram yang sangat padu * Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. SOS TIRAM TIRUAN SAYURAN
*Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1 peratus) serta perasa sahaja. *Sebab tu sesuai untuk Vegetarian -* Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. SOS BERPERISA TIRAM EKONOMI
*Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja. *Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg. *Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa…. dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza.
Ikutlah citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing. Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengoklah sekali cop halal dia ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Gunalah tanpa was-was walaupun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.