Tidak selesa dengan dapur yang berbahang atau panas? Ini mungkin menjejaskan mood anda untuk memasak apa lagi untuk menikmati makanan di kaunter bar atau pulau yang berada di dapur anda. Terdapat beberapa tip dan cara yang kadang kala kita tidak sedar dapat membantu mengurangkan rasa bahang di dapur. Jom sejukkan dapur.
Gunakan slow cooker
Slow cooker merupakan salah satu peralatan elektrik yang membenarkan anda untuk mereneh makanan. Cara ini sebenarnya mengekalkan suhu yang lebih rendah di dapur berbanding menggunakan cara memasak yang lain seperti menggoreng, membakar atau merebus. Banyak resipi yang boleh anda cuba menggunakan slow cooker ini.
Memanggang
Tahukah anda dengan memasak cara memanggang atau menyalai di dapur merupakan cara yang sangat baik untuk mengelakkan keseluruhan kediaman rasa berbahang. Tambahan pula, cara masakan yang cepat dan mudah menjadikan makanan lebih senang disediakan. Contohnya makanan yang ingin disalai atau dipanggang diperap terlebih dan sedia untuk dimasak untuk makan tengah hari atau malam anda. Tidak perlu risau kerana terdapat puluhan resipi yang memudahkan cara untuk memanggang makanan.
Salad dan snek
Menyediakan salad di dapur untuk makan tengah hari mahupun malam merupakan cara yang baik untuk mengelakkan dapur menjadi panas dan berbahang. Ia bukan sahaja baik untuk itu, malah bagus untuk kesihatan anda. Makanan berbentuk snek juga tidak perlu di masak seperti sandwic dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan bahang di dapur.
Menggunakan dapur gas
Ya, cara menggunakan dapur gas mampu menjadikan dapur berbahang namun ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding masakan menggunakan ketuhar. Oleh itu, elakkan penggunaan ketuhar jika tidak mahu dapur anda menjadi panas. Cara paling mudah ialah memasak masakan yang tidak perlu dimasak lama agar dapur kekal segar dan sejuk.
IKLAN
Pengudaraan
Pengudaraan menjadi kunci penting untuk mengekalkan suhu dapur yang sejuk dan menyenangkan. Pastikan tingkap dapur dibuka terutama ketika anda memasak. Ia akan membantu pengaliran udara dengan lebih baik. anda juga boleh memasang kipas ekzos yang berfungsi menyedut asap dan bahang di dapur.
Masa memasak
Masa memasak juga penting kerana menjadi faktor kepada kenaikan suhu di dapur. Masa terbaik untuk memasak adalah pada waktu pagi. Ini kerana segala proses memasak di dapur ketika waktu pagi lebih mudah seterusnya mengelakkan dapur menjadi berbahang.
IKLAN
Sumber gambar: 123 royalty free
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sekarang ni banyak restoran mahu pun cafe-cafe yang menyediakan menu yang pedas berapi, dek kerana sedap ada yang sanggup tahan pedas walaupun mulut bagaikan terbakar kepedasan. Malah ada yang kata lagi pedas lagi berselera makan.
Bagi anda yang tidak tahan dengan kepedasan berapi ini, petua berikut sangat membantu dan ia sangat mudah. Caranya adalah dengan meminum jus buah. Jus buah bukan hanya boleh menuteralkan rasa pedas di mulut tetapi juga boleh menenangkan seseorang yang dalam keadaan kepedasan.
Jika anda makan di restoran atau cafe-cafe, anda disarankan memesan jus buah siap-siap sebelum makan kerana apabila pedas, terusnya minum jus yang sudah siap di hadapan mata. Semoga tip ini member manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.
Betullah kata ungkapan Inggeris “An apple a day, keeps Doctor Away”. Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Tapi eloknya makanlah bersama kulitnya kerana terdapat sebahagian dari kandungan Vitamin C di bawah kulitnya.
Tapi eloknya dikikis dulu ‘wax’ atau lilin yang biasa menyaluti epal.
Di antara khasiat kesihatan epal hijau adalah ia membantu mencegah:
1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,anda boleh kisarkan epal hijau dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Tapi yang lebih mengujakan lagi, ia boleh mengyegarkan kulit wajah.
Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
Pertama:
Apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Kedua:
Bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga:
Jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.