Asam Pedas Daging, Cukup Perisa Tak Payah Lauk Lain

Share

​​Lauk asam pedas ni memang cukup menyelerakan. Rasanya pedas dan masam menjadikan asam pedas sebagai satu lauk yang sudah cukup bercita rasa untuk dimakan. Kalau kena gaya, tak perlu dah lauk lain. Cukup hanya semangkuk asam pedas boleh jadikan seseorang itu kenyang.

Selalunya orang akan masak asam pedas menggunakan ikan. Kini telah ada asam pedas ayam dan juga daging. Kali ini RASA kongsikan lauk asam pedas daging untuk korang semua.

ASAM PEDAS DAGING


Nampak sedap sungguh asam pedas daging ni.

BAHAN A
• Cili kering
• 3 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• Sedikit halia
• Lengkuas
• Kunyit hidup
• 1 batang serai
• Sedikit belacan

BAHAN B
• Minyak masak
• 2 batang serai (diketuk)
• Sedikit serbuk lada hitam
• 1 kg daging (hiris nipis)
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun kesum
• Bunga kantan

CARA MEMBUAT
1. Kisar halus semua Bahan A sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan A. Tumis sampai garing dan terbit minyak.
3. Masukkan serai yang diketuk dan serbuk lada hitam.
4. Kemudian masukkan daging. Kacau bagi mesra. Masukkan air asam jawa. Masak sampai daging empuk.
5. Masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Akhir sekali baru masukkan daun kesum dan bunga kantan. Siap.

Selamat Mencuba!

Resipi oleh Norsiah Zakaria dari Telegram KakiMakan

IKLAN