Apam Nasi Simple

Share

Apam nasi simple ini tak kurang sedapnya. Apatah lagi cukup mudah cara penyediaannya.

Ada kalanya kita ada lebihan nasi yang tak habis dimakan. Nak dibuang, rasa sayang dan membazir. Tak elok pulak.

Selain dimasak semula atau dijadikan nasi goreng, boleh juga gunakan nasi itu untuk membuat apam nasi. Mudah saja kalau tahu caranya.

Rugi kalau tak cuba buat sendiri. Ikuti perkongsian resepi daripada puan Zainun Karim ini.

RESEPI APAM NASI SIMPLE:

Bahan A:

2 cawan nasi

2 cawan air

1 – 1 1/2 cawan gula putih

Bahan B:

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung beras

1 paket yis atau anggaran dua sudu teh

Bahan lain untuk Apam Nasi Simple:

Kelapa parut + sedikit garam (kukus)

Cara Memasak:

  1. Kisar semua bahan A hingga hancur.
  2. Campur bahan A dan B.
  3. Kacau hingga rata dan perap selama 1 jam. Anda juga boleh warnakan mengikut kesukaan masing-masing.
  4. Setelah itu, masukkan ke dalam acuan. Terlebih dahulu, sapukan sedikit minyak pada acuan untuk menggelakkan apam melekat nanti.
  5. Kukus apam hingga masak sekitar 20 minit.
  6. Setelah masak, angkat dan keluarkan daripada acuan.
  7. Hidangkan apam dengan kelapa parut. Mudah kan? Sedia untuk dimakan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN