Biasa makan apam warnanya putih, kali ini warna biru bunga telang memang lain dari kebiasaan. Apam nasi, tapi bukan sembarangan nasi. Lebihan nasi lemak telang semalam, disimpan semalaman dalam peti sejuk. Keluarkan dan olah jadi apam nasi lemak telang. Cara buatnya sama macam apam nasi biasa, yang membezakannya ialah pada rasa. Rasa apam nasi lemak ni lebih sedap, lebih lemak. Cubalah buat kalau nak tau rasanya.
APAM NASI LEMAK TELANG
Bahan-bahan:
1 cawan nasi lemak telang (sejuk)
Ads
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/4 cawan air rebusan bunga telang
3/4 cawan gula
6 gm yis
Kelapa parut (putihnya saja) + garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan kecuali kelapa parut. Kisar halus, tuang dalam mangkuk dan tutup. Rehatkan hingga kembang dalam 30-45 minit. Buka penutup mangkuk dan kacau rata adunan apam.
Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Oles loyang dengan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 45-60 minit atau hingga apam masak (test dengan mencucukkan lidi, kalau lidi keluar licin, itu tanda apam dah masak). Sejukkan dalam 1jam baru dipotong.
Tabur kelapa parut atas apam dan hidangkan.
*kalau nak guna acuan kecil macam acuan lompang tu pun boleh.
*nasi lemak biasa (bukan yang ditambah air bunga telang) pun boleh juga digunakan.
Donut tidaklah terlalu sukar untuk dibuat namun kadang kala hasilnya tidak segebu dan selembut yang dibayangkan. Teringin nak makan donat yang lembut tapi hanya guna bahan biasa? Resipi perkongsian Norhazwani Binti Johari ini boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
1 cawan air suam(*)
3 sudu besar gula (*)
2 sudu besar susu pekat manis (*)
1 bungkus mauripan (*)
CARA-CARA:
Satukan bahan bertanda (*). Kacau sebati dan ketepikan 15 minit untuk proses pengembangan.
Dalam bekas berlainan, satukan planta, tepung dan telur. Gaul hingga sebati dan seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan bancuhan bahan bertanda (*). Masukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Tumbuk sedikit doh kemudian rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam.
Setelah doh mengembang, uli semula kemudian canai. Bulatkan dan bentukkan menjadi bentuk donut.
Susun doh donuh dan biarkan seketika sehingga kelihatan kembang.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Guna minyak yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut hangus.
Angkat, toskan minyak dan taburkan gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Sesekali buat kuih tradisional pun best jugak, kan? Orang kata, kalau tiada yang lama, maka tiadalah yang baru. Sedap sesangat. Kena ambil tahu juga cara nak buat kuih lama. Biar kekal sepanjang zaman. Nah, RASA kongsikan resipi kuih tepung bungkus. Senang je. Sukat pun guna cawan je uols.
TEPUNG BUNGKUS
(dapat 12-14 biji)
BAHAN ADUNAN PUTIH
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
Daun pandan
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.
BAHAN INTI
2 sudu gula pasir
1/2 biji gula melaka / nise
Sedikit air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
Daun pandan
CARA MEMBUAT INTI
1. Masak gula dengan sedikit air. Letak daun pandan.
2. Kemudian tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil.
3. Hampir kering, letak tepung gandum. Kemudian sejukkan.
4. Bulat-bulatkan inti.
CARA PENYEDIAAN
1. Daun pisang dilayur atas api.
2. Letak adunan putih. Kemudian letak inti dan sedikit lagi adunan putih.
3. Lipat kemas. Kukus 10 minit.
Kuih Telur Kubis. Nampak sangat sedap dan menggiurkan. Menurut perkongsian saudara Muliadi Ramli, kuih ini adalah kuih tradisi orang Terengganu. Namun kini ia sukar diperolehi. Amat rugi kalau resipi warisan ini tidak dijaga. Apa kata cuba hasilkan untuk sajian minum petang keluarga. Makan panas-panas pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TELUR KUBIS TERENGGANU
BAHAN A (KULIT KUIH) 500gm tepung gandum – beli online disini 2 sudu makan marjerin – beli online disini 1 biji telur Garam & gula secukup rasa Perasa secukupnya Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH: 1. Masukkan tepung, marjerin, garam, gula, telur dan perasa dalam satu bekas. Gaul hingga sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. 3. Pastikan doh tepung tidak terlalu keras dan tidak lembik. Kena uli sampai doh tidak melekat di jari. 4. Biarkan doh selama 1-2 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan doh seperti membuat roti canai. 6. Sapukan marjerin pada doh dan biarkan dalam bekas selama 3 jam. Kalau biar selama satu malam lagi bagus.
7. Ketepikan bahan untuk kulit dan sediakan inti pula.
BAHAN B (INTI IKAN) 9 ekor ikan selayang/sardin – dibersihkan 1 kotak kecil santan – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 ulas bawang putih – beli online disini 1 inci halia Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ikan direbus dan diasingkan isinya. 2. Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Tumbuk lagi hingga semua bahan lumat. 3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama santan, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga sambal kering atau lembap. 4. Siap dan sejukkan inti.
BAHAN C (SAYUR) 1/2 biji kubis 1 biji bawang holland – beli online disini 10 tangkai cili padi merah dan hijau – lebihkan jika suka pedas (semua bahan C dimayang dan hiris nipis)
BAHAN D (TELUR) 4 biji telur – pukul telur & letak sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan Kuih Telur Kubis pertama sekali ambil doh dan canai hingga nipis.
2. Letak inti ikan, hirisan sayur kubis, hirisan bawang holland, hirisan cili dan sedikit bancuhan telur. Kemudian lipat doh dan pastikan inti tidak terkeluar.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
4. Kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan nipis. 5. Ambil doh yang telah digoreng tadi dan letak pada doh. Masukkan inti ikan, sayur, cili dan bancuhan telur. Bungkus kemas. (ulang proses yang pertama tadi).
6. Goreng doh untuk kali kedua dan untuk kali ketiga, juga ulang proses yang sama. (Kuih Telur Kubis ini akan jadi 3 lapis).
7. Bila siap lapisan ketiga, boleh potong kuih dan sedia untuk dinikmati.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...