
Kuih muih melayu memang punya keistimewaan tersendiri. Hari ni jom kita buat kuih apam lejen, gerenti ulang kali makan. Satu adunan ni dapat dalam 30 biji, guna acuan kecil ikut banyak mana isian dalam acuan.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni tak berapa manis. Bagi yang nak manis boleh dan sedikit gula pasir)
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum-beli online di sini
1 peket yis segera (11g)-beli online di sini
Cara memasak:
1.Air panas dan gula merah disatukan dan dikacau hingga gula larut-tapis dan biarkan seketika hingga suam.Kalau nak dimasak terus pun boleh.
2.Pastikan larutan gula merah masih suam ketika dicampurkan dengan tepung dan yis supaya adunan dapat mengembang dengan jayanya.
3.Perap lebih kurang selama 1 jam.Bila dah kembang,adunan tak perlu dikacau.
4.Setelah kembang,kukus adunan dalam loyang atau dalam acuan kecil-kecil sehingga masak.(dalam acuan kecil ni dalam 15minit)
***kukusan panaskan hingga mendidih.
***acuan sapu dengan sedikit minyak.
Kredit: Sabariah Mehat
Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik, Lemak Manis Memang Sedap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Cucur Ketam Bercili Untuk Sajian Minum Petang. Ringkas Tapi Sedap.

Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Resipi Kuih Muih Tradisional Sedap Dan Masih Terus Dicari

Air tangan yang paling enak merupakan air tangan seorang ibu. Tentunya setiap orang daripada kita mempunyai kenangan masakan ibu tercinta yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Terdapat pelbagai jenis masakan termasuk kuih muih tradisional yang pernah dimasak oleh ibu kita dan kesedapannya pasti terbayang sehingga kini. RASA kembalikan nostalgia enam jenis kuih tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Kini anda boleh cuba memasaknya untuk anak-anak anda pula. Ternyata, kuih tradisional tidaklah sesukar yang disangka. Yang penting, kena rajin…
PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
- Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.

APAM NASI
BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis
BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya
BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
- Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
- Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
- Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 4 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Apam yang gebu
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda. Waktu memasak bergantung pada saiz acuan.

LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
- Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
- Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh juga masukkan lompat tikam di dalam bekas-bekas kecil untuk lebih cantik.

CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
- Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
- Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
- Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.

KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
- Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
- Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
- Setelah sejuk, boleh dipotong.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.

KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
- Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
- Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
- Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
- Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
- Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.

Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor
Resipi Simple Untuk Yang Baru Nak Belajar Buat Karipap

Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM

BAHAN INTI

Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang

BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.

2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.

4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.

CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.

2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.

5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!


Selamat mencuba!
Kredit Resipi Dapur Bujang

