Selalu sayur hanya jadi lauk pelengkap. Tapi korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Misalnya lauk sambal terung ni. Sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi. Boleh juga dimakan dengan lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
Ads
SAMBAL TERUNG
sambal terung mama fb.
Ads
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Siapa kata sajian diet tidak menyelerakan. Sebenarnya kita masih boleh menikmati makanan yang penuh berkhasiat dan sedap. Paling penting sebenarnya kena rajin mencuba resipi baru bersesuaian dengan selera kita sendiri.
1. SANDWIC SALMON
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Ikan boleh digoreng dengan sedikit minyak sayuran yang dicampurkan mentega untuk menggantikan minyak zaitun. Boleh juga diletakkan kepingan keju cheddar.
2. AYAM PANGGANG ROSEMARY BERMADU DAN KENTANG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN UNTUK KENTANG MENTEGA:
CARA MEMASAK:
Info chef: Apabila membakar jus ayam tersebut akan keluar, jangan dibuang, jus tersebut boleh dijadikan sos untuk ayam. Kisar bawang yang telah disumbat ke dalam ayam hingga hancur. Masak kembali bawang tersebut bersama jus ayam tadi. Tambahkan garam, stok ayam, lada hitam dan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
3. UDANG PANGGANG SALAD
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh panggang udang lebih lama untuk dapatkan kesan hitam ‘terbakar’.
4. SALAD AYAM AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS SALAD:
CARA MEMASAK:
Info chef: Jika tiada cuka epal, boleh guna cuka masakan.
5. MINI PAI AYAM BERSAMA BAYAM DAN CENDAWAN
BAHAN- BAHAN UNTUK DOH PAI :
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI PAI:
BAHAN SAPUAN:
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan doh:
Untuk menyediakan pai:
INFO CHEF:
6. DADA AYAM DAN SAYUR PANGGANG BERSAMA ROTI PITA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk lebih mudah makan, sumbat ayam dan bahan lain ke dalam roti pita.
7. FALAFEL BERSAMA SOS YOGURT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS :
BAHAN-BAHAN FALAFEL:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Proses membuat adunan juga boleh menggunakan food processor.
8. SALAD AYAM ALA MEDITERRANEAN
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
BAHAN- BAHAN SALAD :
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Perapan ayam akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
Jom masak Daging Bakar ala Thai dan sos pencicah yang sangat sedap ni. Menurut empunya resipi saudari Dani J Tang, menerusi carian di google bahagian daging yang paling sedap dimasak begini adalah daging berlemak di bahagian celah paha lembu. Ha.. yeke? Mai lah kita cuba. Tengok gambar pun dah tau sedap! Masak sendiri ni lagi puas hati. Sekali masak dapat makan berkali-kali. Memang puas. Jom cuba!
INFO: Boleh ubah suai bahan sesuai selera, kuantiti bahan perapan ikut saiz daging.
Walau drama Titian Cinta dah hampir sebulan tamat, tapi auranya masih kuat, apa lagi OST lagu drama ini, Sumpah Cinta dan Sungguh Mencinta terus diputarkan di radio hingga hari ini.
Siapa sangka penyanyinya Noasfan Shah atau lebih dikenali sebagai Asfan sebenarnya seorang yang cerewet soal pemakanan. Dek kerana cerewet itulah beliau sanggup memasak sendiri dan bawa bekal makanan bila berada di luar rumah.
Akui Asfan, beliau menjadi seorang pemilih soal makanan yang diambil sejak menyedari bahawa tabiat pengambilan makanan seseorang itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. Sebagai langkah pencegahan Asfan cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat. Awalnya agak sukar dan menyusahkan tetapi lama kelamaan beliau boleh membiasakan diri.
“Bila mendengar ramai orang meninggal dunia kerana masalah jantung dalam usia muda. Lebih menyedihkan bila saya dengar ada kanak-kanak dan remaja menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes, menjadikan saya gerun. Oleh itu tidak mustahil saya dan ahli keluarga mendapat penyakit ini jika tidak mengamalkan pencegahan dari awal.
“Melalui pelbagai info yang saya perolehi sama ada melalui pembacaan, cerita orang mahupun pengalaman kawan-kawan sebahagian dari punca masalah kesihatan ini datang dari makanan yang diambil tanpa kawalan dan makan ikut nafsu,” ujar Asfan.
Reaksi terhadap permasalahan tersebut, Asfan mengambil keputusan untuk mengubah cara pengambilan makanan. Beliau mula selektif dalam memilih makanan bila makan di luar.
“Saya menjadi sangat cerewet, tidak kira untuk sarapan, makan tengahari mahupun malam saya akan fikirkan apa yang boleh makan dan tidak boleh. Sampai satu tahap saya akan kira kalori dalam makanan yang akan saya makan. Makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam memang saya jauhi,” ujar Asfan.
Ain Sakinah Razali yang ada bersama mengakui sifat cerewet Asfan, menjadikan beliau sebagai isteri rasa terbeban. Tetapi demi kesihatan mereka sekeluarga, Ain menyesuaikan diri dengan cara pengambilan makanan suaminya.
“Asfan jarang mengambil daging merah, menjauhi makanan berlemak dan berminyak. Kalau kami berdua keluar membeli barang dapur, dia sangat belek segala tulisan ada pada kotak, botol atau tin makanan yang ingin dibeli. Segala kandungan kalori, apa bahan yang ada semua diperhatikan,” tingkah Ain sambil melayani anak bongsunya, Ali Wakeel Shah, sembilan bulan. Sementara, Ali Haytham Shah, 2 tahun yang masih lena tidur.
TIDAK KEKOK DI DAPUR
Sejak mendirikan rumah tangga Ogos tahun 2012, Asfan sebenar tidak kekok di dapur untuk menyediakan sendiri hidangan keluarga kecilnya. Antara menu yang sering disediakan adalah pasta dan salad, malah anak-anaknya sangat suka sarapan dengan ‘Macaroni Cheese’ yang disediakan olehnya.
“Kalau ada kesempatan saya suka masuk dapur memasak masakan kegemaran kami sekeluarga. Tapi bila sudah masak saya tidak suka kemas dapur, yang jadi mangsa isteri. Dia yang terpaksa kemas dapur dan cuci semua pinggang mangkuk dan periuk kotor yang telah saya gunakan untuk memasak.
“Walaupun sangat cerewet dan banyak pantang larang. Sekali sekala kalau teringin kami ambil juga daging tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya atau isteri akan sediakan dalam menu kami tetapi dalam penyediaan lebih sihat. Contohnya kami akan masak tanpa menggunakan bahan berlemak seperti santan. Jika mahu masak lemak kami tukar santan dengan susu rendah lemak atau tukar minyak masak dengan minyak zaitun jika ingin menumis,” cerita Asfan yang sudah lebih 10 tahun terbabit dalam industri muzik.
MASA UNTUK ISTERI DAN ANAK-ANAK
Biarpun sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan beberapa album artis baru sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, Asfan tetap mencuri sedikit masa sibuknya untuk bersama isteri serta anak-anaknya.
“Sekarang jadual saya agak padat, tetapi bukan alasan untuk mengabaikan keluarga. Anak-anak kami masih kecil dan perlukan perhatian sepenuhnya dari kami suami isteri. Walau pun Ain sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhya kepada anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan.
“Setiap minggu saya akan pastikan sehari atau dua kami dapat bersama dengan anak-anak. Selalunya saya akan bawa mereka keluar, pergi ke mana-mana yang boleh mengembirakan anak-anak dan membiarkan mereka bebas bermain dan menerokai persekitaran di luar dari likungan rumah kami, “ tegas Asfan mengakui isteri dan anak-anak adalah pendorongnya untuk terus bekerja kuat dalam industri.
SEMAKIN KUKUH DALAM INDUSTRI
Asfan yang mula dikenali menerusi lagu Terhenti Di Sini, di mana lagu ini menjadi lrunut bunyi drama Nora Elena pada tahun 2011 telah membawa Asfan muncul dengan single keduanya, Maafkan Aku, diikuti dengan lagu Alasan Untuk Bahagia mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi.
Biarpun lagu-lagunya menjadi siulan tapi di kalangan peminat seni, mereka kurang mengenali Asfan. Namun ia bukan alasan untuk beliau patah semangat. Sebaliknya, dari awal pembabitan Asfan dalam industri adalah untuk mengembangkan bakat dan kerjaya bukan mencari glamor.
“Saya lebih selesa dikenali masyarakat kerana bakat bukan kerana kontraversi. Bagi saya glamor boleh dicari tapi bakat adalah aset untuk saya pergi jauh dan bertahan dalam industri.
“Tahun ini, impian saya adalah untuk memantapkan karier seni termasuk membantu membuka peluang kepada bakat baru yang di bawah satu bumbung syarikat muzik untuk mengembangkan bakat nyanyian mereka,” ujar Asfan yang terbabit secara langsung dalam menjayakan rakaman artis lain untuk lagu ciptaannya.
Antara artis yang terbabit termasuklah Arja Lee, Haiza dan kumpulan Qanda. Disamping itu, Asfan juga bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi. Untuk album sulungnya ini, Asfan turut memuatkan beberapa lagu single popular yang pernah menaikan namanya sebelum ini.
Jom Kita tengok resipi ringkas dan berkhasiat daripada Asfan.
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.