Nasi goreng ialah antara hidangan yang ringkas namun mampu menambat selera. Apatah lagi jika dimasak dengan cukup bahan dan sedikit pedas. Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan memang telah ada di dapur. Malah nasi goreng juga boleh dimasak menggunakan lebihan nasi yang dimasak semalam. Rasa kongsikan 13 resipi nasi goreng untuk anda cuba sendiri di rumah.

NASI GORENG NANAS

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 ml minyak masak untuk menumis
  • 10 gm bawang putih (dikisar)
  • 20 gm bawang merah (dikisar)
  • 20 gm cili padi (dikisar)
  • 20 gm cili besar merah (dikisar)
  • 40 gm isi ayam
  • 10 gm sos ikan
  • 10 gm sos tiram
  • Semangkuk nasi putih
  • 40 gm nanas (dipotong dadu kasar)
  • 20 gm sawi cina

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
  2. Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
  3. Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Nanas membuatkan nasi goreng agak basah. Elakkan disimpan lama kerana takut mudah basi.

NASI GORENG CINA

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang putih (dikisar)
  • 2 bji telur ayam
  • 100 gm sayur cmpur
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
  2. Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit.
  3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Boleh tambah kacang pis dan lobak merah yang dipotong dadu untuk menambah warna.

NASI GORENG USA

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang putih dikisar
  • 2 bji telur ayam
  • 100 gm sayur campur
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan  sos tiram
  • 40 gm udang
  • 40 gm sotong
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
  2. Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
  3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Lebih baik rebus sotong dan udang dengan air sedikit supaya nasi goreng tidak berair.

NASI GORENG PETAI

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang putih dikisar
  • 50 gm ikan bilis
  • 2 papan petai
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
  2. Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
  3. Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.

INFO CHEF: Jika suka, boleh gunakan budu sebagai ganti untuk sos tiram dan sos ikan.

NASI GORENG KERABU

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 40 gm bawang merah (dimayang)
  • 30 gm bawang putih dikisar
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Semangkuk nasi putih
  • 40 gm kacang panjang (dihiris halus)
  • 40 gm bunga kantan (dihiris halus)
  • 40 gm serai (dihiris halus)
  • 30 gm cili padi (dihiris halus)
  • 30 gm minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
  3. Masukkan nasi, kacang panjang, bunga kantan, serai dan cili padi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan hidangkan.

INFO CHEF: Seimbangkan jumlah sayur yang digunakan dengan nasi supaya tidak mengganggu anda menikmati hidangan.

NASI GORENG KANGKUNG

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm bwang merah
  • 10 gm bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 80 gm kangkung (dipotong)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Sedikit serbuk perasa
  • Semangkok nasi
  • 100 gm ikan bilis (digoreng garing)

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jangan tumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
  4. Masukkan sos ikan dan serbuk perasa.
  5. Masukkan nasi bersama ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Kacau sehingga rata. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Jangan masak kangkung terlalu lama kerana hendak mengekalkan rasa rangupnya.

NASI GORENG CENDAWAN

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang putih dikisar
  • 2 biji telur ayam
  • 100 gm cendawan tiram
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 40 gm udang
  • 40 gm sotong
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
  2. Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur.
  3. Masukkan cendawan, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
  4. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh juga gunakan cendawan butang.

NASI GORENG DAGING

IKLAN

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 ml minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang besar (dibelah lapan)
  • 100 gm daging (dipotong kecil)
  • 50 ml air
  • 30 gm serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Semangkuk nasi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar.
  2. Masukkan isi daging bersama air. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, sos ikan dan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi. Kacau dan biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Potong daging dalam saiz kecil supaya cepat masak dan lembut.

NASI GORENG BELACAN

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm bawang merah
  • 10 gm bawang putih
  • 5 biji cili api
  • 30 gm minyak untuk menumis
  • 80 gm kangkung (dipotong)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Sedikit serbuk perasa
  • 10 gm serbuk belacan
  • Semangkuk nasi
  • 100 gm ikan bilis (digoreng garing)

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili padi. Jangan tumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
  3. Masukkan sos ikan, serbuk perasa dan serbuk belacan.
  4. Masukkan nasi bersama ikan bilis. Kacau sehingga rata. Tutup api dan hidang.

INFO CHEF: Boleh gunakan belacan bakar ataupun tidak dibakar.

NASI GORENG TOMYAM

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 30 gm bawang besar (dibelah lapan) 
  • 30 gm cili padi
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 50 gm udang
  • 50 gm sotong
  • 30 gm bunga kobis
  • 30 gm lobak merah
  • 20 gm putik jagung
  • 20 gm cendawan
  • 10 gm sos ikan
  • 20 gm sos tiram
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili padi. Masukkan pes tomyam bersama udang dan sotong. Biarkan selama seminit.
  2. Masukkan bunga kobis, lobak merah, putik jagung, cendawan, sos ikan dan sos tiram. Gaul sekata.
  3. Masukkan nasi. Kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Boleh juga tumbuk halus bawang besar untuk menambah keenakannya.

IKLAN

NASI GORENG PAPRIK

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN PAPRIK:

  • 30 gm minyak masak
  • 10 gm bawang putih (dikisar)
  • 20 gm bawang besar (dibelah lapan)
  • 30 gm cili api
  • 40 gm sotong
  • 40 gm udang
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 50 gm lobak merah
  • 50 gm bunga kobis
  • 20 gm sayur kailan
  • 50 ml air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
  2. Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah menjadi pekat. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

BAHAN NASI GORENG:

  • 30 ml minyak masak
  • 10 gm bawang putih (dikisar)
  • 30 gm cili besar merah (dikisar)
  • 20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
  • 30 gm cili besar merah (dikisar)
  • 10 gm sos ikan 
  • 10 gm sos tiram
  • Semangkuk nasi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
  2. Masukkan sos ikan bersama dengan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati biarkan selama tiga minit dan tutup api. Sedia dihidang.

INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam ke nasi goreng kerana telah guna sos ikan dan sos tiram.

NASI GORENG LADNA

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN LADNA:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 10gm bawang putih (dikisar)
  • 20 gm bawang besar (dibelah lapan) 
  • 30 gm cili padi
  • 40 gm sotong
  • 40 gm udang
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 50 gm lobak merah
  • 50 gm bunga kubis
  • 20 gm sayur kailan
  • 10 gm tepung jagung
  • 50 ml air

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.

2.Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.

3.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Curahkan ke dalam bahan tadi. Kacau rata. Tunggu kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.

BAHAN NASI GORENG:

  • 30 ml minyak masak
  • 10 gm bawang putih (dikisar)
  • 20 gm bawang merah (dikisar) 
  • 20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
  • 30 gm cili merah besar (dikisar)
  • 10 gm sos ikan 
  • 10 gm sos tiram
  • Semangkuk nasi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
  2. Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati dan biarkan selama tiga minit. Tutup api. Sedia dihidang.

INFO CHEF: Seimbangkan rasa pedas ladna dan nasi goreng supaya boleh dinikmati dengan lebih selesa.

NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN

Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

BAHAN-BAHAN:

  • 30 gm minyak masak untuk menumis
  • 80 gm bawang besar (dimayang)
  • 50 gm cili padi (dibelah dua)
  • 50 gm ikan masin jeruk
  • 100 gm sayur kailan
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Semangkuk nasi putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili api. Kacau sehingga layu.
  2. Masukkan ikan masin. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan sayur kailan yang telah dibersihkan.
  3. Masukkan sedikit sos ikan dan sos tiram. Masukkan nasi dan kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.

INFO CHEF: Ikan masin tenggiri ialah pilihan terbaik untuk nasi goreng ini.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI