Sudah jadi satu kewajipan kalau pergi beli kuah pagi-pagi atau petang mesti ada kuih apam, kalau takda tak sah jadinya. Kuih Apam sering dihidangkan untuk sarapan pagi tapi boleh juga untuk minum petang. Tekstur apam yang bersarang, kenyal dan sedap dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam, memang sedap! Rugi kalau tak pandai buat, cara pembuatannya mudah apa kata anda cuba dulu tak rugi pun.

 

 

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

APAM BANDONG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cwn tepong gandum
  • 1/2 cwn susu bandong saji.
  • 3 sd bsr gula.
  • 2 sd mkn yis (1/2 pkt yis mauripan).
  • Air lebih kurang 1 cawan… Kalau pekat tambah sikit lagi air..

CARA MEMASAK:

  1. Pkli semua sebati.. Perap sampai kemabng selama 2 jam.
  2. Kukus 15 minit acuan kecil.. 45 mnt loyng.. Acuan sapu minyak..
  3. Pengukus di panaskan terlebih dahulu.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Badariah Abdrahman

 

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!   Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

Ads

APAM KAMPUNG GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar tapai nasi
  • 1 cawan air gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
  • 3 cawan air
  • 11gm yis
  • Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)

 

CARA MEMASAK: 

  1. Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  3. Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel
  4. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.
  5. Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.
  6. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.
  7. Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohani Ronnie

 

 

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

APAM KAMPUNG 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 peket yis
  • 1 1/2 cawan air (kalau pekat lagi, tambah 2 sdp air lagi)

 

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan. Kacau hingga sebati. Peram adunan selama 11/2 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan.
  3. Masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus sampai masak. Siap.

*Kalau acuan kecik2 tu, kukus 10-15 min. Kalau acuan besar, 25-30 min ya

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Roslina Omar / Casriena Khabri

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

APAM RAINBOW VIRAL

 

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)(280 grm pon ok)
  • 220 gm gula halus ( 1 cawan)(kalau nak letak filling kurangkan gula)200 grm.
  • 150 ml susu segar/ susu cair
  • 3 sudu kecil baking powder(saya kurangkan kpd 2 sudu kcl)
  • 1 sudu kecil ovalette**
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna rainbow 7 kaler.
  • inti apa pon bole.
    ***(bhn yg sama utk resepi apam dot2)

CARA-CARA:

  1. Ayak tepung& baking powder..tepikan.masukkan semua bhn kedlm mixer(kecuali tepung gandum) & putar dgn kelajuan tinggi 5@6 minit @ sehingga adunan betul2 gebu.bila adunan dah gebu masukkan tepung sikit2 sambil kacau perlahan&sebati.
  2. Ambil dlm 1 senduk mkn rata adunan putih & masukkan pewarna..sebatikan&masukkan dlm piping bag.ulang langkah sampai cukup warna yg d suka.
  3. Masukkan adunan putih dlm acuan 3/4 cup(kalau nak letak filing,letak adunan setengah cup..pastu letak filing..baru letak adunan lagi sampai 3/4 cup).
  4. Pastu ambil adunan bewarna tadi,& paipkan pd adunan dlm cup..ikut turutan rainbow.siap.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.

**pastikan telur n susu cair betul2 sejuk(dari esbox)

*ini cara saya>>tepung yg dah d ayak jangan masukkan semasa kita putar adunan ni..(adunan cpt naik & gelembung udara bnyk terhasil sblm sempat nak kukus)ini yg akibatkan apam kita bnyk jerawat nanti..hehhe.

Ads

*masukkan semua bahan kecuali tpg gandum.bila dah gebu baru masukkan tepung sikit2 sambil d kacau perlahan.*
siap.

  KREDIT RESIPI & GAMBAR: lailawati ahmad

 

 

 

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

RESIPI APAM SUSU MARBLE

BAHAN A:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sdb ovalate

BAHAN B:

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan santan

BAHAN C:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Blend BAHAN A sampai gebu.. Pastu masukkan BAHAN B, blend lagi sebati..
  2. Masukkam bahan blend dlm tepung.. Kaup balik je.. Kukus 30 minit.. Siap.!

Selamat mencuba!

KREDIT RESIPI & GAMBAR: AinurAziana

 

Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi! Aneka Jenis Apam Viral, Buat Netizen Berebut Share Resipi!

APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 7biji pisang berangan
  • 1 sk soda bikarbonat(jgn membukit nti pahit)
  • 1 sk baking powder
    (Lenyek pisang dn masukkn soda n baking powder dn biarkn selama sejam)
  • Telur 3biji gred A (blend selama seminit dua)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn minyak
  • 3/4 gula halus
  • Garam secubit

CARA MEMASAK:

  1. Mula2 masukkn gula & garam ke dlm pisang yg dh dilenyek tu dn kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak dn telur yg dh di blend n kacau lagi smpai sebati..
  3. Last skali masukkn tepung sikit2 smpai abes.
  4. Masukkn ke dlm acuan lompang n kukus dgn api sederhana selama 15minit..
    (Pisang yg letak sbg hiasan tu pastikan potong nipis je)

 KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ct Aida

 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/apam-3-bahan-anda-bantat-tak-menjadi-ini-penjelasan-chef-imelda-harris/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI