Anda Pernah Makan Momo? Ke Tak Pernah Tahu Pun Kewujudan Momo?Jom Kita Tengok Resepi Ni!

Share

Pernah dengar tak momo? Haa momo ni sebenarnya ialah antara makanan yang sangat popular di Nepal, rasanya macam dim sum, tetapi isinya fresh menggunakan sayur dan daging atau isi ayam. Di Nepal, Momo dimakan bersama kuah tomato atau sup.

Ia antara menu yang sihat kerana cara masakan nya adalah secara kukus dan bebas minyak. Mengikut resepi asli Nepal,  terdapat banyak lagi rempah yang mereka gunakan, tetapi resepi kali ni kita cuma gunakan serbuk kari ayam sahaja. Selamat mencuba!

Resepi Momo

Bahan-Bahan

  • Wantan Dumpling/Dumpling Pastry
  • Isi Ayam (cincang)
  • Lobak merah (sagat)
  • Bawang besar (cincang)
  • Bawang putih (cincang)
  • Cendawan steamboat (cincang)
  • Daun ketumbar (potong kecil)
  • Daun bawang (potong kecil)
  • Sedikit serbuk kari ayam
  • Garam

Boleh didapati di mana-mana pasaraya besar

Ini rupa wantan pastry atau kulit dumpling tu. Tak kisah mana-mana jenama janji halal ya 

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan-bahan didalam satu mangkuk, gaul rata dan perasakan dengan sedap dan sempurna ya.
  2. Sediakan dumpling atau kulit wantan. Dan bentukanlah seperti apa yang anda mahu.

Kredit Resepi: Meera Naser

IKLAN