Anak Makan Tak Henti, Resipi Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili Ni Memang Puas Hati

Share

Nampak sedap hidangan Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauknya ringkas sahaja tapi mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menjamahnya. Menggunakan ikan tongkol sebagai bahan utama, menu ini juga boleh menggunakan ayam. Bahkan jika menggunakan ikan kembung, selar atau tenggiri juga sesuai. Jom cuba menu ni. Anda pasti puas hati dengan rasanya.

 

CARA MASAK IKAN TONGKOL MASAK KICAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan tongkol @ ikan aye

Garam dan serbuk kunyit secukupnya
3 kuntum bunga lawang beli online disini
1 keping asam gelugur
Sedikit kicap manis beli online disini


Sedikit kicap masin beli online disini
2 cawan air (untuk kuah)
1 sudu teh gula pasir – jika suka
1/2 sudu teh garam
1 batang serai – diketuk
3 senduk minyak masak
Sedikit bahan perasa

BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu besar jintan manis beli online disini
10-15 tangkai cili kering beli online disini

1/2 cawan air

BAHAN HIASAN:
1 biji bawang besar – potong bulat
10 biji cili padi
1 tangkai cili besar merah

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan serai hingga layu.
3. Masukkan bahan kisar, gula, garam, asam gelugur dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing.


4. Masukkan kicap manis dan sedikit kicap masin. Sukatannya biar kicap manis lebih dari kicap masin. Kacau.
5. Seterusnya masukkan air. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula ikan tongkol yang sudah digoreng tadi.

6. Biarkan kuah mendidih ganas dan kuah mula pekat. Kemudian bolehlah masukkan hirisan bawang, cili merah dan juga cili padi.
7. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Kalau kurang masin boleh tambah sedikit kicap masin.
8. Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN