Anak-Anak Tak Nak Makan? Boleh Cuba Buat Cheese Ball Potato Ni.

Share

Hidangan ringkas buat anak-anak yang kurang gemar makan nasi. Hanya guna ubi kentang dan beberapa bahan ringkas lain, anda mungkin boleh pikat kembali selera si kecil. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji ubi kentang
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun sup dan lobak merah parut secukupnya
  • Keju | potong dadu

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk. Kemudian lenyekkan.
  2. Masukkan tepung gandum, garam, daun sup dan lobak merah. Uli sebati hingga menjadi doh.
  3. Cubit doh, masukkan keju dan bentukkan bulat.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Goreng dengan api yang kecil hingga kekuningan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Mummy Chomey

IKLAN