Resipi akok ini walau mudah dibuat, tapi tak ramai generasi muda tau membuatnya. Dulu-dulu nenek-nenek masak , bakar dengan sabut kelapa. Bagi Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku Malaysia, dulu dia sering berkepit dengan nenek untuk melihat arwah neneknya yang rajin memasak akok.
Dari situlah dia berminat untuk cuba membuatnya. Tetapi sudah pastilah dengan menggunakan oven.
Khadijah yang membahasakan dirinya Cik Tie turut menurunkan petua dari arwah neneknya untuk mendapatkan aroma dan rasa akok yang sedap iaitu memastikan tepung beras disangai hingga akak kekuningan. Jom semak resipi warisan daripada arwah nenek Cik Tie ini.
AKOK LEMBUT SEDAP
(Untuk 30 biji akok)
BAHAN-BAHAN :
13 biji telur
1/4 paket Tepung beras (125g)
1 1/4 cawan santan (diperah dari 1 biji kelapa)
Bahan Air Gula :
500gm gula pasir
1 cawan air (cawan minum teh)
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK : 1. Mulakan dengan masak air gula. Masukkan ke semua bahan air gula ke dalam periuk.Gunakan api yang sederhana. Bila air gulanya dah mendidih dan sedikit pekat tutup api. Biarkan air gula sejuk.
Ads
2. Apabila air gula dah sejuk boleh lah sangaikan tepung beras sehingga warnanya agak kekuningan untuk bangkitkan aroma akok dan dapatkan rasa yang sedap. Pastikan api perlahan, untuk pastikan tepung tak terlebih masak.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan air gula, santan & tepung beras.
5. Kacau adunan sehingga sebati.
Ads
6. Tapiskan adunan. Untuk pastikan tiada ketulan.
7. Kemudian adunan direhatkan @ dibiarkan selama 2 jam. Supaya apabila dibakar akok akan naik cantik.
8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit. Sapukan acuan muffin dengan minyak supaya akok tak melekat. Cik Tie suka sapukan dengan daun pandan supaya aromanya lebih harum.
9. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
Ads
10. Bakar ke dalam oven pada suhu 200 Celcius selama 10-15 minit. Guna api atas dan bawah. Siap.
.
Kredit foto & resipi : FB Meester Muruku Malaysia #dapur LAZZ
INGIN MENCARI PILIHAN OVEN TERBARU UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBAKAR AKOK DAN KEK SERTA BISKUT. JOM LAYARI DI SINI.
Sesekali layan bubur nasi pun enak juga. Malah lauk atau padanan yang diperlukan pun tak perlu banyak. Jika anda terasa nak makan bubur nasi tapi versi yang lain sedikit dari kebiasaan, boleh cuba Chao Ca Vietnam ( Bubur Nasi Vietnam) ni. Pasti puas hati.
BAHAN-BAHAN:
200gm beras | cuci bersih dan tos
2 ulas bawang merah | mayang galus
2 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak
BAHAN KUAH SUP:
2 liter air rebus daging
1 batang lobak merah | hiris memanjang 3 cm
4 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
BAHAN ISIAN:
Hirisan daging
Hirisan daun bawang
Hirisan daun ketumbar
Hirisan halus halia
Tauge
Sambal kicap / hirisan cili
CARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyediakan kuah sup, Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging, perasakan dengan serbuk lada sulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah mendidih, Ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan beras, goreng seketika, kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan sup tadi.
Kacau dan biarkan ia mereneh atas api kecil hingga menjadi bubur nasi pekat.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian letakkan hirisan daging di atasnya, hirisan dan sup, daun ketumbar, halia dan tauge.
Hidangkan bersama dengan sambal kucap atau hirisan cili.
INFO CHEF: Selain air rebusan daging anda boleh gunakan air rebusan ikan siakap atau ikan merah.
Sedapnya Puding Jagungsimple perkongsian saudara Salman Rahim ni. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Memang tak renyah cara penyediaannya. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Chili oil ini memang boleh jadi penyedap hidangan, kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, kena ada. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih dan elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Guna cili ini, memang pedas
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai di atas kuali sehingga merah gelap. Sejukkan dan kisar sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!