Macam-macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika jumpa resipi yang terbaik. Salah satu yang puan-puan boleh hasilkan untuk anak-anak ialah aiskrim homemade resipi perkongsian saudari Mazana Mohamed. Memang istimewa kerana anda hanya perlukan bahan-bahan yang mudah dan murah sahaja untuk menghasilkan aiskrim yang seakan sama dengan produk berjenama mahal. Jika sebelum ini anak-anak suka beli di kedai, kali ini bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Hasilnya bukan saja lebih jimat, malah rasa pun boleh ditambah ikut kreativiti. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT AISKRIM HOMEMADE
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat manis – jika suka manis, lebihkan
2 sudu makan gula
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan ovalette
Cara Membuat Aiskrim Homemade
1. Satukan semua bahan dan pukul selama 15 minit atau sehingga kembang. Lagi lama dipukul, lagi halus tekstur aiskrimnya. Untuk hasil yang lebih lembut, pastikan ovalette benar-benar sebati ketika dipukul. Inilah rahsia utama ramai baker untuk menghasilkan tekstur aiskrim yang gebu dan stabil.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan boleh diwarnakan. Anda bebas menambah serbuk koko, emulco, cip coklat atau potongan biskut. Ada juga yang suka tambah cornflakes, puri buah atau sedikit jem untuk variasi rasa. Semuanya terpulang pada kreativiti dan selera masing-masing.
3. Tuang adunan aiskrim homemade ke dalam bekas besar atau bekas kecil satu-satu untuk memudahkan anak-anak makan. Pastikan bekas bertutup supaya ais tidak membeku pada permukaan aiskrim.
4. Bekukan dalam peti sejuk semalaman. Semakin lama ia dibekukan, semakin mantap tekstur aiskrim yang akan terhasil.
Ads
5. Sedia untuk dinikmati. Aiskrim ini sangat sesuai dijadikan stok pencuci mulut di rumah. Bila cuaca panas atau anak-anak teringin kudapan manis, keluarkan saja dari peti sejuk.
Tip Untuk Aiskrim Homemade Lebih Sedap
Bagi memastikan hasil aiskrim homemade lebih halus dan stabil, pastikan anda menggunakan ovalette yang masih elok dan tidak berketul. Jika mahu rasa lebih creamy, boleh tambah sedikit whipping cream atau susu full cream. Ada juga yang suka tambah perisa durian, strawberi, pandan atau coklat pekat untuk rasa yang lebih unik. Jika anda ingin hasil aiskrim lebih padat seperti jenama premium, pukul adunan lebih lama sehingga benar-benar naik dan ringan.
Ads
Aiskrim ini juga sangat sesuai untuk dijadikan jualan kecil-kecilan. Modalnya sangat rendah tetapi hasilnya nampak eksklusif dan sedap. Jika dibungkus dalam bekas mini atau cup comel, ramai pelanggan pasti suka terutamanya kanak-kanak. Selain itu, cara pembuatannya yang mudah membuatkan sesiapa pun boleh mencubanya walaupun pertama kali.
Dengan bahan yang mudah, langkah yang ringkas dan teknik pukul yang betul, sesiapa saja boleh menghasilkan aiskrim homemade yang lembut, halus dan sedap. Memang puas hati bila dapat makan aiskrim hasil air tangan sendiri, lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
POPIA MINI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu & terus boleh minum. Nampak simple tapi minuman ni boleh buat perut anda tahan sampai waktu berbuka. Jom tengok macam mana nak buat pati kurma ni.
PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
Bagi peminat drama dan rancangan Korea, pasti biasa melihat menu Tteokbokki ni. Ia berupa sajian kek beras yang dimasak menggunakan sos pedas. Sangat popular di negara Kimchi. Di Malaysia, hidangan ini boleh dinikmati di restoran masakan Korea namun harganya agak mahal. Malah jika buat sendiri pun, bahan-bahannnya agak sukar didapati.
Istimewa bagi anda yang nak cuba menu ini, saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia je. Jom cuba!
RESIPI KEK BERAS & TTEOKBOKKI HOMEMADE
BAHAN KEK BERAS:
1 cawan tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Sedikit minyak bijan
Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Uli doh memanjang dan potong kecil.
3. Sapukan minyak bijan pada pinggan. Letak potongan kek beras dan kukus selama 5 minit.
4. Setelah siap dikukus, rendam kek beras ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalannya.
5. Ketepikan kek beras dan sedia untuk menyediakan sos Tteokbokki.
BAHAN KUAH TTEOKBOKKI:
3 ulas bawang putih – cincang
Sudu makan minyak masak
1 sudu makan pes cili giling
Sedikit air
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Gula
1 sudu teh stok ayam (jika nak pedas, boleh masukkan sos pedas Korea)
Beberapa batang sosej – hiris
Telur rebus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. Masukkan sos pedas Korea jika mahukan rasa Teokbokki yang pedas.
3. Kacau rata hingga sos likat dan mempunyai rasa pedas dan manis.
4. Kemudian masukkan Tteokbokki (kek beras) dan hirisan sosej ke dalam kuah. Masak selama beberapa minit.
5. Hidang Tteokbokki bersama telur rebus dan taburan biji bijan.
Nak hadiah graduasi yang cantik, murah dan bermakna? Belajar cara buat bouquet coklat DIY lengkap langkah demi langkah. Lebih jimat, lebih kreatif, confirm jadi!