Air Barli Halia, Petua Sejukkan Badan Yang Panas & Demam. Ini Caranya Membuatnya

Share

Keadaan cuaca yang hujan panas silih berganti ada kalanya buat kita kurang sihat. Badan panas lain macam dan demam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama untuk meredakannya.

Antaranya adalah dengan minum air barli halia. Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini.

Cara buat air barli halia untuk redakan panas badan

Bahan-bahan:

Barli
Halia
Air
Gula batu

Cara penyediaan:

1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.

3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian masukkan gula batu dan biarkan sampai larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.

4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan sedikit air barli dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.

Tip:

-Jika tak mahu masukkan gula batu semasa merebus, boleh saja. Sewaktu minum boleh letakkan sedikit madu. Jika tak campur bahan ini air barli tiada rasa.

-Air barli ini anak kecil pun boleh minum jika badannya panas. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.

Sumber : Effy Sueffy

IKLAN