Agar-Agar Santan Sirap Ros, Dua Lapisan Berganda Sedap Ni.

Share

Agar-agar Santan Sirap Ros ni memang nyaman aje rasanya. Sedap berperisa sirap ros, ada rasa lemak dengan lapisan santan. Resipi dari Naz@ ovenkecil.blogspot ni boleh dicuba.Resipi daripada warisan bondanya di kampung, tetapi telah diubahsuai untuk kuantiti yang kecil sedikit.

Bahan-bahannya mudah aje, resipi ini telah pun dicuba Maisarah Sidi. Katanya ikut saja resipi dan tip yang diberikan. InsyaAllah menjadi.

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS
Oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
  • 1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
  • 2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan

* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

CARA MEMASAKNYA :

1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.

2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.

3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah kawal api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api. Keluarkan daun pandan.

4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah.

*Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.

*Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe.

Resipi oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com

Sumber dan kredit foto : www.maisarahsidi.com

ANDA GEMAR MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, NAH LAYARI DI SINI. BANYAK PILIHAN PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH ADA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

DAN JUGA VIDEO INI :

IKLAN