Agar-agar Permata Guna LIMA Bahan Je, Resipi Bonda Dari Kampung

Share

Mudah sungguh nak buat Agar-agar Permata. Bahan pun tidak banyak. Hanya perlu lima bahan sahaja untuk membuat Agar-agar Permata. Resipi ini adalah daripada bondanya, Nurul Amalina Anati Abdullah. Warna yang menarik pada Agar-agar Permata tentunya membuatkan Agar-agar Permata ini disukai anak-anak. Laju sahaja makan.

RESIPI AGAR-AGAR PERMATA

BAHAN-BAHAN:

Agar-agar tali 1 paket 25g – BELI ONLINE


6 cawan air
6 sudu besar gula pasir (boleh tambah kalau nak lagi manis) – BELI ONLINE
1/2 tin susu cair – BELI ONLINE
Pewarna merah, hijau, kuning

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan air, gula dan agar-agar tali. Masak di atas api yang sederhana sehingga betul-betul larut. Tutup api.

2. Ambil 3 senduk kecil agar-agar yang telah larut tadi. Masukkan dalam 3 bekas berasingan. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.

3. Baki agar-agar dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair.

4. Tuang agar-agar susu tadi ke dalam loyang.

5. Potong dadu agar-agar warna-warni.

6. Masukkan agar-agar warna-warni dalam agar-agar susu.

7. Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan dalam peti sejuk.

8. Apabila telah sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Nurul Amalina Anati Abdullah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN