Agar-Agar Permata 5 Bahan, Resipi Istimewa Dari Bonda Di Kampung

Share

Wah… Lama tak rasa Agar-Agar Permata ni. Salah satu resipi Agar-Agar kampung ‘legend’ yang digemari ramai. Masa dulu-dulu, sebelum wujud resipi-resipi moden yang pelbagai seperti sekarang, Agar-Agar Permata ni dikira antara manisan istimewa yang dihidang ketika bulan puasa dan juga raya. Sebab rupanya yang cantik dan sedap. Mengimbau nostalgia betul kan? Saudari Nurul Amalina Anati Abdullah ada kongsikan resipi dari bondanya di kampung. Pasti sedap. Jom cuba!

 

RESIPI AGAR-AGAR PERMATA 5 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Masukkan air, gula dan agar-agar ke dalam periuk yang bersesuaian.

2.Larutkan atas api sederhana sehingga betul-betul larut dan agar-agar cair sepenuhnya.

3.Bila sampai tahap ni, tutup api.

4.Ambil 3 senduk kecil larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 3 bekas berasingan.

5.Titiskan sedikit pewarna dalam setiap bekas dan sejukkan bawah kipas. Biarkan mengeras.

6.Panaskan baki agar-agar dalam periuk guna api sederhana dan masukkan susu cair. Sebatikan.

7.Tuang agar-agar susu ke dalam loyang.

8.Potong dadu agar-agar berwarna tadi dan masukkan ke dalam agar-agar susu.

9.Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan ke dalam peti sejuk.

10.Dinginkan agar-agar dan bolehlah dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Amalina Anati Abdullah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN