Agar-Agar Lumut Gula Merah, Sedap Menyegarkan

Share

Agar-agar lumut gula merah ini memang sedap. Tak terlalu manis dan rasa menyegarkan bila dimakan. Mesti teruja nak mencubanya kan? Kalau letak dalam peti ais, lagi sedap. 

Mudah saja dan bahan yang digunakan juga tak banyak sangat. Ikuti perkongsian resipi daripada puan Tengku RosElyza Raja Muhammad.

AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

Bahan-bahan:

18gram Agar-agar tali (guna je sepaket tu) – boleh beli online di sini

1250ml air

1sudu teh Esen vanilla – boleh beli online di sini

1 biji telur

2 sudu gula putih (boleh kurangkan jadi satu sudu jika tak nak manis)

1 kotak santan

1cawan gula merah – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Didihkan air, masukkan agar-agar tali. Masak hingga agar-agar itu hancur..

Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla. Masak sehingga mendidih.

Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau-kacau. Lepas itu tuang ke dalam periuk. Masak dalam 5 minit dengan menggunakan api perlahan. Selepas itu besarkan api bagi ia naik buih dan terus tutup api.

Tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dan boleh dipotong. Sedap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN