Agar-agar kemiyan ni cantik aje rupanya. Rasanya apatah lagi, sedap dimakan sebagai pencuci mulut lepas berbuka.
Bahan ramuan pun ringkas janji ada agar-agar, dan gunakan serbuk gula merah atau gula Melaka Telur dikacau betul membentuk corak yang cantik. Ni resipi perkongsian dari laman FB Zaliha Mohamed. Berbaloi dicuba.
AGAR-AGAR KEMIYAN
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 bungkus agar-agar plain (10gm)
1 liter air
100 gm gula merah serbuk @ seketul gula Melaka (zaliha guna, gula Melaka + gula merah sedikit)
Gula putih (sekiranya perlu dan sesuai selera)
3 helai daun pandan
1/2 sdt garam
1 butir telur ayam (Di buang pusat)
CARA MEMASAK : 1. Masak gula merah @ melaka,daun pandan dengan 1 liter air. 2. Bila sudah larut, tutup api dan tapis kedalam satu bekas. 3. Masukkan semula ke dalam periuk dan tambahkan agar-agar serbuk. Masak dgn api sedang. Kacau hingga tercampur rata, tambahkan garam. 4. Dah mendidih, pecahkan telur ,kacau sekejap dengan garfu. Masukkan telur kedalam periuk agar-agar sambil terus mengacau dengan telur dengan garfu supaya telur tadi membentuk seperti sabut atau akar. 5. Setelah telur masak, matikan api lalu masukkan ke dalam loyang atau acuan agar-agar. Sejukkan sehingga mengeras dan sajikan sejuk.
* Loyang atau acuan dibasahkan dgn sedikit air dulu ye supaya senang di keluarkan daripada acuan. Selepas tuang ke dalam acuan, kacau dengan garfu sehingga telur merata dan terbentuk cantik.
Jika ke pasaraya, pasti pernah lihat filet ikan dori yang diletak di bahagian sejuk beku. Biasanya isi ikan ini enak dimasak Fish & Chips. Tapi jangan tak tahu, ia juga boleh dimasak aneka lauk lain yang sesuai dinikmati bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat menu-menunya.
1. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm halia | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
INFO CHEF: Selain filet ikan dory anda boleh sediakan filet ikan sendiri. Contohnya anda boleh buat filet ikan merah atau ikan talapia merah.
2. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.
Pernah cuba makan Kari Mangga Muda? Biasa mangga ni dijadikan jeruk tau dimasak Pajeri je. Jangan tak tahu, mangga juga boleh dimasak kari dan rasanya juga sedap. Bagi anda yang ada pokok mangga yang tengah berbuah tu, bolehlah cuba resipi perkongsin saudari Nohani Derahman ni. Enk dimakan bersama nasi. Boleh juga dimasak bersama ikan atau ayam. Selamat mencuba!
CARA MASAK KARI MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
Beberapa biji mangga muda
4 biji bawang merah besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 sudu teh halba campur – beli online disini
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili kisar
Air secukupnya
Santan (jika suka)
Garam, gula & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan mangga mudah dan belah 2. Buang bijinya.
2. Panaskan minyak, tumis halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan.
4.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan mangga muda dan gaul rata.
6. Masukkan air (dan santan jika nak buat kari bersantan). Biarkan mendidih perlahan-lahan hingga mangga lembut (anggaran 10-15 minit).
7. Masukkan garam, perasa dan gula dengan secukupnya.
8. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Siap!
Terasa nak masak mi, asyik menggoreng aje jom buat mi berkuah, mi kari ala Cina yang sungguh special ni. Cuba check kat dapur ada tak bahannya, yang penting masa goreng perencah tu biar sampai terbit minyak dan wangi satu dapur. Barulah lebih sedap.
Jom kita follow resipi daripada Ahmad Shukri Shukor ni Via Masak Apa Hari Ini. Tengok bahan-bahannya pun dah tau sedap. Yang penting senang dibuat kan.
MI KARI STAIL CINA
BAHAN-BAHAN :
100gm cili kering – rebus dan kisar
3 biji bawang besar- dikisar
3 ulas bawamgg putih – dikisar
2 batang serai – diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
Bahan Hiasan:
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
Bahan Sambal:
300gm cili kering – rebus
4 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
* Rebus cili kering.. Bila dh masak, blend bersama bwg besar & bwg putih
* Goreng hingga wangi.. Perisakn dgn garam & gula
CARA MEMASAK :
1 Panaskn minyak dan goreng serai sebentar
2 Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak
3 Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
4 Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak2 saje.. ikut selera nk kuah pekat atau cair)
5 Biar kuah mendidih.. Perisakan dgn garam.
6.Tambahkn tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu apong
Kredit resepi : Ahmad Shukri Shukor via masak apa hari ni
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!