Resipi Mudah Untuk Buat Rendang Raya Aidiladha

Share

Bila dah ada banyak daging di rumah, bolehlah cuba resipi rendang daging yang mudah ini. Tak rumit dan mereka yang baru pertama kali memasak pun boleh buat. 

Sempena Raya Haji ini, jom kita cuba resipi yang dikongsikan Liza Idris ini. Sangat mudah untuk dibuat.

 

RENDANG DAGING RAYA AIDILADHA

BAHAN DIKISAR:-

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
2 inci lengkuas – beli online di sini
3 inci kunyit hidup – beli online di sini


3 batang serai 

TONTON Dapur Rasa Live bersama Abang Brian

BAHAN LAIN:-

500gm daging lembu
1/2 kotak santan – beli online di sini
5 sudu cili kisar
1 biji bawang besar | dipotong halus
1 sudu kecil jintan manis – beli online di sini
1 sudu kecil jintan putih – beli online di sini
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu besar kerisik – beli online di sini
5 helai daun limau purut – beli online di sini
3 helai daun kunyit
Asam keping – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai dulu bagi naik bau. Sepatutnya jintan tu jenis biji, kat rumah tak ada jadi saya guna je yang serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.


2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ni la tips rendang lagi sedap. Minyak tu banyak pun takpa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masuk bahan kisar dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Bahan kisar tu nak kisar dengan cili kering sekali jalan pun boleh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Dah pecah minyak, masuk daging. Daging boleh je nak rebus dulu untuk elak liat. Tak rebus pun takpa.


5. Masuk rempah yang ditumbuk. Kacau sebati. Masuk daun limau purut. Nak bagi bau lagi umphh, ramas sikit daun limau purut tu.


6. Letak asam keping. Masukkan 2 keping dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi.


7. Daging dah lembut, masuk santan. Kacau sama rata. Masuk pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau biar mesra.


8. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.

Kredit resipi & foto: Liza Idris

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN