Ketika cuaca panas terik sememangnya sedap kalau dapat menghirup minuman yang sejuk bagi melegakan tekak. Memang nyaman rasanya apabila minuman sejuk dan manis dapat melalui tekak yang dahaga.
Salah satu minuman yang sedap adalah ABC Madu yang diusahakan oleh Ismail dan Maming. Dia berjualan hanya dari carboot sahaja. Namun sambutan pelanggan tidak putus-putus. Ada sahaja yang mengunjungi gerainya untuk mendapatkan dua jenis menu yang dijual.
Ads
“Saya berniaga air batu campur. Ais Milo Kepal ini pula sebenarnya hanya menu tambahan saja. Kedua-duanya memang dapat sambutan terutama ABC Madu yang rasanya berbeza daripada ABC biasa,”ujarnya.
Ditanya apa keistimewaan air batu campur ini berbanding air batu campur yang banyak di pasaran, kata Ismail minuman ini rasanya manis madu dan sudah tentu lebih sedap. Pelbagai toping diletakkan mengikut permintaan pelanggan. Walaupun air batu campur sudah mulai mencair, rasa manis masih tetap ada dan sedap hingga ke titisan terakhir.
Ads
LOKASI BERBEZA
Buat masa ini, gerai ABC Madu dan Milo Kepal milik Ismail dibuka di empat lokasi berbeza. Hal ini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan air batu campur. Salah satu lokasinya adalah di hadapan KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam.
Ads
“Kami buka setiap hari. Dari tengah hari hingga petang. Harga pun tak mahal. Bermula dari RM2.50 sebungkus. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk sebarang majlis,” ujar Ismail yang menjalankan bisnes air batu campur ini bersama isterinya yang dikenali sebagai Mimi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda peminat makanan Jepun yang asli dan raw? Hujung minggu ni bolehlah datang ke JONETZ by DON DON DONKI di Sunway Pyramid. Restoran sushi DONKI, “Sen Sen Sushi” dan pakar nasi premium Jepun “Tomita Seimai” dibuka untuk orang ramai bagi menikmati sushi segar di sini.
DON DON DONKI sedang mengembangkan beberapa cawangan seperti di Singapura dan Hong Kong dengan konsep kedai khusus jenama Jepun di Sunway Pyramid, sebuah kompleks komersial yang besar dengan keluasan lebih kurang 400,000 meter persegi.
Pelanggan boleh menikmatinya sushi popular dari JONETZ by DON DON DONKI dalam suasana yang lebih asli. Nikmati gabungan nasi sushi yang dibuat dengan beras Koshihikari Jepun yang baru dikisar dan campuran cuka merah asli kami serta topping sushi segar yang diperoleh daripada semua seluruh dunia.
Antara menu sushi yang sempat dicuba ialah Fresh Salmon Sushi,Bluefin Hon Maguro Trio,Engawa Sushi, Ebi Trio,Anago Ippon,Uni Sushi,Fresh Hotate Sushi,Hamachi Sushi,Wagyu Sukiyaki Sushi dan Wagyu Negi Shio Sushi. Semuanya dihidangkan segar dan enak.
Sushi popular di JONETZ oleh DON DON DONKI seperti maguro, salmon, uni dan 70 jenis makanan laut lain akan ditawarkan di Sen Sen Sushi. Di Tomita Seimai, pelanggan boleh menikmati nasi Akita Komachi dan Yamagata Haenuki baru dikisar dalam kedai dan onigiri Jepun yang dibuat dengan beras Koshihikari dari Wilayah Niigata.
Di JONETZ by DON DON DONKI skewer wagyu disahkan Halal*1 daging wagyu A5 popular di kalangan penduduk tempatan,berkualiti tinggi dan menjadikannya menu popular. Di samping itu, pelbagai jenis pencuci mulut dan makanan sejuk beku juga tersedia di sini.
*1 “Produk yang disahkan Halal”, yang diiktiraf oleh badan pensijilan halal Jepun dengan pensijilan bersama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ayuh ke JONETZ oleh DON DON DONKI menikmati sushi segar dan membeli belah di sini.
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.
Memperkenalkan tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.
Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Encik Taha Zainal, tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia.“Seperti yang sedia maklum, bazar Ramadan menjadi medan tarikan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, kami di hotel ini menjanjikan satu pengalaman bazar Ramadan yang menarik dengan tawaran pelbagai menu istimewa.” katanya.
Sempena menyambut kedatangan bulan suci Ramadan untuk tahun ini, Eksekutif Chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa di hotel kami.
Para pengunjung pastinya akan berasa teruja dengan sajian menu tradisional melayu di Bazar
Perdana sepanjang bulan Ramadan. Pakej promosi early bird untuk Bufet Ramadan Bazar
Perdana di Restoran 10 Binjai berharga RM80.00 seorang dan harga sebenar ialah RM98.00
seorang. Oleh itu, kami mengalu-alukan anda semua untuk membeli promosi early bird
sebelum 30 April 2019 dengan harga yang sangat berbaloi.
Selain dari suasana bazar yang meriah dan menarik, Restoran 10 Binjai turut menampilkan
beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai,
Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga
Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10
Binjai.
Selain mempunyai bufet Ramadan yang lazat di Restoran 10 Binjai, para pengunjung juga
dapat merasai signature dish yang mewah sambil menikmati pemandangan indah Kuala
Lumpur di Restoran 39 kami. Dengan dihiburkan dengan bunyi muzik menenangkan,
pengunjung dijemput untuk menerokai pengalaman berbeza dengan merasai hidangan yang
ditampilkan di Restoran 39 sempena bulan Ramadan ini iaitu Kari Kepala Ikan yang
menyelerakan dan Sup Gear Box yang pasti menggamit selera. Bufet Bazar Perdana di
Restoran 39 berharga RM135.00 seorang. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga
early bird iaitu RM100.00 seorang sebelum 30 April 2019.
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam
sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun
2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai
kerana kami merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya
daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan
di tingkat 5.
Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000,
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang menempatkan 338 bilik ini
merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria
KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apa yang fenomena pasal nasi 3 budak gemok ya?.. Ohh ini rupanya yang menjadi viral bila 3 orang anak muda menjalankan perniagaan gerai nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang menjadi pilihan ramai kerana kombinasi masakan yang sedap dan harga yang berpatutan. Jika tak berkesempatan boleh cuba resipi ala 3 budak gemok ni yang dikongsikan oleh Kak Faa ni. Selamat mencuba!
Nasi Goreng Daging yang sedap, mudah dan membuka selera. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak supaya nasi goreng lebih beraroma, daging empuk dan hasilnya memang padu.