Disebabkan cabaran di TikTok Nasi Pakistan No 1 oleh group motor Suzuki, akhirnya geng motosikal Yamaha MT09 terpanggil untuk menyahut cabaran tersebut. Cabarannya adalah untuk berkonvoi dan singgah di kedai makan itu sebagai tanda sokongan.
Melalui salah seorang peserta konvoi itu, Miza Hue, majalah RASA berpeluang mencatatkan momen tersebut. Difahamkan, konvoi ini adalah daripada pelbagai group motor Yamaha MT09 itu sendiri.
“Asalnya konvoi ini hanyalah untuk 20 rider sahaja. Tujuannya pun hanya untuk pergi makan-makan. Namun tak sangka dapat sambutan sehingga 400 biji motosikal dengan 450 peserta,” katanya.
Konvoi motosikal.Miza Hue dan suaminya.Penuh gaya!Miza Hue (kiri sekali) bersama rakan seperjuangan yang mempunyai hobi bermotosikal.
Konvoi dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor itu berlangsung pada Ahad, 27 November 2022 yang lalu.
Ads
Inilah restoran yang menjadi destinasi pilihan peserta konvoi kali ini.
BARYANI LAMBSHANK
Menu paling menarik di restoran Nasi Pakistan No 1, Batu Pahat ialah Baryani Lambshank. Dikatakan menu ini mendapat sambutan paling tinggi di restoran ini. Dimiliki oleh Azrul Hisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Arab.
Ads
“Ramai peserta konvoi yang makan Baryani Lambshank. Cita rasa manusia berbeza-beza. Ada yang kata biasa-biasa sahaja. Ada yang cakap sedap. Tapi so far, semua yang datang makan di sini berpuas hati dengan makanan yang dihidang,” tambahnya.
Baryani Lambshank.Lambshank yang menjadi kegemaran pelanggan.
Namun, bukan itu sahaja menu yang ada. Ada banyak lagi pilihan yang boleh dijadikan sajian menjamu selera di Restoran Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.
Ads
Set kambing.Set ayam.Set siakap.Sup tulang merah pun ada.Nasi putih dan siakap.
Menurut Miza lagi, “Saya sarankan kepada penggemar nasi beriani supaya cuba makan di sini sebab bagi saya sendiri, Baryani Lambshank memang terbaik! Cuma, kalau konvoi ramai-ramai macam kami ni, silalah buat tempahan dengan pemilik restoran seawal mungkin. Ini supaya anda semua tak perlu beratur panjang sangat.”
Pelbagai gaya apabila sudah lapar!Jemput makan!Miza berpuas hati dengan menu yang dihidang di Restoran Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat.Miza bersama pemilik restoran, Arab.
Mengidam orang mengandung ni jangan dibuat main. Selagi tak dipenuhi, memang boleh mengundang resah hati. Malah demi kasih kepada isteri, salah seorang pelayar twitter sanggup berusaha untuk memenuhi keinginan isteri yang mengidam nak makan Nasi Lemak Pak Nasser yang hanya disediakan dalam pesawat Air Asia. Akhirnya yang diidamkan telah dapat dipenuhi!
Menerusi tweet terbaru Azham @amsuda, akhirnya isteri beliau sudah dapat juga makan Nasi Lemak Pak Nasser yang diidam-idamkan tu.
licin beb, pastu boleh tanya esok ada orang nak bagi lagi ke? mengidam ke melantak ni tembam 😂 pic.twitter.com/Z5HQzUAet1
Kisahnya bermula pada beberapa hari lalu, trending di Twitter mengenai seorang suami yang telah tweet kepada Air Asia bertanyakan dimana beliau boleh mendapatkan Nasi Lemak Pak Nasser bagi memenuhi permintaan isterinya yang sedang mengandung anak ketiga. Seperti yang kita semua tahu, hidangan-hidangan yang ditawarkan oleh Air Asia ni hanya boleh didapati menerusi penerbangan pesawat tambang murah ini sahaja.
Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. persoalannya adakah nasil lemak ni dijual dekat luar? pic.twitter.com/AfvgmD0kEi
“Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. persoalannya adakah nasil lemak ni dijual dekat luar?”
Siapa sangka posting ini mendapat perhatian ramai dan di retweet lebih dari 7000 kali. Malah ramai yang menawarkan diri untuk tolong mendapatkan hidangan ni.
Malah ia juga turut di balas oleh pihak Air Asia.
Apa-apa pun, tahniah buat semua! Orang kita memang terbaik! Good job Malaysian!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bertempat di Beserah, Kuantan, Pahang, Kimstone Food Court & Hall menawarkan macam-macam menu untuk dipilih. Nam[aknya semua sedap belaka. Sesuai sungguh untuk jamu selera seisi keluarga.
Melalui facebook page Kimstone Food Court & Hall, pelbagai gambar menu dan review daripada pelanggan memberikan respon positif terhadap menu di lokasi tersebut. Paling digemari ialah coconut shake dan young taufu. Bolehlah cuba. Tutup setiap Rabu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nasi Lemak adalah antara hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia. Menu ni boleh didapati dan dinikmati pada setiap masa. Dari pagi hingga ke tengah malam, anda boleh menikmati sajian Nasi Lemak ni dengan mudah. Jom lihat lokasi-lokasi nasi lemak best di sekitar Lembah Klang dan Petaling Jaya ni yang boleh anda cuba. Mungkin ada dalam senarai ni yang anda belum ‘test’ lagi.
1. Nasi Lemak Wak Wanjor
Nasi lemak Wak Wanjor adalah nasi lemak yang popular di kalangan warga kota yang mana difahamkan telah dibuka sehjak tahun 80an lagi. Terletak di Kampung Baru, nasi lemak ini memang menjadi pilihan ramai. Nasinya dijual dengan harga serendah RM3 dan terdapat pelbagai pilihan lauk pauk lain seperti lauk sotong, ayam, daging, paru, limpa dan banyak lagi.
Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Nasi Lemak Tanglin terletak di Medan Selera Tanglin berhampiran dengan Klinik Kesihatan Tanglin dan Masjid Negara. Ia memang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kegemaran warga kota. Menurut review dari para pelanggan, Nasi lemak Sambal Sotong adalah antara menu yang paling mendapat sambutan. Nak tahu sedap ke tak? Kena cuba ya.
Lokasi : Medan Selera Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Bagi yang tinggal di kawasan Gombak dan Setapak pastinya tahu akan keenakan nasi lemak di Mali’s Corner ini. Bagi yang tercari-cari restoran nasi lemak yang enak, disini memang lokasi yang anda wajib tuju. Nasinya yang lembut enak, ayam goreng garing serta sambal yang ‘perfect’. Memang puas makan. Selain nasi lemak, Mali’s Corner juga terkenal dengan keenakan Char Kuey Teow nya. So, anda boleh cuba.
Alamat: Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Salah satu port makan yang menghidangkan sajian nasi lemak yang best! Nasi lemaknya yang berwarna kuning memang ‘berhantu’. Ramai yang datang sanggup beratur lama untuk menikmati keenakan nasi lemak disini. Lauk pauknya pun banyak. Ada sotong, udang, ayam dan banyak lagi. Pilih sahaja. Di cawangan Shah Alam ini, Nasi Lemak Royal Kedah beroperasi pada 7.00 pagi hingga 1 pagi setiap hari.
Lokasi : Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor & Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.
Jika teringin nak makan nasi lemak untuk makan malam atau ‘supper’, Nasi Lemak CT Garden ni memang sesuai. Terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pastinya lokasi ini mudah untuk anda tuju. Bagi yang tidak biasa, waze sahaja. Pasti jumpa. Disini anda boleh menikmati nasi lemak bungkus bersama pilihan lauk pauk yang banyak. Jadi, pilih sahaja ikut selera dan citarasa anda.
Nasi lemak lobster? Wow! Mendengar namanya sahaja boleh buat anda ternganga. Agaknya berapalah harga nasi lemak ni kan? Jangan risau, ada juga nasi lemak lain yang boleh anda pesan. Harganya pula serendah RM3 bagi nasi lemak biasa. Selain lobster, ada juga nasi lemak udang galah jumbo, sotong bakar, ayam dara goreng, udang garlic butter dan banyak lagi. Memang sedap! Anda yang mahukan kelainan, boleh cuba nasi lemak disini.
Lokasi :21 Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Village Park Resturant ternyata tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang biasa, pasti tahu akan keenakan juadah disini. Paling istimewa, sajian nasi lemaknya yang menjadi bualan ramai. Restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta para VVIP. Antara yang pernah menjamu selera disini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.
Sajian paling popular di restoran ini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Bunyinya agak biasa tapi percayalah, rasanya memang luar biasa! Nasi dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Fuh!!! Memang beraroma dan rasa sempurna.
Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Anda tak akan pulang dengan perut kosong! Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antara yang ada dan mendapat komen baik dari pelanggan ialah Lontong, Soto, Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapure, Mi Kari, Rendang Daging dan Set Nasi Dagang. Malah anda juga boleh menikmati Chee Cheong Fun, Ipoh Hor Fun Soup, dan Pan Mee. Bagi yang tak nak makan sajian berat, ada juga disediakan Roti Sambal, Roti Kukus, Roti Bakar dan bermacam-macam lagi.
Lokasi: 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Asam Rebus Daging yang masam pedas menyengat dengan aroma daun kesum memang padu dimakan bersama nasi panas. Resepi kampung simple tetapi cukup membuka selera.