Ads

Ketupat Sotong Pantai Timur Hidangan Di Aidilfitri

Hari ni kita nak makan ikut selera pantai timur pula. Nak buat ketupat sotong kenalah cari sotong-sotong yang buncit dan segar. Cara ni ikut orang Kelantan . Kalau Trengganu kuahnya warna putih menggunakan halia, bawang dan halba. Halba digunakan untuk hilangkan bau hanyir pada sotong. Buat yang teringin nak buat dikongsikan resipinya.

KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan:

Beras pulut secukupnya – basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong – asingkan kepala dan badan
Santan 1/2 kg
1 ketul gula melaka – potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan

Cara memasak:
1.Rendam beras pulut dengan air dan secubit garam sekejap.

Ads

2.Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.

3.Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit.

Ads

4.Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.

5.Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam.

Ads

6.Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.

Kredit resipi & foto : Teh Ainul

Apam Warna Warni Gebu Gabas. Lembut Aje Bila Digigit.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Bihun Sup Chinese Style: Resipi Istimewa, Sedap & Sangat Mudah

Bihun Sup Chinese Style yang sedap dan sangat mudah dibuat. Lengkap dengan udang, fish ball, fish cake, minyak bawang putih dan sambal kicap pedas.