Tercari-cari cara mudah halau lipas? Maklumlah serangga jenis ni kalau berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Nak hapuskannya memang mudah lebih-lebih lagi jika guna racun serangga. Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan. Jadi apa kata cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan berbahaya.
1. SABUN MANDI
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. LEMON
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. BUAH PELAGA
Ads
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. DAUN PANDAN
Ads
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. DAUN BAY
Ads
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. BAKING SODA & GULA
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka makan makanan pedas kerana merasa lebih nikmat ketika makan? Tapi bagaimana dengan orang yang tidak tahan dengan pedas. Sebenarnya jika rasa pedas menyerang, kita sering mengulangi kesilapan yang sama dengan meminum air tetapi rasa pedas hanya hilang sekejap sahaja. Ini kerana dengan meminum air akan mempercepatkan lagi rasa pedas merebak di dalam mulut anda. Jadi jangan minum air untuk menghentikan rasa pedas dalam mulut anda sebaliknya pilih 7 bahan di bawah ini untuk meredakannnya.
1. Produk Tenusu
Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Di dalam susu terkandungi protien yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.
2. Minyak Zaitun
Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaintun akan mencuci rasa haba pedas di lidah anda. Minayk zaitun mempunyai lemak yang dapat menyejukkan dari haba pedas.
3. Satu Sudu Gula
Manis dari gula sebenarnya akan meneutralkan haba dari makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak pedas dan ia akan menghasilkan rasa yang berbeza.
4. Manis Madu
Selain banyak khasiat, rasa manis semulajadi madu juga akan meredakan haba pedas pada lidah.
5. Mentega Kacang
Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa yang memiliki alergi pada kacang tidak boleh mengamalkannya.
6. Makanan Berkanji
Nasi dan roti adalah makanan asas bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Dengan meresap haba pedas dan menghentikan rasa tidak enak di lidah.
7. Jus Lemon
Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh di neutralkan dengan makanan yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.
Jadi bila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih makan makanan pedas kerana ia juga boleh memudaratkan kesihatan iatu berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percutian bersama ahli keluarga memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika berkunjung ke luar negara. Namun salah satu perkara yang menjadi kerumitan apabila berkunjung ke negara asing ialah dari segi kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Malah jika ada pun, harganya pasti lebih mahal. Bagi yang bercadang untuk pergi bercuti ke luar negara dan bercadang untuk memasak sendiri, tips perkongsian dari Puan Mona Din ini boleh anda cuba.
Menurut Puan Mona Din, tatkala berkunjung ke luar negara, banyak faktor yang membuatkan beliau memilih untuk memasak sendiri sajian untuk keluarga. Antaranya:
1. Makanan Halal
2. Makan Puas-Puas
3. Lebih Jimat
4. Cari Pahala & Pintal Rasa Kasih Sayang
5. Bina Memori & Kenangan
1. RANCANG AWAL
Rancang dan sediakan menu lebih awal untuk setiap waktu makan pada setiap hari semasa berada di sana nanti. Jadi anda akan tahu apa bahan yang perlu dibawa dari rumah, dibeli di sana serta kuantiti yang perlu diguna. Be smart!
2. BAWA BAHAN MASAK DARI RUMAH
Semak sama ada tempat penginapan yang anda tempah ada menyediakan dapur serta kemudahan memasak atau tidak. Jika ada, bolehlah bawa bahan untuk memasak seperti serbuk kari dan lain-lain. Jika tempat penginapan anda tidak menyediakan kemudahan ini ( jika tinggal di hotel), bawalah makanan segera yang boleh dipanaskan sahaja seperti sardin, sambal bilis, acar, nasi goreng segera dan bermacam-macam lagi. Cuma perlu masak nasi je masa disana.
3. PERIUK NASI ELEKTRIK JANGAN LUPA!
Bawa periuk nasi elektrik kecil serbaguna. Selain memasak nasi, periuk ini juga sangat berguna untuk memasak kari, sup, tomyam dan bermacam-macam lagi. Ia juga berfungsi macam termos. Senang dipegang dan dibawa. Jadi makanan yang dimasak boleh kekal panas berjam-jam lamanya.
4. SUMBAT BEG DENGAN BAHAN MASAK
Bawa bahan-bahan mentah yang sukar diperolehi di luar negara. Antaranya seperti beras, serbuk santan, cili boh, serbuk-serbuk perasa yang halal, garam, kicap, sos tiram, minyak masak, rempah kurma, kari, asam pedas, tomyam, bihun dan sebagainya. Lebih selamat jika bahan-bahan yang dipek dalam bekas atau botol plastik. Jika tempat percutian anda mudah untuk mendapatkan barang-barang diatas, tak perlulah bawa dengan banyak. Hanya perlu bawa ‘potion’ untuk memasak pada hari pertama sahaja. Hari-hari lain anda boleh keluar dan beli bahan basah untuk kegunaan sepanjang percutian.Tapi jika harga barang-barang di atas sangat mahal di luar negara, lebih baik bawa siap-siap dari Malaysia. Bawa juga bahan-bahan basah yang perlu dan susah dapat di sana seperti daun kunyit, daun pandan, serai, daun kari dan sebagainya.
5. STANDBY MAKANAN ‘READY TO EAT’
Sebagai persediaan, jangan lupa untuk bawa makanan siap masak dalam paket seperti aneka produk Brahims, sardin, serunding, sambal bilis dan mi segera. Ia sebagai persediaan dikala anda tak sempat memasak atau tidak boleh memasak.
6. BAWA PES SAMBAL TUMIS KOSONG
Lebih bagus jika boleh bawa sambal tumis kosong yang telah siap dimasak. Bungkus dengan elok dan bila disana, hanya perlu tambah telur rebus atau ikan bilis sahaja. Malah jika letak santan, boleh jadi menu masak lemak. Dah ada beberapa menu berbeza untuk anda nikmati.
7. IKAN BILIS GORENG PENAMBAH SELERA
Anda juga boleh bawa ikan bilis atau ikan kering ( pilih yang kurang berbau) yang telah siap digoreng. Masukkan ke dalam bekas, balut dengan plastik dan ikat dengan kemas agar baunya tidak keluar dari beg yang di daftar masuk.
8. BAWA BARANGAN PAKAI BUANG
Bawa pinggan, cawan dan sudu plastik yang ringan, boleh dicuci dan diguna kembali. Ia untuk memudahkan anda makan serta bawa untuk berkelah. Ada sesetangah tempat penginapan yang menyediakan kemudahan pinggan. Namun jika was-was, tidak perlulah guna. Guna sahaja pinggan yang dibawa.
9. BELI KUALI MURAH-MURAH
Bila sampai di destinasi dan berkunjung ke pasaraya untuk beli sayur, telur, ikan, udang dan lain-lain, beli juga satu periuk atau kuali yang paling murah untuk masak lauk dan sayur. Bila habis bercuti, boleh ditinggalkan sahaja. Ia bertujuan untuk memasak tanpa rasa was-was.
10. LETAK BAHAN MAKANAN DALAM BEG KHAS
Semua bahan-bahan makanan ( kering dan basah) perlu diletakkan dalam satu beg khas. Ia bertujuan untuk memudahkan proses ‘declaration’ serta pemeriksaan kastam sewaktu di lapangan terbang. Bila nak masak nanti pun senang untuk cari bahan.
Info penting: Jika bawa makanan yang mudah pecah, jangan lupa balut sekurang-kurangnya dengan dua kantung plastik. Ia sebagai langkah keselamatan jika ia terpecah, bahan tersebut terperangkap dalam plastik dan tidak terkena barang-barang lain.
Kadang kita beli buah cempedak dan isinya sudah terlalu masak. Ada beza untuk membuat sesuatu makanan daripada cempedak dengan memastikan tahap masak buah cempedak tu.
Daripada instagram Bonda Rozita, beliau ada memberikan beberapa tip mengenai cempedak.
KALAU RANUM SANGAT, JANGAN GORENG
Cempedak isi merah sedapnya goreng gebu, Di @rumah.terapi.alam sekarang musim cempedak, rambutan dan durian.. sbb itu selalu sy goreng cempedak.. ada juga yg sy jual di warong bonda.
Buah cempedak sgt sedap kalau dibuat goreng, tapi jgn masak sangat nanti kuat minyak menyerapnya
gembira sy menikmati hasil buah cempedak @rumah.terapi.alam.. nk kongsi bersama pekerja sy buat kuih koci sedap ni
CEMPEDAK RANUM SEDAP DIBUAT KUIH KOCI
Melalui video juga, Bonda Rozita mengatakan cempedak yang sudah ranum tidak sedap digoreng. Ini kerana ia akan menyerap terlalu banyak minyak.
Sebaliknya, cempedak ranum lebih enak kalau dibuat kuih koci. Caranya, cempedak itu diasingkan dengan bijinya. Kemudian dikisar halus sebelum diramas dengan tepung.