Ads

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Lebih kurang tiga tahun lalu, saya ke Tokyo untuk mengembara seorang diri di Jepun. Solo travel di Jepun kali ini membawa saya menikmati pemandangan, mengunjungi galeri seni dan melihat sendiri keindahan Sakura yang sedang berkembang.

Sando sebenarnya tidak ada dalam rancangan awal. Namun, sandwic Jepun yang ringkas inilah antara makanan yang masih saya ingat selepas pulang.

Semuanya bermula pada malam pertama di Tokyo. Dalam keadaan lapar dan penat, saya membeli Tamago Sando di sebuah konbini, kedai serbaneka yang mudah ditemui di Jepun.

solo travel di Jepun

Roti putihnya lembut, tanpa kerak, dengan inti telur berkrim yang sedikit manis. Entah kerana terlalu lapar atau memang sedap, sandwic itu membuatkan saya mula memberi perhatian kepada pilihan Sando sepanjang perjalanan.

Apa Istimewanya Sando di Jepun?

“Sando” ialah singkatan daripada perkataan Jepun untuk sandwic, sandōitchi. Pilihan intinya pelbagai, daripada telur dan ikan goreng hinggalah daging serta buah-buahan bersama krim.

Bagi saya, tarikannya terletak pada gabungan roti dan inti. Roti yang lembut memberi ruang untuk rasa inti lebih menyerlah, sementara potongannya yang kemas membuatkan sandwic sederhana pun nampak menyelerakan.

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Sebagai pelancong Muslim, memilih makanan juga memerlukan sedikit masa tambahan. Saya perlu membaca label, meneliti menu dan bertanya tentang bahan yang digunakan. Nama inti sahaja belum cukup untuk menentukan status halalnya.

Pengalaman mencari makanan ini juga menjadi sebahagian daripada kenangan solo travel di Jepun. Setiap tempat menawarkan pilihan berbeza, dan saya sendiri tidak menyangka sando akan menjadi antara perkara yang paling saya ingat daripada perjalanan tersebut.

Tokyo: Telur, Ikan dan Sedikit Wasabi

Selain Tamago Sando, antara yang paling saya ingat ialah Fish Katsu Sando, sandwic ikan bersalut panko dengan sapuan mayones wasabi.

Ads

Bahagian luar ikan yang rangup memberikan kontras dengan roti lembut. Wasabi pula meninggalkan sedikit rasa menyengat yang memang kena dengan selera saya.

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Daripada Sandwic Telur yang berkrim kepada ikan goreng dengan wasabi, saya mula faham mengapa makanan sesederhana ini boleh membuatkan orang mahu mencuba versi yang lain pula.

Osaka: Rangupnya Ebi Sando

Di Osaka, saya mencuba Ebi Sando, sandwic berintikan udang bersalut serbuk roti yang digoreng rangup.

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Sekali gigit, terasa isi udang yang pejal dan sedikit manis di sebalik salutan rangupnya. Dipadankan dengan roti lembut, gabungan tekstur itu yang membuatkan saya suka.

Ads

Selepas telur dan ikan di Tokyo, udang pula menambah variasi dalam perjalanan sando saya yang dipadankan dengan wasabi segar. Nampak sahaja ringkas, tetapi setiap inti memberikan pengalaman rasa yang berbeza.

Nara: Rusa Dapat Makan, Sando Tak Sempat Cuba

Saya turut singgah di Nara untuk memberi makan rusa. Lucunya, bahagian ini hampir tertinggal ketika saya mula menulis semula kisah perjalanan tersebut.

Di sini, perhatian saya lebih kepada rusa berbanding mencari makanan. Sando di Nara memang saya tidak sempat cuba.

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Nampaknya, kali ini rusa yang dapat makan dahulu. Sando untuk saya bolehlah masuk senarai kalau berpeluang datang lagi.

Kyoto: Daripada Wagyu kepada Strawberi

Di Kyoto, saya akhirnya dapat menikmati Sando Daging lembu halal yang dicari. Roti bakar bersama Wagyu yang empuk memberikan pengalaman berbeza daripada Sandwic Telur yang saya beli pada awal perjalanan.

Ads

Sebelum meninggalkan Kyoto, saya sempat mencuba Sando Strawberi di sebuah kedai buah lama. Strawberi segar dibelah dua, disusun bersama krim putar yang ringan dan diapit roti shokupan yang gebu.

Anda mungkin berminat dengan

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Rasanya mengingatkan saya kepada kek shortcake, cuma dalam bentuk sandwic. Rasa masam manis buah pula mengimbangi krim, menjadikannya pencuci mulut yang menyenangkan selepas Sando Daging.

Walaupun intinya buah, bahan dalam krim dan roti tetap perlu disemak, sama seperti pilihan sando yang lain.

Kenangan Manis Solo Travel di Jepun

Apabila dikenang semula, perjalanan ini meninggalkan kenangan yang saya tidak jangkakan. Selain sakura dan karya seni, saya masih teringat kelembutan roti, rasa telur berkrim, sedikit sengatan wasabi dan masam manis strawberi.

Dari Sakura ke Sando: Kenangan Kecil Sepanjang Solo Travel di Jepun

Daripada Tokyo ke Osaka, Nara dan Kyoto, setiap destinasi mempunyai cerita kecil yang tersendiri. Solo travel di Jepun bukan sekadar tentang tempat yang dikunjungi, tetapi juga pengalaman sederhana yang akhirnya menjadi kenangan.

Rupa-rupanya, dua keping roti pun boleh menyimpan cerita perjalanan.

Info buat pengembara Muslim: Penggunaan daging halal tidak semestinya bermaksud seluruh premis mempunyai pensijilan halal. Sahkan bahan roti, sos, kaedah penyediaan dan skop pensijilan terus dengan restoran sebelum membuat pesanan. Pilihan vegan juga tidak secara automatik mengesahkan status halal.

Nota Editor: Artikel ini merupakan nukilan peribadi DilsK, Brand Lead Majalah RASA, yang berkongsi kenangan solo travelnya di Jepun sekitar tiga tahun lalu, daripada menikmati musim sakura dan galeri seni hinggalah menemui pelbagai jenis Sando yang menjadi sebahagian daripada memori perjalanan tersebut.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

8 Kudapan Deepavali Rangup & Sedap, Pilihan Istimewa Untuk Tetamu

Kudapan Deepavali yang rangup dan sedap untuk tetamu! Kenali 8 pilihan popular seperti murukku, omapodi, thattai dan pakora serta tip kekal rangup.