
Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Bermula setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam, Pesta Seri Rasa x RASA membawakan pelbagai aktiviti yang menggabungkan makanan, seni kulinari dan hiburan dalam suasana penuh kemeriahan. Selari dengan tema “Mengangkat Warisan, Menyatu Rasa”, festival ini menjadi ruang untuk pengunjung meraikan keunikan rasa dan budaya tempatan bersama keluarga serta rakan-rakan.
2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!
Antara acara utama yang paling dinanti-nantikan ialah 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Giveaway bersama Ajinomoto yang akan berlangsung pada pada Ahad, 13 September 2026, dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Nasi Goreng Kampung yang disediakan menggunakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan rasa Nasi Goreng Kampung yang cukup rasa dan menyelerakan.
Lebih istimewa, acara ini turut melibatkan The Malaysia Book of Records, sekali gus menjadikan aktiviti pemberian 2,026 pek Nasi Goreng Kampung ini antara acara yang wajib disaksikan sepanjang Pesta Seri Rasa x RASA.

Saksikan Pertandingan Teh Tarik Master
Kemeriahan diteruskan pada 16 September 2026, jam 2 petang menerusi Pertandingan Teh Tarik Master yang dibawakan oleh OKI.
Pertandingan ini bakal menyaksikan 10 peserta berentap mempersembahkan kemahiran ‘menarik’ teh dengan gaya masing-masing. Lebih istimewa, acara ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas Fakir, Juara Teh Tarik King yang juga merupakan juri jemputan.
Selain itu, pada hari yang sama juga, jangan lepaskan Pertandingan Roti Canai Terbang Melayang pada jam 3 petang. Pertandingan ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas Chef Matt. Pastinya menarik melihat peserta mempamerkan skil menebar dan ‘menerbangkan’ roti canai di hadapan pengunjung nanti.


Aktiviti Untuk Si Kecil Pun Ada
Bukan orang dewasa sahaja yang boleh berseronok. Pesta Seri Rasa x RASA turut menyediakan aktiviti Coffee Art Untuk Si Kecil, sesuai untuk kanak-kanak yang gemarkan aktiviti kreatif dan mewarna. Sambil ibu bapa menikmati suasana festival dan menyaksikan pelbagai acara, anak-anak pula boleh meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Jangan lupa juga untuk singgah ke booth seeNI kerana ada hadiah serta merchandise menarik untuk dimenangi. Jadi memang berbaloi datang bersama keluarga dan kawan-kawan kerana ada macam-macam aktiviti yang boleh diterokai sepanjang festival berlangsung.
Anda mungkin berminat dengan
Jumpa Di Taman Tasik Titiwangsa!
Dengan gabungan pertandingan kulinari, persembahan khas, aktiviti kanak-kanak, giveaway dan pelbagai tarikan lain, Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia 2026 memang sesuai dimasukkan dalam senarai aktiviti cuti anda.
Catat tarikhnya, 11 hingga 16 September 2026, dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam di Taman Tasik Titiwangsa.
Ajak keluarga dan kawan-kawan datang beramai-ramai. Jumpa anda di Pesta Seri Rasa, Festival Budaya Malaysia 2026!


sekarang!
