Ads

Biji Durian Buat Kerepek Pun Sedap, Rasa Lemak-Lemak Rangup. Cubalah, Ini Resipinya

Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya.  Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup yang sedap dan unik dengan rasa lemak-lemak.

Kerepek biji durian ini memang sesuai sangat dijadikan jajan. Tak rugi buat, nak tahu caranya? Ikut resipi mudah dari Rozana Hashim AsSalihin ini.

Biji durian buat kerepek, ini caranya

biji durian buat kerepek pun sedap

Bahan-bahan

Biji durian
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan 

 

1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.

biji durian buat kerepek cara pun senang

Ads

 

2. Esoknya, bilas biji durian kemudian sagat nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.

3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.

biji durian buat kerepek

 

Ads

4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, supaya tak mengambil masa yang lama untuk menggoreng.

cara buat kerepek dari biji durian

 

5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

 

6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.

siap kerepek dari biji durian

Kredit resipi & foto: Rozana Hashim AsSalihin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Bancuhan roti jala cantik, pekat dan likat rupanya perlu dibiarkan 15 minit. Ikut sukatan dan tip mudah ini supaya Roti Jala gerenti jadi.