Bagi ibu yang bekerja stok sambal frozen ini wajib buat supaya dapat mudahkan kerja memasak. Sekali buat saja, hari berikutnya cuma panaskan saja dan macam-macam hidangan boleh buat.
Memang senang kerja, tapi satu masalah bila nak buat stok sambal ni, dia punya merecik habis dinding dapur kena minyak. Ada juga yang sampai ke lantai. Nak elak kejadian begini dan menambah kerja untuk bersihkan dapur kita ikut tip dari Fiza Desa ini.
Tip masak sambal tak merecik sampai ke sudah. Tip ni akan buat korang tak perlu nak lap-lap dan dapur. Sambal ini saya masak banyak dan frozenkan. Nak masak ambil masa 2 jam juga sebab guna api kecil betul supaya sambal masak dan elok kejadiannya.
1. Kuantiti bahan yang digunakan. Cili perlu direbus dan dikisar berasingan dengan bawang.
2. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, tumis masak bawang sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Guna penutup periuk.
3. Kemudian masukkan cili, guna api perlahan juga. Saya masuk 2-3 keping asam keping.
4. Bila dah masukkan cili, tutup semula kuali. Pastikan pakai tudung periuk yang berat. Waktu ini bolehlah nak buat kerja rumah yang lain sambil sesekali kacau.
5. Tengok dinding bersihkan, sesekali buka kacau sambal. Kalau tiba-tiba sambal meletup ganas, tutup api kejap dan terus kacau. Waktu ini boleh masukkan garam, gula, gula melaka, gula kabung dan sebagainya.
6. Ok…sambal hampir siap. Minyak kalau rasa banyak sangat, boleh ceduk dan buang. Kita guna banyak minyak supaya sambal masak elok.
7. Dah sejuk, letak dalam bekas macam ni untuk simpan dalam peti ais. Dapat 6 bekas.
8. Frozenkan sambal, bila nak guna keluarkan potong guna pisau waktu beku. Agak-agak banyak mana nak guna, lebih simpan semula.
Sambal ini boleh buat sambal ayam, udang, sambal ikan bilis, mi goreng, kuetiau dan macam-macam. Sambal ini sambal siap masak sempurna dan ada rasa.
Saya kurangkan masin supaya senang nak sesuaikan rasa dengan sambal yang kita buat. Masak 5-10 minit siap tanpa kotorkan dapur.
Di musim perayaan ni, pasti ramai yang tengah rajin buat biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh biskut melekat dan susah dikeluarkan dari acuan lebih-lebih lagi biskut yang kita kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar. Contohnya seperti acuan biskut kapal, tat, biskut lidah kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah ini, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.
3. Kemudian susun di dalam tray dan masukkan seketika ke dalam ketuhar pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan.
kredit gambar: aliexpress.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah terfikir tak bahawa waktu letak garam pada masakan sama ada ketika awal memasak, selepas memasak atau perap masakan dengan garam sebenarnya ada kesan pada masakan.
Yang kita tahu akan ada rasa masin. Tapi sebenarnya ia memberi kesan rasa tersendiri kepada masakan. Ahli kimia Fatimah Salim menjelaskan perkara yang ramai tidak tahu selama ini.
Penambahan garam ke dalam masakan adalah TERPULANG ikut suka dan tujuan masing-masing. Ianya TIDAK akan berubah menjadi racun (kecuali lah sengaja diambil secara berlebihan).
Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kesan garam dalam masakan.
Garam terdiri daripada kristal natrium klorida (NaCl). Dan rasa masin garam adalah disebabkan interaksi ion Na+ dengan reseptor masin pada lidah. Maksudnya garam apa pun yang anda guna, kemasinan adalah bergantung kepada jumlah ion natrium dalamnya.
Meletakkan garam pada bila-bila masa dalam masakan tidak akan mengubah kimianya. Ion natrium adalah sangat stabil dalam keadaannya. Kalaulah ianya berubah sifat, boleh meletup kuali anda.
Meletakkan garam pada awal masakan akan memberikan rasa masin yang sebati kerana keterlarutan dan cukup serapan dalam komponen masakan.
Meletakkan garam selepas (makanan tanpa air) akan buat rasa makanan lebih unik disebabkan sensasi rasa kristal garam yang larut dalam air liur.
Meletakkan garam awal dalam masakan berprotein (terutamanya daging lembu) akan membuatkan isinya menjadi keras kerana garam berupaya mengeluarkan air (aka jus) daripada isi daging. Namun apabila dimasak lebih lama, daging akan empuk semula dan akan memberikan rasa kuah yang lebih sebati.
Memerap daging dengan garam lebih daripada 40 minit akan membuatkan daging menjadi lebih empuk apabila dimasak. Ini kerana apabila diberikan masa yang cukup, garam membantu dalam melemahkan ikatan dalam protein daging.
Untuk memanggang daging tanpa perapan, letakkan garam hanya apabila daging hendak dimasak terus saja. Perapan kurang daripada 40 minit akan menyebabkan isi daging menjadi keras (seperti kes di atas).
Nasi Beriani Udang yang wangi, berderai dan mudah dimasak menggunakan rice cooker. Ikuti resipi lengkap beserta tips untuk menghasilkan nasi beriani yang sedap dan menyelerakan.