Bila badan rasa tak sedap atau tak sihat, selera makan pun kurang. Kalau boleh nak makan hidangan sup yang ringkas.
Salah satu menu sup yang boleh dihidangkan pada waktu sebegini adalah sup darat. Menurut Nur Amalyna Zuraidi sup ini mampu memberi kesegaran kepada badan yang lesu akibat kurang sihat atau pun selesema.
Kalau anda penggemar sup ayam, sup daging atau masak lemak yang menggunakan suhun, pasti pernah berdepan situasi kuah semakin berkurangan walaupun baru seketika dihidangkan. Bukan kuah yang tersejat, tetapi suhun yang menyerap hampir semuanya hingga teksturnya menjadi terlalu kembang dan lembik.
Masalah ini memang biasa berlaku, terutama apabila suhun dimasukkan terus ke dalam periuk atau direndam terlalu lama sebelum dimasak. Akibatnya, suhun akan terus menyerap cecair dan menyebabkan kuah menjadi pekat atau hampir kering.
Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk memastikan cara masak suhun dilakukan dengan betul supaya ia kekal lembut, kenyal dan tidak “mencuri” kuah masakan. Hanya dengan beberapa langkah ringkas, hidangan sup anda akan kekal berkuah walaupun selepas lama dihidangkan.
Suhun atau glass noodles diperbuat daripada kanji seperti kanji kacang hijau atau ubi. Sebab itulah ia mempunyai sifat menyerap air dengan sangat cepat apabila dipanaskan.
Jika dimasukkan ke dalam kuah terlalu awal, suhun akan terus menyerap cecair sepanjang proses memasak. Semakin lama ia berada di dalam periuk, semakin banyak kuah yang akan diserap sehingga teksturnya menjadi terlalu lembik.
Memahami cara masak suhun yang betul bukan sahaja membantu mengekalkan teksturnya, malah memastikan kuah sup kekal banyak dan enak sehingga ke suapan terakhir.
Anda boleh ikut langkah mudah ini jika mahu suhun kekal cantik, kenyal dan kuah sup tidak cepat kering.
Jangan terus masukkan suhun kering ke dalam periuk.
Sebaliknya, rendam menggunakan air panas selama kira-kira lima minit sehingga ia mula lembut. Tempoh ini sudah memadai untuk melembutkan suhun tanpa membuatkannya terlalu kembang.
Selepas direndam, toskan suhun sehingga lebihan air keluar sepenuhnya.
Langkah ini membantu mengawal tekstur suhun dan mengelakkan ia terus menyerap terlalu banyak kuah apabila dimasukkan ke dalam masakan.
Ini merupakan rahsia paling penting dalam cara masak suhun.
Masukkan suhun hanya apabila sup sudah siap dimasak dan semua bahan telah empuk. Kemudian gaul perlahan supaya suhun bercampur rata dengan kuah.
Cara ini membolehkan suhun menyerap sedikit sahaja kuah tanpa menyebabkan sup cepat kering.
Selain suhun, ramai juga berdepan masalah telur pecah atau berbuih apabila dimasukkan ke dalam sup.
Untuk hasil yang lebih kemas:
Dengan teknik ini, telur akan terbentuk lebih cantik dan tidak mudah hancur ketika dihidangkan.
Kadang-kadang perubahan kecil ketika memasak mampu memberikan hasil yang jauh berbeza. Dengan mengamalkan cara masak suhun yang betul seperti merendam seketika, menambahkannya pada waktu yang sesuai dan menggunakan teknik memasukkan telur yang tepat, hidangan sup akan kelihatan lebih menyelerakan.
Selepas ini, tak perlulah risau lagi kuah sup cepat kering atau suhun menjadi terlalu lembik. Cubalah tip mudah ini pada masakan seterusnya, pasti anda akan nampak sendiri perbezaannya.
Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat. Makan ada lauk berkuah barulah laju makan. Anak-anak pasti menggemarinya. Selamat mencuba.
SUP MAMAK ‘TERANGKAT’ BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jika anda tidak mahu menggunakan tepung dhal, ia boleh digantikan dengan 1 biji kentang yang direbus dan dikisar halus sebagai bahan pemekat.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Masakan India
Keistimewaan: Rasa rempah yang kuat dan pedas yang tidak keterlaluan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR ASIN BAHAN-BAHAN:
100gm kubis
3 sudu besar sayur asin
2sm halia | dihiris halus
2 ketul tauhu | dipotong empat
50gm isi ayam
2 batang cili merah
1 biji tomato | dipotong baji
Sedikit daun bawang
1 sudu besar pati ayam
½ sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk rasa sup yang lebih mengancam, anda boleh tambahkan salted plum ke dalam sup ini dan kurangkan amaun bahan perasa.
Saiz hidangan untuk: 2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Berbau herba dan mempunyai rasa masam, sesuai untuk penghidap demam
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP ISI KETAM BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk sup yang lebih bertekstur, anda boleh gunakan jagung tongkol menggantikan jagung dalam tin. Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Rasa manis berlemak jagung dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak
Jenis penyediaan: Pembuka selera
Cara memasak: Didih
SUP IKAN SAWADEE-KA BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub patiikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Thailand
Keistimewaan: Bau harum dari daun pandan dan rasa manis isi ikan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP BEBOLA DAGING BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Indonesia
Keistimewaan: Rasa masin bebola daging dan sup sesuai dibuat bakso
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR DIET BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
2. Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
Saiz hidangan untuk: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Jumlah kalori rendah dan sesuai buat anda yang sedang berdiet
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
Krediti: Koleksi Majalah RASA
KLIK DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
Sup Tulang Merah Singapore merupakan antara hidangan paling ikonik yang cukup digemari oleh pencinta makanan berempah. Kalau sebut sahaja hidangan ini, pasti ramai yang terbayangkan semangkuk sup merah menyala dengan kuah pekat, berempah dan penuh rasa. Gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam menjadikan hidangan ini mempunyai identiti tersendiri yang sukar ditandingi.
Lebih menarik, tulang yang digunakan biasanya masih mempunyai isi daging yang lembut dan mudah tanggal daripada tulangnya. Bagi penggemar hidangan berasaskan tulang dan daging, menu ini memang antara yang wajib dicuba kerana setiap suapan menawarkan rasa yang kaya dan memuaskan.
Bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi panas, malah ramai juga yang menikmatinya bersama roti Perancis atau roti benggali yang dicicah ke dalam kuah merah pekat tersebut. Kombinasi ini menjadikan setiap hidangan lebih mengenyangkan dan lengkap.
Apa yang menjadikan hidangan ini begitu istimewa ialah penggunaan tomato puri, sos tomato, sos cili dan cili kisar yang memberikan warna merah menarik serta rasa yang kaya. Apabila direbus lama bersama tulang kambing atau lembu, kuahnya menjadi semakin pekat dan sarat dengan aroma rempah yang membangkitkan selera.
Hidangan ini sebenarnya cukup sinonim dengan masyarakat Muslim India di Singapura. Malah, ia sering dikaitkan dengan kawasan Jalan Sultan dan Beach Road yang terkenal dengan kedai-kedai sup tulang legenda. Dari situlah hidangan ini mula mendapat tempat di hati ramai pencinta makanan sehingga terkenal ke Malaysia dan negara jiran lain.
Warna merah yang menjadi identiti utama hidangan ini bukanlah disebabkan tomato semata-mata, tetapi hasil gabungan cili kisar, sos cili dan tomato puri yang dimasak sehingga sebati. Hasilnya, kuah menjadi lebih pekat, berkilat dan kaya dengan rasa.
Salah satu sebab utama ramai menyukai menu ini adalah kerana tekstur dagingnya yang lembut selepas direbus dalam tempoh yang lama. Selain itu, sumsum tulang yang larut sedikit demi sedikit ke dalam kuah turut menyumbang kepada rasa yang lebih mendalam dan menyelerakan.
Kuahnya pula mempunyai keseimbangan rasa yang menarik. Rasa pedas daripada cili, kemanisan semula jadi daripada bawang dan tomato serta sedikit rasa masam menghasilkan kombinasi yang membuatkan ramai sukar berhenti makan. Tidak hairanlah hidangan ini sering menjadi pilihan ketika berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan.
Nak hasilkan sup tulang yang benar-benar menjadi, pilihlah tulang kaki kambing atau tulang lembu yang masih mempunyai isi daging dan sumsum. Bahagian ini akan memberikan rasa yang lebih manis secara semula jadi apabila direbus lama.
Selain itu, jangan tergesa-gesa ketika memasak. Tulang perlu direbus sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua jam supaya daging menjadi lembut dan kuah lebih berperisa. Semakin lama direbus, semakin sedap hasilnya.
Jika sebelum ini anda sangka Sup Tulang Merah Singapore hanya boleh dinikmati di restoran tertentu, sebenarnya ia boleh disediakan sendiri di rumah dengan bahan yang agak mudah. Walaupun proses memasaknya mengambil masa yang agak lama, hasilnya memang berbaloi.
Bayangkan daging yang lembut, sumsum yang kaya rasa dan kuah merah pekat yang cukup berempah. Memang susah nak berhenti makan. Tambah pula jika dinikmati panas-panas ketika hujan atau pada hujung minggu bersama keluarga.
Jadi, kalau anda ada stok tulang kambing atau lembu di rumah dan masih tercari-cari menu istimewa untuk dicuba, apa kata masak hidangan ini sendiri. Sekali cuba, pasti nak tambah lagi semangkuk.
Dengan gabungan rempah yang seimbang, kuah yang pekat dan isi daging yang lembut, tidak hairanlah mengapa Sup Tulang Merah Singapore terus menjadi antara menu kegemaran ramai sehingga hari ini. Ia bukan sekadar makanan, malah pengalaman menikmati hidangan yang penuh rasa dan tradisi.
Nasi Kerabu Darat dengan rencah ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman segar. Resipi tradisional Pantai Timur yang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan.