Ikan keli atau Sembilang Darat memang sedap. Ikan yang segar memang terasa manis dan lembut isinya. Namun satu masalah bila masak ikan ini adalah baunya yang hanyir. Jika anda sudah mahir dan tahu untuk buang bau tidak enak ini, pasti tiada masalah. Bagi yang belum tahu, berikut adalah cara-cara buang hanyir ikan ini yang boleh dicuba.
Pernah atau tidak, ketika anda menggoreng ayam ia tidak masak? Atau ketika anda makan di kedai, ayam goreng yang anda pilih masih ‘berdarah’ dan kurang masak? Ada masanya memang akan terjadi kejadian ayam goreng kurang masak. Ayam mentah tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Hari ini, RASA ingin berkongsi panduan menggoreng ayam yang boleh anda jadikan panduan.
CARA MENGGORENG AYAM YANG SEMPURNA
1. PERHATIKAN SAIZ AYAM
Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA
Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.
3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK
Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.
4. CUCUK DENGAN GARFU
Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
5. BIARKAN SEKETIKA
Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan anda membiarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.
Diharapkan kelima-lima tip ringkas ini dapat membantu anda untuk menghasilkan ayam goreng yang masak sepenuhnya. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Periuk dan kualiyang sentiasa digunakan untuk memasak, pastinya ada kesan kotoran dan kesan hangus yang susah untuk ditanggalkan. Jika basuh guna sabun biasa, memang lama nak sental. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya. Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding jika anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
2. CUKA
3. SODA BIKARBONAT
4. LEMON
5. KULIT UBI KENTANG
kredit foto: realsimple.com
6. ASAM JAWA
kredit foto: spiceography.com
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada peminat nasi dagang di sini? Sesiapa yang pernah membuat nasi dagang, pasti tahu macam mana skill dan teknik yang diperlukan untuk membuat nasi istimewa ini.
Tak mudah namun bila dah merasa sekali nasi dagang yang sedap, pasti akan terjebak jua untuk masak nasi dagang.
Jom kita tengok perkongsian tips dan petua daripada Yus Kitchen tentang macam mana untuk membuat nasi dagang yang sedap.
#tipsmasaknasidagang
1.Ikan Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam, orang KL panggil ikan Tuna. Nak kenal tengok pada sirip. Kalau panjang, tu Aya Hitam. Kalau sirip pendek tu Aya Putih. Nak sedap, rebus sehari sebelum nak makan. Cara dan bahan nak rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing.
Antara bahan yang biasa orang guna untuk rebus ikan ialah daun pandan (hilang hanyir), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sebab isi dia lembut).
2.Beras, campuran dan sukatan Jenis beras – orang kata yang paling afdhal guna beras Siam. Sebabnya dia jenis mudah lerai, nasi jadi cantik. Beras wangi. Sama ada beras wangi saja atau beras wangi campur beras pulut. Boleh juga kalau beras wangi campur dengan beras Basmathi. Ini pun menjadi juga, cantik jadinya.
Beras Basmathi, ni kira nasi dagang moden dah ni. Boleh campur beras pulut ataupun tidak. Bab beras saja, nasi dagang ada banyak khilaf, jadi jangan bergaduh. Boleh pakai mana-mana beras asalkan kena dengan selera.
Sukatan air untuk digaulkan. Nasi Dagang nak kena gaul 2 kali. Sukatan dia, untuk gaulan pertama: 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nak mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nak sukat beras tu.
Gaulan kali kedua: 1 cawan santan pekat. Rumusanny, sekilo beras 2 cawan air untuk gaul kali pertama, 1 cawan santan pekat untuk gaul kali kedua.
1 cawan bersamaan 250 gram. Jadi, kalau 4 cawan tu maknanya 1 kg. Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Untuk 1 kilo santan pekat pula, saya pernah tanya penjual santan. Dia kata, 1 kilo santan tu 4 biji kelapa. Jadinya, setengah kilo tu 2 biji kelapa (santan pekat ni). Masa nak kukus nasi, kena pastikan api besar. Jangan besar sangat. Kalau api perlahan, nasi jadi kembang.
3. Gulai Nasi Dagang
Cara nak masak gulai, ada banyak cara dan gaya. Cara 1: Tidak tumis. Masuk santan dulu, tunggu santan macam nak pecah minyak, lepas tu masuk semua bahan kisar dan mesin. Cara dan gaya ni orang panggil “Raja Berangkat”.
Cara 2: Tumis dulu cili boh. Ada yang pakai belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering 1 ekor dalam kuah tu, untuk dapatkan rasa dan aroma ikan. Cili boh nak kena guna banyak, baru cantik kejadian gulai nasi dagang. Guna lada kering yang tak pedas. Kalau pergi kedai, dia panggil “Cili Kering Gemok”.
Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang, boleh guna 200g ke 250gram cili boh. Insya-Allah gulai nasi dagang jadi comel, warna dan tekstur dia. Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sampai pecah minyak.
Kuah gulai nasi dagang sedap kalau pekat. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita tak pakai banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang elok sangat kalau 50gram untuk satu hidangan. Sesenduklah bahasa mudahnya.
Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cerita, kalau bekas kisar tu 1 setengah air bekas kisar tu. Tidak termasuk santan. Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.
****** Masuk 1 cawan dulu tak apa, takut masam sangat kuah gulai. Sebab masa rebus ikan, kita guna asam keping banyak. Terlebih masam payah nak ubah.
*******Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalau kurang, tambah lagi sikit. Untuk 1kg kuah nasi dagang, sedang elok guna 2 cawan santan pekat.
Masa nak masukkan ikan, kena perhati ikan elok-elok. Jangan ada asam keping pada ikan. Takut terlebih masam kuah gulai ikan kita. Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.
Begitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang terengganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Resepi Gulai Nasi Dagang Terengganu Asli (Homemade)
Kalau ikut resepi asal gulai nasi dagang Terengganu asli, memang tidak menggunakan rempah kari. Rempah dia ringkas sahaja. Untuk membuat rempah gulai nasi dagang Terengganu versi asal, hanya menggunakan beberapa campuran rempah yang biasa kita gunakan untuk memasak seharian. Serta mudah untuk didapati di dapur rumah masing-masing.
Bagi membuat rempah gulai nasi dagang. Rempah ratus yang digunakan adalah ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Sukatan dan campuran adalah seperti berikut:
Untuk sekilo nasi dagang (beras) 1 batang kulit kayu manis 1 batang kulit kayu manis 3 bunga lawang 6 biji bunga cengkih 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA: 1.Rebus kesemua bahan rempah ratus dengan sedikit air. Rebus sehingga air sedikit kering. 2.Kemudian kisar halus rempah ratus yang telah direbus tadi bersama-sama dengan bahan-bahan basah. (Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas).