Gout…aduhai sakitnya hanya penderitanya aje yang tahu. Ia menyebabkan denyutan rasa yang perit dan rasa yang teramat sakit. Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh.
Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh tubuh terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran urinari.
Mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita. Salah satu cara yang boleh diusahakan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.
Nah, ini 6 jenis makanan yang dipercayai boleh mencegah gout. Ini adalah saranan dan perkongsian dari Kementerian Malaysia.
1. NENAS
Tinggi dengan ‘bromelain’dan vitamin C. Kandungan khasiat dua komponen ini boleh mengurangkan keradangan di sendi-sendi.
2. KUNYIT
Memang terbukti baik untuk kesihatan dan mampu mencegah beberapa penyakit termasuklah gout.Cucumin yang boleh didapati daripada kunyit juga boleh mengurangkan keradangan sendi yang sering dialami pesakit gout.
3. ULAM PEGAGA
Ulam tradisional hidangan Melayu ini juga diyakini boleh mencegah gout. Ia tinggi dengan ‘phtochemical’ untuk membantu proses menyahtoksik dalam tubuh.
4. LEMON
Jus lemon memang kaya dengan Vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh. Kandungan vitamin C ini dapat membantu proses menyahtoksik dalam tubuh pesakit gout. Jadikan lah minuman jus lemon suam tanpa gula sebagai amalan rutin harian anda.
5. HALIA
Komponen gingerole dan zingiberene dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Bila masak tu anda boleh masukkan halia sekali. Boleh juga dijadikan amalan minuman harian dengan memasukkan ke dalam teh anda, tapi ingat jangan letak gula , tau.
6. CILI HIDUP @ SEGAR
Di sebalik kepedasan cili, tak sangka ya ada manfaat kesihatannya. Dalam cili ada kandungan Vitamin A dan C yang dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Tapi jangan makan berlebihan pula.
Bukan semua sakit harus bergantung kepada ubat yang mahal. Ia boleh dicegah dan dikawal melalui amalan pemakanan yang baik. Pesan Min,Pesakit gout juga harus mengelakkan juga makanan laut, ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Orang tua-tua dahulu kalau masuk dapur untuk memasak banyak pantang larang dan ada sahaja petua yang mereka amalkan. Ini mungkin membantu dalam penyediaan makanan yang lebih sedap dan bersih. Apa kata kamu cuba petua ini jika perlukan bantuan. Selamat memasak…
1. Gulai kurang menjadi. Santan minyak tidak pecah.
Letakkan senduk kayu di dalam periuk. Gunakan api perlahan. Santan akan tidak pecah minyak.
2. Cekodok garing, rangup dan sedap.
Bancuh garam(ikut sukatan korang) dengan air panas kemudian letak sebiji telur.. ha jangan lupe cuba
3. Mengekalkan warna sayur hijau.
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
4. Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut.
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
5. Merangupkan acar mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
6. Menghilang bau hangit nasi
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba.
7. Tauge segar
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
8. Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria
Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 – 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.
9. Elak sayur keladi gatal apabila dimakan
Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti.
10. Supaya Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
11. Mengempukkan daging
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.
12. Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.
13. Membuat krim coklat yang berkilat
Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita.
14. Memekatkan sup/kuah
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
15. Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.
16. Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
17. Menghilangkan bau cili semasa memasak Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba.
18. Kuali Melekat
Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.
19. Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.
20. Mengelakkan pisang cepat busuk
Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba…
Sebelum beli punyalah pilih timun supaya dapat yang elok rangup, tapi bila dan potong buat ulam rupanya terbeli yang pahit. Frust sungguh!
Nak pilih timun yang segar, rangup dan tak pahit ini ada caranya, bagi yang belum arif boleh ikut panduan perkongsian Nurul Shima ini.
Timun A
Warna hujung batang hijau muda & lurus, ini tanda yang segar dan rangup. Jika batang timun pejal ‘sado’ , maknanya ia timun ini baru dipetik dan berjus
Timun B
Hujung batang timun yang berwarna hijau gelap ini pahit! Kalau hujung batang timun sudah agak lembik & nampak berkerut, maknanya timun dudah tersadai beberapa hari dan kurang jus.
Jika pilih timun yang saiznya agak besar, ia selalunya BERAIR. Tak sesuai kalau nak buat jelatah, salad atau ulam. Sebaiknya cari timun saiz comel sederhana.
Baru beli telur tapi bila pecah telur rupanya sudah busuk. Mulalah kita was-was dengan kualiti telur yang lain.
Jadi macam mana nak kenal pasti antara telur yang elok dan busuk terutama bila kita beli dalam kuantiti yang banyak. Boleh lakukan ujian seperti dikongsi oleh @emilyxlevi. In caranya;
1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.