Ads

Gulai Lemak Pucuk Selom Bersama Kepah. Memang Tak Perlu Lauk Lain Dah!

Daun selom, biasanya dijadikan ulam dan dicicah bersama sambal belacan. Tapi rupanya ulam kampung ni boleh dipelbagaikan cara menikmatinya. Masak lemak bersama kepah, fuhhh..sedap! Anda memang kena cuba sendiri.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cekak daun selom  | simpul dan celur seketika
  • 300gm kepah
  • 500ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

Ads
  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
  2. Renehkan di atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
  4. Diikuti dengan kepah.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Selain daun selom boleh juga tukar dengan pucuk ubi.

Ads

 

 

Ads

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro, Port Makan 24 Jam Dengan...

AFC One Bistro di Petaling Jaya menawarkan nasi kandar, roti, briyani dan pelbagai menu menarik 24 jam untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.