Ads

DIY Stok Ayam Paling Mudah. Jimat Wang & Lebih Bersih!

Jika anda mempunyai kekangan masa dan mahu cepat untuk menyediakan hidangan untuk keluarga, anda boleh sediakan terlebih dahulu stok atau pes yang diingini. Kemudian bolehlah disejukbekukan.

Cara ini boleh menjimatkan sehingga separuh daripada masa memasak yang biasa. Hari ini admin akan berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan stok ayam. Resipi ini juga sesuai buat ibu yang mahu membuat bubur nasi untuk anak kecil (anda boleh keluarkan garam dari resipi ini).

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang ayam secukupnya
  • 1 liter air
  • 1 batang saderi | dipotong kecil
  • 1-2 biji lobak merah | dipotong kecil
  • 2 inci halia | diketuk
  • 2 biji bawang besar | dipotong 4
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 2 batang kayu manis
  • 3 biji | buah pelaga
  • 2 biji tomato | dipotong 6
  • 3-4 biji kentang | dipotong 4
  • 4 helai daun bay
  • 2 sudu garam
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam

 

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.
  2. Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.
  3. Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan.

 

sumber foto: wonkywonderful.com

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Telur Mata Bawang Cili Kicap Sedap, Resipi Padu Buat Nasi Bertambah!

Telur Mata Bawang Cili Kicap yang simple tetapi sedap dengan ikan bilis rangup, bawang dan cili. Resipi mudah dan padu untuk dinikmati bersama nasi panas.