Ayam rebus ini memang lain macam. Bukan rebus begitu saja tapi bersama rempah-rempah menjadikan rasanya bukan biasa-biasa sedapnya.
Kalau sedang mencari menu sihat, rendah minyak tapi enak, resipi ayam rebus ini memang pilihan tepat. Cara penyediaannya sangat mudah, tak perlu banyak bahan dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet atau menjaga pemakanan. Ayam direbus bersama bawang putih dan halia, menjadikan rasanya wangi, lembut dan berjus.
Lebih menarik, menu ini juga sesuai untuk ibu berpantang atau sesiapa yang mahu lauk ringkas tapi menyelerakan. Tambahan pula, ayam rebus ini boleh dipelbagaikan dengan sayuran rebus atau dimakan bersama nasi panas dan sambal kicap.
¼ ekor ayam bahagian peha
Seulas bawang putih – tumbuk
Sedikit halia – tumbuk
Sedikit garam
Chili flakes (ikut kepedasan)
Sedikit rosemary (jika suka)
Serbuk perasa atau chicken stock
Daun ketumbar (optional)
Sedikit sos tiram
1. Gaul ayam dengan bahan perap dan biarkan selama 30 minit supaya rasa lebih meresap.
2. Masukkan ayam dalam periuk dan tuang air paras ayam.
3. Rebus sehingga air hampir kering dan kuah menjadi sedikit pekat.
4. Taburkan chili flakes, rosemary, daun ketumbar atau apa sahaja hiasan pilihan. Siap untuk dihidang.
Orang kata, lelaki ni kalau dah masuk dapur, air tangan dia tu jarang tak sedap. Memang sedap dan boleh bertambah-tambah nasi! Padahal menu lauk sama dengan mak-mak kita masak.
Haa, siapa di sini macam ni? Kalau anak-anak pula, silap haribulan lagi suka ayah yang masak daripada mak. Betul tak?
Melalui perkongsian reseipi daripada Wan Iskandar ini, menunya nampak menyelerakan walaupun jenis yang simple. Tapi yang simple tu lagi sedap kan?
1.Lumur udang dengan kunyit dan garam. Kemudian, goreng udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Goreng garing bawang putih, merah dan daun kari. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
3. Letak sedikit air dan kacau lagi hingga sekata. Masukkan garam secukup rasa dan cili. Gaul lagi.
4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali, taburkan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
DAGING MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN: Daging 2 sudu teh sos cili 2 sudu teh sos tomato 2 sudu teh sos tiram ¾ sudu kicap manis – beli online di sini Bawang putih Bawang merah Halia – beli online di sini Cili besar merah/hijau
CARA-CARA:
1.Lumur daging dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak. Masukkan daging, bawang putih, bawang merah dan halia.
3. Goreng sehingga daging keluarkan air. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga daging kelihatan sekata dan lembut.
4. Akhir sekali, masukkan cili besar. Kacau lagi. Dah siap untuk dihidangkan.
Anda penggemar masakan Negeri Sembilan, pastinya menyukai masakan yang menggunakan cili padi seperti Gulai Lemak dan Rendang yang sebut saja pasti kecur air liur terbayangkan rasanya yang pedas sedap. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA bawakan dua menu istimewa masakan negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai. Dua menu ini dikongsikan oleh Aunty Aini, pemilik Aini’s Garden Café serta pengacara Rasa Insta Famous dan Ketuhar Kuali.
MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN REMAH RATUS:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara buat dadih homemade yang sedap, mudah dan menjimatkan. Lengkap dengan pelbagai idea perisa serta tips hasilkan tekstur lembut dan berkrim.