Apabila tibanya Ramadan, selera pasti tertumpu kepada hidangan kuih tradisional. Sama ada dimasak sendiri atau dibeli di bazar, kuih-kuih ini pasti mencuri perhatian. Semarakkan waktu berbuka dengan aneka kuih yang enak-enak.
1. KUIH KOCI
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan inti di dalam kuali dengan api sederhana.
2.Kacau inti sehingga separa kering. Angkat dan ketepikan.
BAHAN KOCI:
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (1/2 mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya (dilayurkan)
CARA MEMASAK:
1.Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam.
2.Jadikan doh lembut dan boleh dibentuk.
3.Bentuk adunan dan isi inti di tengah-tengah. Tutupkan doh dan celup ke dalam santan masak. Ulang hingga doh dan inti habis.
4.Panaskan kukusan. Bungkus kuih koci dengan daun pisang. Kukus kuih koci selama 20-30 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Kuih koci yang kaya dengan santan masak lebih enak dimakan.
2. KUIH LOMPANG
BAHAN A:
1 ½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh air kapur
1 cawan air
BAHAN B:
½ cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN C:
1 cawan kelapa parut
Secubit garam
1 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Masak BAHAN B sehingga semua gula larut.
2.Didihkan air kukusan. Kukus BAHAN C sekejap.
3.Satukan BAHAN A. Gaul sebati.
4.Masukkan BAHAN B yang sudah disejukkan. Gaul kemudian tapis.
5.Sapu sedikit minyak masak pada acuan kuih lompang.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.
7.Kukus 10 minit. Sejukkan.
8.Keluarkan dari acuan dan tabur BAHAN C di atasnya. Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Seimbangkan rasa lemak kepala parut dengan garam. Jangan terlalu masin.
3. KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
Beberapa titis pewarna hijau
½ sudu kecil air kapur
5 helai daun pandan
2 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
Kelapa parut (gaul dengan garam)
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur.
2.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.
3.Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.
4.Kukus hingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.
5.Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.
6.Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.
7.Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut.
BAHAN AIR GULA MELAKA:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masak sehingga larut.
2.Tapis.
INFO CHEF:
Kuih lopes boleh dibuat mengikut bentuk yang anda sukai. Namun bentuk segitiga tetap menarik perhatian.
4. KUIH NONA MANIS
BAHAN A:
½ cawan gula kastor
1 biji telur ayam
1 cawan santan
Ads
1 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN BAHAN A:
1.Pukul telur ayam hingga kembang.
2.Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau.
3.Tuangkan campuran tepung ke dalam telur ayam dan kacau sebati.
BAHAN B:
5 helai daun pandan
¼ cawan gula kastor
½ cawan santan pekat
¼ cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN BAHAN B:
1.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Tapis.
2.Campur air pandan bersama gula kastor, santan, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.
3.Kacau hingga halus.
4.Masak hingga adunan nampak berkilat.
5.Satukan BAHAN A dan BAHAN B.
BAHAN INTI:
1 cawan santan pekat
1 sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN INTI:
1.Satukan semua bahan inti dan masak sehingga likat.
2.Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam piping bag.
CARA MEMASAK:
1.Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
2.Tuang adunan BAHAN A dan BAHAN B dalam acuan kuih lompang.
3.Masukkan adunan BAHAN INTI di tengah acuan.
4.Kukus selama 7-10 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mendapat hasil lebih baik, gunakan telur ayam gred A.
5. PULUT BIJAN / KUIH BOM
BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2.Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
BAHAN INTI:
½ cawan air
½ cawan kacang dal
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
½ biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum
*Boleh juga tukar pada inti kelapa
Ads
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam kuali. Masukkan kacang dal, garam dan daun pandan. Masak hingga inti lembut.
2.Apabila inti lembut, toskan. Taburkan tepung gandum supaya intik tidak melekat. Sejukkan inti.
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil doh dan isikan inti. Buat bulat-bulat. Golekkan atas bijan.
2.Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Pelbagai inti boleh dibuat sama ada kelapa manis atau kacang hijau manis.
6. PULUT INTI
BAHAN INTI:
50 gram gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gram kepala parut
CARA MEMASAK:
1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2.Masak hingga gula larut.
3.Masukkan garam kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN:
100 gram beras pulut
100 gram air
50 gram santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.
2.Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
3.Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Membungkus kuih pulut inti dengan daun pisang menambah cita rasa kala menikmatinya.
7. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam semalaman)
1 liter santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
Ads
BAHAN INTI:
Minyak masak untuk menumis
2 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
50 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 sudu makan cili boh
½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
1 batang serai (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
1 cm halia (kisar)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
8. TEPUNG GOMAK
BAHAN SALUTAN:
500 gram kacang hijau
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan toskan kacang hijau
2.Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan.
3.Kisar kacang hijau sehingga halus seperti tepung. Ayakkan. Simpan.
BAHAN INTI:
Air secukupnya
200 gram gula melaka
½ cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu makan tepung gandum
1 biji kelapa parut
CARA MEMASAK:
1.Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Biarkan gula larut. Angkat dan tapiskan.
2.Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3.Bulat-bulatkan inti. Ketepikan.
BAHAN KUIH:
500 gram tepung pulut
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2.Ambil sedikit adunan. Bulatkan dan leperkan.
3.Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4.Masak air. Selepas mendidih masukkan kuih. Masak sehingga kuih timbul. Angkat.
5.Gaul dengan BAHAN SALUTAN. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Walaupun kuih ini rupanya biasa sahaja namun rasanya tetap menawan hati.
9. KUIH GETAS-GETAS
BAHAN-BAHAN:
½ biji kelapa parut
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam
BAHAN SIRA:
½ cawan gula
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
2.Masukkan garam, gaul.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit.
4.Uli sehingga jadi doh.
5.Bentukkan doh.
6.Goreng dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
7.Masak BAHAN SIRA dalam kuali hingga betul-betul pekat.
8.Masukkan kuih yang siap digoreng. Kacau sehingga kering.
9.Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Ketika menyira kuih ini, anda perlu pantas supaya salutannya rata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi kepak ayam mudah yang anda boleh hasilkan sendiri untuk anak-anak. Kombinasi rasa manis, masin & pedas, memang sedap dan kena dengan citarasa. Boleh pakat cuba!
KEPAK AYAM SWEET & SPICY
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kepak ayam. Boleh juga guna bahagian ayam yang lain mengikut citarasa anda.
2. Campurkan semua bahan secukup rasa.
3. Perap selama sejam atau lebih.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
5. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
Donut memang sedap lebih-lebih lagi jika ianya gebu dan seakan cair di mulut. Fuhhh..Sekeping je tak cukup. Kalau buat kuih ni banyak-banyak, boleh je simpan sejukbeku. Anda nak cuba buat sendiri untuk hidangan suami dan anak-anak? Boleh cuba resipi di bawah ini.
1. DONUT BAKAR ( DONUT MILKY GEBU)
BAHAN-BAHAN:
500g tepung high protein
1 pek mauripan (11g)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula castor
50gm marjerin (suhu bilik)
200ml susu segar (boleh gantikan dgn air suam)
50ml whipping cream
1 sudu besar shortening (saya guna k-fine)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Adun sebati sehingga doh licin. Masa terpulang pada kekuatan mixer masing-masing. ( Saya mix selama 20 minit dengan kelajuan rendah ke sederhana).
Rehatkan doh selama 15 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk buangkan angin. Uli sedikit. Kemudian tekap doh menggunakan acuan donut.
Rehatkan doh yang telah ditekap sehingga naik 2 kali ganda. Jangan terlalu kembang.
Panaskan oven dan bakar donut pd suhu 170C selama 7 min. (Kaedah ni sama mcm nak buat donut frozen) untuk matikan yis dan untuk mendapatkan permukaan donut yang licin.
Akhir sekali goreng donut dengan minyak yang panas dan api perlahan. Terbalikkan donut 2 kali sahaja untuk dapatkan lingkaran putih keliling donut.
Untuk topping, boleh salut dengan gula + susu tepung ATAU topping ala big apple.
Bahan Coklat Ganache:
1 cawan whipping cream
230gm choclate berlys @ apa-apa coklat masakan
1 sudu makan mentega
CARA-CARA:
Panaskan whipping cream hingga berasap naik mcm wap-wap
Kemudian masukkan coklat yang telah dipotong halus. Kalau pakai jenis ‘coins’ lagi Kacau sebati sehingga larut. Kemudian masukkan mentega. Kacau sebati. Padamkan api.
Untuk hiasan, terpulang nak tabur coklat chips, kekacang atau manik-manik ikut citarasa memasing.
50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
20gm susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
10gm instant yis >>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)
BAHAN B:
2 biji kuning telur
3gm Ovallate
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan labu yg dikukus Dan dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
150gm air sejuk dari peti ais. >> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( saya GUNA MIXER. KALAU ULI DGN TANGAN GUNA AIR SUAM )
BAHAN C:
50gm shortening / marjerin
5gm CREAM SUPER ( yg tak ADA boleh abaikan )
BAHAN D:
5gm garam
CARA MEMASAK:
Gaul rata bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
Lubangkan adunan donut dengan NOZZLE atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.
Masukkan kesemua bahan kering kecuali garam dan putar sederhana.
Kemudian masukkan telur berselang seli dengan susu dan air.
Apabila dah jadi doh masukkan garam, shortening dan marjerin. Putar doh hingga licin selama 25 minit.
Rehat 5 minit.
Timbang doh 45gm, bulatkan doh dan rehatkan doh sekali ganda naik kemudian tekan lubang di tengah. Goreng dgn api sederhana. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihias.
TOPPING:
300gm Milk coklat beryls @ white choc beryls
2 sudu Cocoa butter @ shortening @ marjerin
CARA-CARA:
Cairkan coklat dan masukkan butter ikut kepekatan yang kita nak. Boleh hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
Satukan bahan A, dan tinggalkan biar kembang dan buih naik lebih kurang 10 minit.
Satukan bahan B, ramaskan sampai jadi macam serbuk roti.
Masukkan bahan A ke dalam adunan B, gaul dengan tangan sampai menjadi satu doh besar.
Tutup bekas tersebut dengan kain lembab, dan biarkan selama 45 minit hingga sejam.
Setelah direhatkan, tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian mula la mencanai ikut bentuk yang anda suka.
Biarkan seketika supaya kembang sedikit dalam 10-20 minit.
Sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan (or kehitaman? Hehehe).
Salutkan donut dengan gula halus / serbuk cinnamon / coklat / topping yang anda gemari, atau lubangkan bahagian dalam donut dan paipkan filling kegemaran anda
15 helai daun pandan – kisar dengan 2 cawan air suam. Tapis dan ketepikan
BAHAN BANCUHAN MAURIPAN:
1 cawan air kisaran pandan diatas
2 sudu makan gula * Kacau bagi gula larut.
Masukkan 1 paket mauripan – biar berbuih naik (Masa ni pastikan air kisaran pandan tu suam ya,kalau tidak mauripan tak naik/berbuih banyak)
BAHAN TEPUNG:
500gm tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan Shortening
Garam secubit (Gaul semua bahan supaya sebati)
CARA MEMASAK:
Masukkan bancuhan mauripan ke dalam adunan tepung.
Uli doh dan masukkan baki air daun pandan sikit demi sikit.
Kalau doh lembik masukkan tepung sikit. Kalau doh keras masukkan air lagi. (Masa ni kena agak-agak. Kalau doh lembut dan tak melekit di tangan ok dah jadi.)
Perap doh 1 jam. Tumbuk-tumbuk dulu bagi keluar angin.
Lepas tu bulat-bulatkan doh. Susun dalam dulang yang ditabur tepung. Biar 15 minit.
Tekan doh bagi leper dan buatkan lubang di tengah guna penutup botol.
Biar doh naik lagi dalam 15 – 20 minit. Sedia digoreng. Salut gula sebelum dinikmati.
Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.