Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu gagal untuk dapatkan hasil yang dikehendaki. Bagi yang dah biasa, mungkin tiada masalah namun bagi yang baru belajar memasak, pasti ia merupakan cabaran yang besar. Ada je masalah bihun keras, bihun lembik macam bubur lah, tawar lah. Memang macam-macam. Jangan risau sebab panduan di bawah ini boleh membantu anda masak bihun goreng dengan sempurna. Jom lihat cara-caranya.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun.
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
2. Rendam Dengan Air Biasa.
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
IKLAN
3. Jangan Banjirkan Kuali. Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur. Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut. Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
IKLAN
5. Tambah Garam, Gula. Jangan Biar Tawar .
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
IKLAN
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
Ha…dah tahu kan petua-petuanya? Jadi bolehlah cuba ya. Selamat berjaya!
Sebagai sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang telah bertapak di Malaysia hampir 50 tahun, Fonterra sentiasa memacu usaha-usaha inovasi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan setiap orang dalam keluarga rakyat Malaysia. Oleh itu baru-baru ini, Fonterra telah memperkenalkan Susu tepung Fernleaf Protein+ iaitu salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat negara ini.
Kenali Susu Tepung Fernleaf Protein+
Merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi.
Ia dihasilkan dengan kombinasi unik – susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya).
Mempunyai rasa yang lazat dan berkrim.
Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas.
Tiga jenis protein yang terkandung di dalam Fernleaf Protein+ boleh membantu membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk tubuh apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa dan diperkaya dengan kalsium, vitamin B2, dan vitamin D untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!
Untuk menyediakannya, tambah tiga sudu besar susu tepung Fernleaf Protein+ ke dalam satu gelas (200ml) air suam dan kacau rata.
Anda boleh meminumnya secara sedia ada atau dalam bentuk popsicle, smoothie, bar protein atau banyak resipi lain supaya anda boleh menikmatinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz iaitu 800gm dan 280gm. Dapatkan produk Fernleaf Protein+ di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.
Musim durian, ramai yang muat naik status makan durian. Macam-macam kisah pasal durian. Salah satu kisah yang mencuit hati adalah kisah pelakon, Zarina Zainudin yang melayan anak kembarnya makan durian. Menurut Zarina, Azil tak makan durian sebelum ni. Bau pun dah nak termuntah.
Namun baru-baru ini, dalam perjalanan balik ke rumah, mereka singgah makan durian. Dan itulah kali pertama Azil makan durian.
Agak melucukan apabila Zarina minta durian udang merah, terus kembar yang seorang lagi iaitu Azal menegah dan kata, “Hei, saya tak makan durian.”
#azilmakandurian Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian. Saya mintak udang merah lepas tu Azal cakap hei saya tak makan seafood 😃 Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni Azal .. First time Azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian .. #autism #autismawareness #azalohazal #azilazal
Gelagat Azal dan Azil memang selalu mencuit hati. Dan netizen pun selalu mendoakan kesejahteraan Zarina dalam menjaga anak kembarnya itu.
Siapa dah nikmati Roti Canai pagi ni? Kalau dah, anda patut berasa bangga kerana anda sedang menikmati hidangan roti terbaik di dunia!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.