Buah-buahan memang sedap dijadikan minuman penghilang dahaga yang menyegarkan dan berkhasiat. Bukan buah-buahan import aje yang tempatan pun sangat sedap.
Selain buat jus sahaja sedap juga dibuat smoothies dan shakes yang buat anda puas menikmatinya. Cantik dipandang serta beraneka warna, jika anda pandai berkreativiti dengan menu minuman ini. Ni min kongsikan 7 resipi minuman buah-buahan yang mudah dibuat.
1. JUS ANGGUR SODA
BAHAN-BAHAN:
300gm buah anggur tanpa biji
1 botol jus anggur (twister)
1 cawan air ais krim soda
Sedikit ais
CARA MEMASAK: 1. Kisar buah anggur bersama ais krim soda. 2. Kemudian campurkan jus anggur. Kisar lagi hingga sebati. 3. Tuang ke dalam gelas dan tambah ais secukupnya.
Info chef:Boleh tambah sedikit pewarna makanan untuk warna lebih cantik. Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Rasa anggur yang sedap
2. JUS LOBAK MERAH, EPAL DAN GUAVA
BAHAN-BAHAN:
1 botol kecil jus epal (twister)
1 batang lobak merah saiz besar | kupas kulit
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh halia | parut
1 cawan susu segar
1 sudu teh madu
CARA MEMASAK: 1. Kisar kesemua bahan dan masukkan ketulan ais. Hidangkan.
Info chef:Cukup mudah dibuat.
Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Ada aroma serbuk kulit kayu manis
3.BLUEBERRY MUFFIN SMOOTHIE
Ads
BAHAN-BAHAN:
½ biji pisang | bekukan
½ cawan blueberi | bekukan
¼ sudu teh parutan lemon
¼ cawan oats
½ cawan susu segar
2 sudu makan yogurt
½ cawan kiub ais
HIASAN:
Kepingan oat secukupnya
Bunga gum paste
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan kisar. 2. Kemudian tuang ke dalam gelas. 3. Hias dengan kepingan oat dan bunga gum paste di atasnya. Sedia diminum.
Info chef: Minuman yang menyihatkan. Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Terasa tekstur oat ketika minum
4. HONEYDEW MILKSHAKE
BAHAN-BAHAN:
Ads
½ cawan yogurt
½ biji tembikai susu
4 sudu makan susu pekat
Ais secukupnya
HIASAN:
Hirisan tembikai susu
Manik warna hijau
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecuali ais. 2. Kemudian tuang ke dalam gelas dan masukkan kiub ais. 3. Hias dengan hirisan tembikai susu dan manic hijau untuk lebih menarik.
Info chef: Tembikai susu boleh dipotong kiub jika suka. Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Rasa tembikai susu yang lemak manis
5. SPINACH AND STRAWBERRY SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan baby spinach
1 biji pisang
1 biji buah oren
5 biji strawberi
1 cawan air
Kiub ais secukupnya
HIASAN:
Buah strawberi secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. 2. Tuang ke dalam gelas. Hias dengan buah strawberi. 3. Sedia dinikmati.
Ads
Info chef: Minuman yang kaya khasiat. Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Rasa tembikai susu yang lemak manis dan masam strawberi
6. AIR JUS NANGKA
BAHAN-BAHAN:
10 biji nangka madu
1 cawan air
3 skop ais krim vanila
2 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya
HIASAN:
Hirisan nangka secukupnya
Ais krim vanila secukupnya
Manik warna warni secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga halus. 2. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais secukupnya. 3. Skop ais krim vanila di atasnya dan hias dengan hirisan nangka dan manik warna warni untuk lebih menarik.
Info chef: Rasa nangka sangat sedap bila dicampur dengan ais krim vanila.
7. GREEN APPLE AND PEAR SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN:
2 biji buah pear | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
2 biji epal hijau | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
150ml yogurt asli
100ml susu segar
2 sudu makan gula
CARA MEMASAK: 1. Satukan dan masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan sebati. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.
Info chef:Minuman ini juga enak disejukkan dahulu sebelum diminum. Saiz hidangan : 2-3 orang Waktu memasak: 15 minit Jenis hidangan : Minuman Keistimewaan : Rasa masam epal yang bangkit selera
RESIPI: TERIMA KASIH ZETY HOT OVEN, SERI KEMBANGAN SELANGOR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi yang amat terkenal di kalangan warga ChetTinad (Chetti).
AYAM MASALA CHETTINAD
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam
2 biji bawang besar – dicincang
2 biji tomato – didadu
2 sudu teh halia – dikisar
2 sudu teh bawang putih – dikisar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh lada sula – ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
BAHAN TUMISAN:
3 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
Bay leaves-sedikit
1 sudu teh biji adas @ Jintan besar
Daun kari-sedikit
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam selama 30 minit dengan 1 sudu besar (sudu makan) serbuk cili yang disebut, serbuk kunyit dan separuh halia & bawang putih yang dikisar. Tambah separuh kuantiti garam yang diperlukan juga semasa memerap.
2. Tuangkan 2 sudu besar minyak masak dan tunggu hingga minyak panas. Kemudian masukkan bahan tumisan satu demi satu mengikut urutan diberikan.
3. Mula-mula masukkan bawang yang dicincang dan tumis hingga layu. Kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dikisar dan serbuk kunyit. Kacau bahan hingga sebati dan tidak hangit.
4. Sekarang tambah tomoto yang dipotong dadu dan hancurkanya menggunakan senduk. Semakin kecil keping lebih mudah ia untuk dihancurkan cepat.
5. Tambah serbuk ketumbar & 1/4 cawan air. Dengan api perlahan kacau bahan sampai sebati dan pecah minyak.
6. Masukkan kepingan ayam yang sudah diperap. Tutup kuali untuk mengeluarkan air ayam dan biarkan ayam masak dalam 8-10 minit. Perasakan dengan sedikit garam.
7. Masukkan lada sulah dna gaul rata. Tambahkan jus lemon selepas api dipadamkan. Hiaskan dengan daun ketumbar yang dihiris.
INFO: Ia digalakkan lebih baik untuk memasak kari ini dalam periuk NON STICK. KREDIT RESIPI & GAMBAR: Raven Roy Muthuveeran
Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesiasendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
Tulang daging RM10
Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
2 biji bawang merah – hiris
2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
1 ½ kiub pati daging
Perisa aji ( boleh ganti dengan cukup rasa)
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3-4 biji buah keras
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk lada sulah
BAHAN CILI KICAP:
1 genggam cili padi hijau
6 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu makan kuah bakso
4 sudu makan kicap manis
Serbuk cukup rasa secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan. 3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap. 4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik. 5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging. 6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya. 7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.
8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.
9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.
Bila datang waktu nak mengudap tu, mesti kita tercari-cari makanan kudapan yang sedap dan mudah kan. Nah, kalau nak yang cepat untuk dibuat, boleh cuba resipi ini.
Resipi popia yang hanya menggunakan 2 bahan saja ini, dikongsi saudari Mell Abdul Rahman. Jom kita buat!
RESIPI POPIA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia (tak kisah jenama apa, saya guna spring home) Crab stick
1. Bentang kulit popia (dalam posisi bucu menghadap kita). Letakkan crab stick atas kulit popia di bahagian bucu tersebut. Gulung sama seperti popia biasa.
3. Panaskan minyak. Goreng popia ketam sehingga kuning. Susun cantik-cantik dalam kuali supaya semuanya terkena minyak dengan sempurna.
4. Dah siap goreng, boleh dihidang bersama semangkuk kecil sos cili Thai.
*Tip untuk tak bagi popia meletup ketika digoreng; gunakan api yang perlahan saja tapi minyak biar panas betul. Isi ketam jangan tunggu sampai defrost. Masa dia masih frozen tu, balut terus.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!