Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
Halia
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato
Ads
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Ads
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis
Ads
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masalah singki tersumbat boleh buat spoil mood memasak kaum wanita. Kena selesaikan segera supaya pinggan mangkuk tak bertimbun sampai sakit mata.
Tapi sebelum panggil plumber kita sebenarnya boleh DIY untuk atasi masalah ini. Caranya hanya dengan menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas. Bukan saja singki, saluran bilik air atau longkang tersumbat pun boleh setel dengan kaedah ini.
Cara-cara
1) Sediakan baking soda, cuka dan air panas. Biarkan air dalam singki kering, atau keluarkan air di dalamnya.
2) Kemudian tuang baking soda dalam lubang singki diikuti dengan cuka. Ketika ini akan nampak berlaku kemeluapannya. Tunggu sekitar 5 minit.
3) Kemudian tuang air panas menggelegak di dalam lubang singki. Biarkan lebih kurang setengah jam. Waktu ini akan dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Tidak ada definisi tepat untuk superfoods, Secara umumnya ia diterima sebagai makanan yang mengandungi kandungan tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Superfoods bukan sekadar makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan, ia juga dikenali sebagai sumber antioksidan baik yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan perkembangan penyakit yang melemahkan.
1. Avocado
Kaya dengan L-carnitine yang boleh memetabolisma sel-sel lemak.
2. Teh Hijau
Mengandungi antioksidan yang akan meningkatkan metabolisma.
3. Bluberi
Mengandungi serat larut untuk membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama.
4. Badam
Mengandungi zink dan vitamin B untuk membantu mengatasi keinginan gula.
5. Limau Gedang
Diketahui membantu meningkatkan metabolisma.
6. Oat
Mengandungi serat larut yang juga boleh membantu anda merasa kenyang lebih lama.
7. Salmon
Mengandungi protein yang membantu membantu membina otot dan pembakaran lemak.
8. Keledek (Sweet Potato)
Rendah kalori tetapi mengandungi serat tinggi.
9. Oren
Serat yang tinggi dan membantu mengatasi selera makan.
10. Tomato
Mengandungi 9-oxo-ODA dan Ia juga mengandungi lycopene dan beta-karoten yang membantu mengurangkan lemak perut yang degil.
11. Epal
Mengandungi pektin yang menghadkan jumlah lemak yang diserap oleh badan anda.
12. Minyak Zaitun
Boleh melawan penyakit keradangan dan termasuk obesiti.
13. Cili
Membantu meningkatkan metabolisma, mempercepat penukaran tenaga lemak perut.
14. Pisang
Jumlah serat larut yang tinggi yang membantu memperlahankan pencernaan
15. Cuka Epal
Membantu penghadaman dan mengawal tahap glukosa darah.
16. Kulit Kayu Manis
Satu sudu meja boleh membantu mengawal gula darah.
17. Quinoa
Mengandungi rangkaian asid amino, kaya protein, dan jumlah serat yang tinggi.
18. Cendawan
Rendah kalori dan lemak, mengandungi kalium untuk tekanan darah yang bertambah baik.
19. Telur
Mengandungi lemak yang sihat dan kolesterol yang baik, sumber protein yang baik yang dapat membantu membakar lemak sepanjang hari.
20. Dada Ayam
Berkualiti tinggi protein yang boleh membantu anda membina otot tanpa lemak.
21. Greek Yogurt
Mengandungi lebih banyak protein dan kurang gula daripada yogurt biasa.
22. Brokoli
Rendah kalori tetapi tinggi nutrien dan serat.
23. Asparagus
Diuretik semulajadi yang boleh membantu membersihkan air berlebihan dalam badan.
24. Kacang Dhal
Mempunyai serat yang tinggi dan membantu anda merasa kenyang untuk masa yang lama.
25. Kurma
Kaya dengan zat besi, dapat mengimbangi berat badan dan mengawal tekanan darah.
Superfoods adalah makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan!. Selain itu, kita akan merasa kenyang dengan lebih lama, mengandungi serat tinggi, protein dan banyak lagi untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!