Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Ads
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Garlic Parmesan Carrot Fries
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Ads
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Ads
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minyak masak terpakai ada yang rajin simpan untuk jual semula tapi ramai juga yang buang saja.
Masalah bila buang dalam tong sampah, nanti minyak ini akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” atau pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah. Macam ni kejadiannya…
Lauk ayam goreng memang hampir setiap hari ada atas meja. Tapi bagi yang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu jimatkan minyak, ramai yang memilih goreng menggunakan airfryer.
Walaupun begitu tetap juga menggunakan sedikit minyak supaya hasil ayam goreng sedap. Namun sebenarnya ada cara menggunakan air fryer untuk menggoreng ayam tanpa menggunakan setitik pun minyak. Dikongsi Tsu Feh Sufiah kaedah ini juga menghasilkan ayam goreng yang sedap dan rangup.
Cara goreng ayam sedap & rangup tak guna setitik minyak pun
Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cuba tengok hasil ni! Misi goreng ayam tanpa minyak berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup. Nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam.
Caranya senang saja;
1. Basuh bersih ayam
2. Lumurkan ayam dengan ;
– Bawang putih (tumbuk lumat)
– Sedikit halia (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit serbuk & garam
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer , suhu 180 darjah. Masa 15 minit.
Notak: Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.