Anda  jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang.  Namun ada ketikanya anda tidak banyak  menggunakan kentang  dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya  kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.

6 Petua Mudah Supaya Kentang Tahan Lama & Tidak Busuk.

Pilih Yang Segar

Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia  masih belum matang dan  kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.

Jika terbeli banyak dan  kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari.  Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.

6 Petua Mudah Supaya Kentang Tahan Lama & Tidak Busuk.

Simpan Di Tempat Kering

IKLAN

Umumnya kentang boleh tahan satu  hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di  tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan  dua hingga tiga bulan.

Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak

6 Petua Mudah Supaya Kentang Tahan Lama & Tidak Busuk.

Jangan Cuci

IKLAN

Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan.  Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran  atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan

6 Petua Mudah Supaya Kentang Tahan Lama & Tidak Busuk.

Sentiasa Pantau Kesegaran

IKLAN

Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.

Jangan Simpan Kentang Dengan Buah

Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.

Freezer Jadi Penyelesaian

Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI