Bila bulan Ramadan bermula, tekak kita mulalah teringin nak makan macam-macam, maklumlah seharian berlapar dan dahaga. Kalau tak singgah bazar ramadan rasa macam tak lengkap pulak hari-hari kita ya. Walaupun bukan setiap hari tetapi, mesti ada menu yang kita nak sangat rasa sebab bila bulan ramadan ni, lain macam pula kesedapannya. Untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang, 6 tempat ni memang wajib pergi dan cuba makanan yang dijual.
1. ROTI JALA
Peniaga: Siti Fatimah Binti Aimi
Lokasi: Tapak Pasar Malam Jalan Wira
Buat peminat Roti Jala ini adalah antara yang mesti korang rasa. Tepungnya yang lembut dicicah pula dengan kuah kari ayam yang pekat, memang kena dengan selera. Pastikan ini ada dalam senarai menu berbuka Ramadan nanti.
Ads
2. NASI CAMPUR
Peniaga: Izan Zalikha Bt Rosli
Lokasi: Rumah Pangsa PKNS Jalan Kuching
Ramai yang berbuka terus makan nasi tetapi kalau hari bekerja kadang-kadang kita memang tidak sempat nak memasak. Bagi anda yang tinggal di kawasan Hulu Kelang dan sekitarnya, ini dia menu nasi campur yang korang boleh beli terus. Deretan lauk pauk pebagai pilihan pasti tidak akan mengecewakan. Kata orang boleh rambang mata dibuatnya. Aneka menu ayam, daging, ikan, udang, sotong, sambal, gulai, sayu dan ulaman semuanya ada. Boleh jamu satu keluarga.
3. NASI KERABU
Peniaga: Nurisan Bin Hai/naema
Lokasi: Jalan Wangsa Delima
Siapa tak kenal dengan nasi kerabu air tangan Nurisan ni. Aroma nasi birunya yang gebu dengan lauk-pauk yang sedap memang tak tahan dibuatnya. Dilengkapkan pula dengan ulaman dan budu. Wah tak toleh kiri kanan dah bila makan. Eh, kalau makan tanpa air mana boleh kan? Nak tahu apa minuman paling best layan dengan Nasi Kerabu ni? Cuba korang teguk segelas Coca-Cola Stevia sejuk. Pedas hilang, dahaga pun hilang. Indahnya hari…
4. KEPAK AYAM
Peniaga: Nor Kamariah Binti Isa
Ads
Lokasi: Jalan 2/10, Taman Melewar, KL
Kepak ayam kalau bulan puasa memang laris dan dicari-cari orang. Kalau mahu yang special anda patut cuba yang ni. Keenakan rempah ratus ayam akan lebih terasa dan menyerlah keenakannya bila minum pula segelas Coca-Cola Stevia sejuk. Kombinasi rasa pedas-pedas ayam dan sejuknya Coca-Cola dengan ais penuh gelas, memberikan satu rasa yang sangat unik dan segar.
5. SATE
Peniaga: Ahmad Nazrul Bin Mohd Nordin
Lokasi: Tapak Pasar Muhibbah Masjid Jamek, Kampung Sungai Penchala
Ads
Memang banyak sate dijual dipasar-pasar Ramadan tetapi nak cari yang ‘berjuicy’ dan ada pula sikit lemak diantara daging tu, memang rasa sedap sangat. Kena pula dengan kuah kacang yang pekat serta sambal tumis yang garing. Jadi kepada peminat sate, korang mesti cuba Sate ini. Tak menyesal.
6. NASI TOMATO
Peniaga: Norsa Nani Binti Abu Bakar
Lokasi: Taman Sri Manja
Bagi peminat Nasi Tomato, lokasi ini pastinya bukan asing lagi. Ini antara Nasi Tomato Terbaik yang mesti cuba. Pilihan lauk yang enak dan terbaik, melengkapkan menu berbuka anda. Nak lebih sempurna, lepas makan tu pekena pula segelas Coca-Cola Stevia. Wow, lain macam best dia. Manis masam nasi tomato bergabung dengan rasa segar Coca-Cola, memberikan rasa sempurna yang sukar diluahkan. Terasa begitu puas dan segala dahaga hilang serta merta.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat ayam, kini anda boleh menikmati ayam yang dimasak dalam pasu. Namanya Nasi Ayam Panggang Pasu FRD. FRD itu sebenarnya adalah singkatan daripada Food Runner Delivery.
Antara menu yang ada dijual di sini adalah Nasi 1/4 Ayam Panggang Pasu. Menu ini dijual bersama kari, sambal belacan dan timun. Harganya RM7. Separuh Ayam Panggang Pasu bersama Sos Black Pepper RM12. Seekor Ayam Panggang Pasu Bersama Sos Black Pepper RM23.
Menurut Mohd Kamal Shari, resipi ayam panggang pasu ini adalah olahan keluarga. Rasanya memang sedap dan sesuai dimakan bersama seisi keluarga.
"Boleh saya katakan, anda pasti akan suka dengan Ayam Panggang Pasu ni. Baunya pun dah naikkan selera. Apatah lagi kalau memakannya. Makan 1/4 ayam pun dah puas sebenarnya. Anda boleh cuba makan tanpa letak sos. Rasanya dah cukup sedap. Ayam ini garing di luar tapi lembut sangat di dalam," ujar Mohd Kamal Shari.
14 BAHAN TERBAIK
Ayam Panggang Pasu FRD mementingkan kualiti ayam yang disediakan. Sesuai dengan tagline gerai ini iaitu 'selera anda komitmen kami'.
"Sejak dari mula beroperasi pada 26 Ogos 2017, kami memang tak pernah membelakangkan kualiti. Ayam diperap dengan baik sebelum dipanggang di dalam pasu. Kami menggunakan 14 bahan terbaik untuk memerap ayam sehingga rasanya sedap dan puas dimakan," tambah beliau.
Bagi memudahkan orang ramai menikmati ayam panggang ini, Ayam Panggang Pasu FRD menggunakan khidmat runner untuk menghantar makanan yang dipesan.
"Orang ramai boleh memesan makanan seperti biasa dan kami gunakan perkhidmatan Food Panda dan Bungkusit untuk menghantar ayam panggang kepada anda. Gerai dibuka setiap hari dan anda boleh pesan pada bila-bila masa," ujar Mohd Kamal mengakhiri bicara.
INFO GERAI
NAMA GERAI: Nasi Ayam Panggang Pasu FRD
PEMILIK: Mohd Kamal Shari Johari
LOKASI: Persiaran Budiman Taman Sri Muda, Shah Alam
WAKTU OPERASI: 11 pagi hingga 6 petang setiap hari
WAJIB CUBA: Ayam panggang pasu bersama sos black pepper
Kedai Bahulu Pak Teh memang sudah terkenal di Parit Buntar, Perak. Mana taknya, baulu di sini memang sedap dan menggoda selera. Istimewanya di sini, Bahulu Pak Teh masih menggunakan resipi tradisional yang dikekalkan sepenuhnya.
“Saya memilih untuk berniaga baulu setelah berbincang dengan isteri mengenai produk yang ingin dijual. Atas permintaan ibu mentua pula, saya kekalkan resipi yang asli kerana ibu mentua tak bagi saya modenkan resipinya. Katanya, kuih asli biarlah kekal asli.” kata pemilik Kedai Bahulu Pak Teh, Khozali bin Sidik.
Kedai baulu ini beroperasi sejak Februari 2015. Kini selepas hampir 5 tahun berniaga, sambutan orang ramai sememangnya amat memberangsangkan. Menurut Khozali, setiap kali tiba musim perayaan, memang sambutan amat hebat sampaikan stok selalu tak mencukupi.
BAULU DENGAN CITA RASA HEBAT
Dijual dengan harga yang amat berbaloi, Bahulu Pak Teh sentiasa mendapat sambutan dan disukai ramai. Cita rasanya unik. Antara faktor yang menjadikan baulu ini sedap adalah tidak menggunakan bahan penaik dan dimasak tanpa meletakkan ovelette.
“Saya cuma menggunakan telur, gula dan tepung gandum. Jadi, rasanya memang betul-betul asli. Boleh saya katakan Bahulu Pak Teh memang sedap dan unik. Kuih ini rangup di luar dan gebu di dalam.”
Baulu cermai.
Baulu Cermai di sini jual pada harga RM4 (12 biji), RM10 (27 biji) dan RM15 (45 biji). Di sini juga ada jual pelbagai jenis biskut dengan harga antara RM20 hingga RM25.
Baulu ikan.
Baulu kemboja.
“Resipi baulu di sini adalah gabungan daripada mereka yang dekat dengan saya termasuklah ibu dan ibu mentua saya. Teknik membakar dan bahan adunan adalah daripada keturunan yang berbeza-beza dan diolah menjadi jenama Pak Teh.
Artis Pun Suka Bahulu Pak Teh
Antara pelanggan Bahulu Pak Teh.
Khozali bersama Lan Pet Pet.
Kenal tak? Inilah Iwan, yang dulu terkenal dengan dangdut.
Gembira nak membeli baulu.
Khozali ingin membawa perniagaan baulu ke tahap yang lebih tinggi.
Bengkel Operasi No. G, Tingkat Bawah Kedai 2 Tingkat, Jalan Masjid, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Pusat Jualan G-21,23252, Jalan Sekolah, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.
Jom, apa tunggu lagi? Ayuh dapatkan baulu dengan resipi istimewa ini sekarang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bagi yang suka makan banyak dan tercari-cari kedai yang menjual nasi murah tapi dalam kuantiti yang besar, lokasi yang RASA kongsikan kali ini memang wajib anda terjah.
Kedai Nasi Bukit Padang Jawa; nama yang tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk sekitar Shah Alam dan Klang. Ini kerana kedai ini sememangnya terkenal dengan menunya yang luar biasa. Jika anda menikmati hidangan disini, portion yang dihidangkan memang sangat besar. Mana tidaknya, sepinggan nasi goreng boleh dikongsi hingga 2-3 orang. Memang menimbun!
Malah kedai ini juga menjadi pilihan pelajar-pelajar universiti untuk datang makan bersama kawan-kawan. Selain hidangan yang besar, harganya juga amat berpatutan. Untuk sepinggan nasi goreng yang menimbun tu, harganya dalam anggaran RM5-RM10 sahaja bergantung kepada jenis-jenisnya. Pendek kata, kalau sekali makan tu, memang tersangat kenyang dan duit pun tak habis banyak.
Selain aneka nasi goreng, kedai Nasi Bukit Pada Jawa juga ada menawarkan pelbagai menu lain. Antara sajian yang menjadi kegemaran dan mendapat permintaan ramai adalah Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Nasi Ayam, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam. Air Kelapa dan aneka air gelas besar. Memang top sale!
Bagi penggemar Kambing Bakar, kedai ini juga ada menjual menu ni. Dengar kata, antara yang tersedap di Padang Jawa. Ha…Andai ke sini, anda bolehlah cuba nanti.
Kedai Nasi Bukit Pada Jawa dibuka setiap hari kecuali Jumaat ( tutup setiap 2 minggu sekali) bermula jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam.
INFO KEDAI: NASI BUKIT PADANG JAWA
ALAMAT: Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.
WAKTU OPERASI: Isnin-Ahad :12.30 tengahari -11.00 malam
WAJIB CUBA: Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Kambing Bakar, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam, Nasi Ayam, Air Kelapa.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...