Nak kelainan selera, jom kita cuba sajian brunei untuk berbuka pula. Negara serumpun yang kaya dengan tradisi makanan yag memikat selera.
Kalau ke Brunei tak lengkap kunjungan kalau tak cuba masakan ini. Jom semak resipi yang dikongsi tenaga pengajar dari SG Academy ni. Boleh buat sendiri aje, tak perlu terbang jauh.
.
1. SALAD UDANG BRUNEI
BAHAN – BAHAN :
1 biji mangga atau buah dabai | dihiris
1 biji timun | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili padi | dihiris
500gm salad
20 ekor udang
1 biji tomato | dipotong kiub
4 biji cili merah | dihiris
2 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
1 biji lemon | diambil jus
1 sudu akan gula
3 sudu makan sos cili thai
Garam secukup rasa
Daun ketumbar sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Rebuskan udang bersama sedikit garam dan sedikit air. Kemudian toskan. 2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali lemon dan sos cili thai. 3. Perahkan lemon dan gaulkan bersama sos cili thai. 4. Gaulkan rata semua bahan, perasakan garam gula 5. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : rebus & adunan Jenis masakan : Salad Brunei Keistimewaan : Boleh jugak digaul dengan mayonis dan sos mustard Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Jikalau tidak ada buah dabai boleh digantikan dengan buah mangga
2. DAGING MASAK HITAM BRUNEI BAHAN – BAHAN :
Ads
500gm daging masak pinang
4 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
50gm asam aur
100ml atau minyak masak secukupnya
Bahan dikisar halus:
2 tangkai daun kari
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3sm halia
2 sudu pas cili kering
2 sudu rempah kari daging
Bahan sos *dibancuh :
4 sudu makan kicap pekat
250ml pati santan
400ml air
20gm serbuk kari daging
Asam aur secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang | dihiris
Cili hijau | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging dan masak di atas api sehingga daging empuk. 2.Tambahkan bahan-bahan sos yang sudah dibancuh dan kacau sehingga pekat dan perasakan garam dan gula 3.Masukkan cili merah dan bawang (yang dihiris) digoreng tadi sehingga layu. 4.Taburkan daun bawang,bawang goreng dan cili hijau sebagai hiasan 5. Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 1- 2 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama, Brunei Keistimewaan : Keenakan sajian berempah dan pedas yang enak Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF :Jika tiada asam aur boleh digantikan dengan air asam jawa atau pun asam keping
3. SOTO BABU NINI BRUNEI BAHAN – BAHAN :
1 bungkus mi kuning
5 biji telur rebus | dibelah empat memanjang
1 ikat daun sup
1 bungkus kecil bawang goreng
50gm hirisan daging | dihiris nipis
1 biji bawang merah | ditumbuk
1 labu bawang putih |ditumbuk
2 batang serai|dititik
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 liter air atau air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, kayu manis, bunga lawang, garam dan gula.Gaul sehingga sebati dan masukkan air. Reneh sehingga mendidih. 2. Celur mi kuning, celur daging (lepas celup hiris daging tersebut untuk hiasan), rebus telur, hiris daun bawang. Ketepikan seketika. 3. Masukkan mi ke dalam mangkuk, telur( potong empat), hirisan daging, bawang goreng, daun bawang dan tuangkan sup yang mendidih tersebut. 4. Hidangkan.
Saiz hidangan : 1- 2 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Celur,tumis dan didih Jenis masakan : Soto Brunei Keistimewaan : Mi soto yang lengkap dengan daging dan telur sungguh menyelerakan Anggaran kos : RM 7
Tips :boleh tambah taugeh dan sayuran hijau seperti sawi atau pun salad
4. TONGKENG AYAM BAKAR
.
BAHAN – BAHAN :
200gm tongkeng ayam
1 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan air asam jawa @jus limau
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang besar | dikisar
5sm @ 2 inci halia |dikisar
5 biji asam boi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 batang serai | dikisar
Bahan pencicah :
3 sudu makan sos plum
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan cili sos
1 sudu tomato sos
1 sudu makan madu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk cili secukup rasa
2gm daun ketumbar
2.5sm @ 1 inci halia
Bahan hiasan :
1 batang cili hidup | dihiris
Bijan putih secukupnya | ditabur
CARA MEMASAK : 1. Perap tongkeng ayam dengan bahan kisar dan segala bahan, perap selama 20 minit. 2. Kemudian cucuk tongkeng ayam pada lidi pencucuk. 3. Bakar tongkeng ayam menggunakan oven selama 15 minit pada suhu 180°c atau boleh juga menggunakan dapur pemanggang. 4. Tongkeng ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar @ gril Jenis masakan : Daging ayam Keistimewaan : Pewarna merah pada tongkeng ayam daripada asam boi yang diperap bersama ayam semalaman, sedap dimakan bersama sos pencicah Anggaran kos : RM 6
Ads
INFO CHEF : Perap tongkeng ayam terlebih dahulu dengan air asam limau. Kemudian bilas untuk mengelakkan bau hamis tongkeng ayam.
5. HATI BUYAH
BAHAN – BAHAN :
200gm hati buyah (lembu)
1 sudu teh jintan manis |disangai dan dikisar
1 sudu teh jintan putih | disangai dan dikisar
1 sudu teh biji ketumbar | disangai dan dikisar
6 biji cili merah| dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2gm bawang putih
3gm serbuk kunyit
2gm serbuk cili
2gm gula
2gm garam
2gm lada sulah
5gm halia
2gm lada hitam
1batang serai
CARA MEMASAK : 1. Goreng separuh masak hati buyah. Kemudian hiris nipis. 2. Kisar jintan putih, jintan manis, biji ketumbar, bawang putih dan bawang merah kemudian gaul bersama hati buyah.Biarkan hati buyah diperap. 3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan hati buyah yang sudah diperap. 4. Kemudian masukkan serai yang diketuk serta perasakan dengan gula, garam dan lada hitam. 5. Goreng hati buyah sehingga kering dan garing. 6. Hidangkan.
Saiz hidangan : 1- 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak :goreng Jenis masakan : Brunei Keistimewaan :sesuai untuk pengemar organ dalaman Anggaran kos : RM 6.00
INFO CHEF : Rebus hati buyah separuh masak bersama halia untuk menjadikan daging lembut apabila digoreng.
6.DAGING BELUTAK GORENG
BAHAN – BAHAN :
Ads
5 biji cili merah | dihiris nipis
10 biji cili padi | ditumbuk
5 biji bawang besar | dihirss nipis
1 kg bawang putih
1kg bawang merah | dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
5gm halia| dihiris nipis
5gm serbuk kunyit
500gm daging | dihiris
200gm usus lembu (untuk disumbat daging belutak)
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Hiris daging belutak setebal setengah inci, kisar cili padi, bawang putih, dan bawang merah. Gaul sehingga sebati. 2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau masukan daging belutak dan gaul sehingga sebati. 3. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan cili besar yang dihiris nipis. 4. Perasakan garam dan gula kemudian biarkan seketika. 5. Cuci usus bersih. Kemudian masukan daging yang ditumis tadi kedalam usus tersebut (jangan sampai penuh supaya senang untuk diikat). 6. Ikat usus yang diisi tadi seperti sosej dan keringkan (sidaikan) di bawah sinar matahari selama 3 hari. 7. Bila nak masak, keluarkan daging dan goreng dalam minyak panas
Saiz hidangan : 1- 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Brunei Keistimewaan : Daging belutak rupanya seakan sosej, campuran daging dan bahagian lain yang digaul dengan rempah ratus dan disumbat dalam usus Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Sekiranya anda ingin cepat dan tiada masamasak daging belutak, boleh juga digantikan dengan sosej Kemboja (yang dah siap diproses).Rasanya beza sedikit,namun tetap sedap.
RESIPI : Pengajar :NADZIRAH ABDUL RAZAK, WAN NORAINI SYUHADA MOHAMAD & FARIBURZ ANAK KANDAU
Pelajar Sg Academy :SITI NUR IZZATI ABD ALAM & MOHAMAD SHAFIT SALLEH
Terima kasih : SG Academy, Lot D-00-03A, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
www.sgacademy.edu.my
Macam-macam cara orang masak pindang atau dikenali juga di sesetengah tempat sebagai asam rebus. Namun apapun nama rasanya lebih kurang. Ia mesti ada rasa masam dan pedas. Sebahagiannya di tambah dengan aroma serai atau daun kunyit. Kali ini RASA ingin kongsikan salah satu cara masak pindang iaitu Pindang Ikan Kerisi dengan Kacang Bendi. Teringin boleh cubalah ye.
PINDANG IKAN KERISI BERSAMA BENDI BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah. 2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan. 3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan. 4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. 5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. 6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kastard Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
1 paket ayam goreng segera
4 biji bawang putih | cincang
2cm halia | hiris halus
1 biji bawang besar |hiris tebal
2 sudu makan kicap masin
250ml jus oren
1 biji parutan kulit oren
2 sudu teh serbuk stok ayam
125ml air
2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh tepung jagung
250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
Daun bawang sebagai hiasan
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi. 3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar. 2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur. 3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api. 4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef:Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Sup Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE
MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK: 1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan. 2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai. 3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Jem Keistimewaan : Rasa masam dan manis Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK: 1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi. 2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. 3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras. 4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone. 5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm. 6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone. 7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 biji parutan kulit oren
60ml jus oren
125gm mentega yang dicairkan
125ml susu segar penuh krim
2 biji telur saiz B
125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati. 3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung. 4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang ternyata sedap-sedap belaka. Jika hendak dikira jumlah dan jenisnya, pasti tidak terhitung. Untuk laksa sahaja pun ada terlalu banyak jenis. Ada laksa lemak Kelantan, Laksa Kedah, Laksa Penang, Laksa Sarawak,Laksa Nyonya dan banyak lagi. Itu belum kategori lauk pauk, kuih muih, minuman, kerabu, manisan dan sebagainya. Namun yang pastinya, setiap sajian punyai keunikan serta rasa yang tersendiri.
Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor yang bakal berlangsung malam nanti, admin nak belanja seleksi resipi tradisional dari kedua-dua negeri ini yang boleh anda cuba buat di rumah. Memang sedap dan unik. Malah ada diantaranya adalah kuih tradisional yang amat jarang ditemui. Sebagai contoh, kuih Bunga Pudak. Dekat Kedah je ada kuih ni. Memang sedap! Anda ke sana memang kena cuba.
Jom lihat resipi-resipinya:
RESIPI TRADISI KEDAH
1. LAKSA KEDAH
Kata orang Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi.
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa kasar (besar) – direndam dan direbus
1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
4 ulas bawang merah
1 1/2 sudu kecil belacan
20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
4 keping asam keping
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan – dibelah
3 batang serai – diketuk
Telur rebus secukupnya
Limau nipis – dipotong
Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :
Daun pucuk jangguih (gajus)
Daun ulam raja
Daun Selom
Daun pucuk putat
Timun
Cili padi
Bawang besar
CARA MEMASAK:
Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepas kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
Masukkan asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.
CARA HIDANG:
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya.
Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus.
Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis.
Kalau dapat menu ni memang leka. Jika berkunjung ke kenduri perkahwinan di kawasan Utara, selalunya akan disajiakn denga lauk ni. Kena cuba sebab memang best!
BAHAN-BAHAN:
2 batang umbut pisang – potong menyerong dan buang benangnya
1 kg tulang
1 kg daging – potong ikut suka
75 gram serbuk kari daging
1 cawan cili kering kisar
4 cawan santan pekat
2.5 liter santan cair
1 cawan minyak
3 keping kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
4 tangkai daun kari – lurutkan
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Bahan hiris:
30 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
8 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan sehingga timbul aroma.
Masukkan cili kisar dan gaul sebati.
Kemudian masukkan serbuk kari serta daun kari. Tambahkan 1 cawan santan cair. Perlahankan api dapur. Tumis bahan hingga terbit minyak.
Campurkan daging bersama tulang dan masukkan kesemuanya ke dalam kuali. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi layu.
Tambahkan santan cair. Biarkan gulai mendidih sehingga daging empuk.
Masukkan umbut pisang. Masak lagi sehingga umbut layu / lembut.
Akhir sekali tambahkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
Sejenis kuih lembut yang lemak manis dan kaya dengan haruman bawang goreng. Biasanya, orang tua-tua suka makan kuih ini. Teksturnya yang lembut dan lemak-lemak manis memang kena dengan selera orang Melayu.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang rose – dimayang halus sedikit minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Gorengkan bawang dengan minyak yang mencukupi sehingga ia garing. Angkat dan ketepikan.
Satukan tepung, air, gula dan garam. Kacau hingga tepung sebati dan larut atau kisarkan aja.
Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan 1-1/2 sudu tehminyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
Masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
Kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
Kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
Ambil loyang atau bekas dan sapukan dengan minyak bawang tadi.
Terus tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya. S
Nota: Boleh letakkan loyang di dalam bekas berisi air untuk sejukkannya. Semua sukatan bahan menggunakan sudu dan cawan metrik.
Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Bagi yang nak rasa, kuih ni boleh didapati di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.
BAHAN-BAHAN:
INTI:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau
KULIT:
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk inti. Goreng dengan api sederhana, kacau hingga kering.
Gaul semua bahan untuk kulit. Biar 1/2 jam.
Sediakan kuali sederhana panas. Ambil 1 sudu adunan tepung masuk dalam penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
Masukkan inti ditengahnya. Lipat empat segi.
Panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.
Laksa yang unik kerana ia menggunakan spageti berbanding kebanyakan laksa lain yang menggunakan laksa beras.
BAHAN-BAHAN:
220gm spageti | direbus
BAHAN KUAH:
200gm ikan kembung | direbus dan dikisar
100gm bawang besar
50gm bawang putih
20gm cili kering
1 batang serai
10gm jintan putih
10gm daun ketumbar
1 batang bunga kantan
800ml air rebusan ikan
200ml santan
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
10gm sambal belacan
10gm cili padi | dipotong kasar
10gm timun
5gm daun kesum
5gm daun selasih
1 biji limau nipis | dibelah dua
CARA MEMASAK:
Didihkan air rebusan ikan di dalam periuk.
Selepas itu masukkan bahan kisar, jintan putih, isi ikan, daun ketumbar, dan bunga kantan. Didihkan.
Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
Akhir sekali, masukkan spageti ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan yang lain. Tuangkan kuah laksa di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
2. KACANG PHOOL
Andai ke Johor tetapi tidak menikmati hidangan Kacang Phool, memang tidak lengkap percutian anda. Sajian ini dihidangkan bersama roti dan telur mata. Ada juga hiirsan bawang serta cili bagi pelengkap rasa. Memang best!
BAHAN-BAHAN :
1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 gm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :
Roti – lagi best roti paun – dibakar dan sapu mentega
Telur – digoreng mata kerbau
Cili hijau – dipotong kecil
Buah tomato – dipotong dadu
Bawang besar – dipotong dadu
Limau kasturi – belah dua
CARA MEMASAK:
Satukan rempah kari dengan serbuk ketumbar dan sedikit air.Kemudian digaul rata jadi pes .
Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi.Biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak, jadi wangi dan masak .
Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak .
Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau .
Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean .
Kacau semua bahan sampai cukup sebati, boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula untuk rasa yang seimbang .
Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat .
Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biarkan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh dimakan dgn roti .
Salah satu sajian mi yang sedap! Mi Bandung Muar ni memang legend. Kuahnya yang pekat, penuh rasa udang kering. Dalam setiap hirupan kuah penuh rasa nikmat. Pergh…Kena cuba ni.
BAHAN-BAHAN:
1 kg mee kuning (dicelur dan di toskan)
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
1/2 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
1/2 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun saderi & daun bawang, jika suka (dihiris)
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, udang kering danair rebusannya, gula, bawang putih serta bawang merah.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.
Masukkan sos tiram, udang, daging rebus,batang sawi, bahan-bahansampingan dan air rebusan daging dan garam
Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.
Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk.
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara Membuat Kuah:
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari kacau rata.
Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
CARA MENGHIDANG:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.