Cara mudah buat pes lauk kegemaran keluarga, sangat mebantu ibu-ibu di dapur. Siap 6 jenis masakan yang boleh di buat selama seminggu. Boleh menjimatkan masa memasak di dapur, sesuai untuk anak-anak ramai dan ibu bekerjaya.
Ramai yang tanya bahan2 untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni, saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan…
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
Tomato 5 biji
Bawang besar 5 biji
Cili api 3 bijik
Cili kering 5 bijik
Lada besar 5,6 biji
Serai 10 batang
Lengkuas 2 inci
Daun limau purut 5,6 helai
Belacan seinci pastu bakar
Udang kering dlm 10-15 ekor
CARA MEMASAK:
1. Blend je semua sekali pastu tumis dlm minyak ( letak lebih sikit utk pes tahan lama)
2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap
3. Masukkan dalam bekas kecik2 dan bekukan
4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot.
5. Perasakan dgn garam dan gula
2. PES GULAI
BAHAN-BAHAN:
Bunga lawang 5 kuntum
Buah pelaga 10-15 biji
Kayu manis 2,3 batang
Cengkih 7,8 biji
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Lada giling satu plastik
Rempah gulai 10 sudu
Kerisik
Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
CARA MEMASAK:
1. Panas minyak,tumiskan lada giling
2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak
3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan
4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bhsa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur
Ads
3. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 10 biji
Kayu manis 2,3 batang
Rempah kari 10 sudu
Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
CARA MEMASAK:
1. Tumis rempah 3 beradik
2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak
3. Beku kan
4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula
4. PES KURMA
BAHAN-BAHAN:
Ads
Buah pelaga 10 biji
Bunga lawang 5 kuntum
Kayu manis 2, 3 batang
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Rempah kurma 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan rempah 3 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.
5. PES SUP
BAHAN-BAHAN:
Bunga lawang 5 biji
Cengkih 7 kuntum
Kayu manis 2,3 batang
Buah pelaga 10 biji
Lada hitam
Bawang besar 5 bijik
Bawang putih setengah labu
Halia 3 inci
Rempah sup 10 sudu
Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
CARA MEASAK:
1. Tumus rempah 4 beradik
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam ,gula,kentang
Ads
6. PES MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 5 biji
Bawang putih setengah labu
Halia 2 inci
Lada giling sebungkus
Kisar semua sekali kecuali lada giling
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan lada giling
2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak
3. Bekukan
4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
NOTA: Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sgt masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam, daging dah bersihkan siap2, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak.
KONGSI RESIPI: Sitinorokiah Omar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila hidangkan sandwich tebal dan macam makan di restoran atau hotel, mesti suami dan anak-anak akan suka.
Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Resipi dan cara yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, boleh dijadikan bekal sebagai minum petang atau sarapan buat suami dan anak-anak.
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang.
SANDWICH TEBAL 3 LAPIS
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti mil wholemeal bread 2 keping lof daging ayam 6 hirisan timun jepun 6 hirisan lobak merah – beli online di sini 2 helai daun salad (basuh dan keringkan) 1 keping keju Sos bijan panggang
1. Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sedikit marjerin pada setiap kepingan roti. 2. Goreng lof daging ayam di atas kuali sehingga masak. Ketepikan.
3. Timun setelah dihiris, mesti dilapkan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun. Ketepikan. 4. Lobak merah dihiris lagi memanjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
5. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad. Letakkan satu kepingan lof daging ayam. 6. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin. Letakkan satu kepingan keju.
7. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga. 8. Susun hirisan timun jepun. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
9. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir). Siap sandwich 3 tingkat.
10. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Selalunya lauk dalca daging lebih enak jika kita gunakan bahagian daging kambing yang dicampur dengan tetel ataupun daging rusuk. Dalca akan lagi sedap kita nikmati selepas simpan semalaman kerana kuahnya lebih mesra.
DALCA KAMBING BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
500gm kambing bersama tulang | direbus hingga empuk terlebih dahulu
500ml santan pekat
1 liter santan cair
Air secukupnya
6 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan cili kisar
1 keping asam gelugur
Garam, gula dan gula Melaka secukup rasa
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
4 tangkai kacang panjang | dipotong pendek
1 batang lobak merah | dipotong
2 biji cili merah | dipotong
2 biji bawang besar | dikisar halus
5 biji bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
1 inci halia | dikisar halus
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dimayang halus
2 ulas bawang putih | dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Bancuh bahan kisar halus bersama serbuk kari. Gaul rata dan jadikan seperti pes.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Masak hingga wangi.
Kemudian masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga garing.
Tambahkan bancuhan pes kari tadi. Masak lagi hingga garing.
Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan seketika barulah dimasukkan santan cair dan air. Biarkan mendidih.
Setelah kentang sedikit empuk, masukkan daging dan tulang kambing yang telah direbus empuk.
Masukkan asam gelugur, kacang panjang, cili merah dan santan pekat.
Perasakan dengan garam, gula dan gula Melaka dengan secukupnya. Biarkan mendidih dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika kurang menggemari daging kambing, boleh diganti dengan daging lembu.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Kuah yang tidak terlalu pekat dan tidak berbau.
Rindukan kampung halaman, tiba-tiba teringat kuih lejen ni. Kuih Jongkong ni rasanya ada ala ala kuih tepung pelita.Bezanya kuih tepung pelita, lapisan putih berada di atas sekali dan tidak dibungkus tertutup. Balut dengan daun pisang. Adunan santan dan pandan dan ada gula merah. Serbuk gula merah digunakan supaya bila dikukus nanti akan berkuah, sedap. Aroma daun pisang tu akan menyedapkan lagi. Masuk peti ais lagi sedap. Lagi banyak gula dan santan, lagi sedap dan berkuah.
Bahan-bahan: Adunan hijau Air pandan 1 cawan tepung beras Air kapur Sedikit tepung ubi. -BELI ONLINE DI SINI
Kacau-kacau, lebih kurang adunan buat cendol. Lembut-lembut kenyal.
Adunan putih Santan Garam Air Tepung beras. Sama macam adunan tepung bungkus/tepung pelita, tetapi lebih lembut. Kena lemak.- BELI ONLINE DI SINI
Daun pisang
Cara memasak:
1.Kacau keduanya atas api separuh masak. Masa mengacau tu,agak-agak adunan lembut lekat kat hujung senduk elok lah tu. Kalau keras tambah air panas.
2.Di tengah tengah daun pisang diletakkan sepotong lapisan hijau. Masukkan 1 sudu besar gula merah dan akhir sekali, masukkan santan.
Serbuk gula merah/ racik gula melaka/gula kabung. Kalau serbuk gula merah saya guna pek warna hijau cap bintang. 3.Lipat acuan daun pisang tadi seperti bungkus tapai dan semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.
4.Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!