Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu! Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip yang RASA kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.
Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang anda perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini enam tip yang boleh anda ikut.
1.Asingkan Daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang. Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2.Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka kerana boleh mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.
Ads
3.Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bungkusan untuk sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer supaya daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selainitu bakteria mudah membiar, tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.
Ads
4.Simpan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
5.Simpan Dalam Bekas Bertutup
Ads
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.
6.Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang lengkap dan mudah ini, diharapkan tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban atau bila anda beli daging dalam jumlah yang banyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu perkongsian dari saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
1. Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya. Pastikan bakar dengan api terus seperti dalam gambar atau guna kayu api pun boleh.
3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ni. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.
4. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.
5. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.
6. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.
7. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.
8. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.
9. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan.
Tetapi ada juga yang jarang berdengkur melainkan stress dan penat yang melampau. Namun, tahukah anda tidur berdengkur sebenarnya menjejaskan kualiti tidur anda dan orang sekeliling, terutamanya pasangan. Mesti rasa stress mendengar pasangan anda yang berdengkur, lagi-lagi setiap malam.
Nampak remeh, tapi sebenarnya anda memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya. Petua mudah yang dikongsikan wanita ini mungkin boleh dicuba oleh anda yang megalami masalah ini. Tak perlu modal yang banyak, bahan yang digunakan boleh didapati di dapur rumah sahaja.
Ada yang telah berjaya mengatasi masalah dengkurannya dengan hanya menggunakan 3 bahan mudah ini. Air suam yang dicampur bersama bahan ini hanya diminum sebanyak 4 kali, ajaibnya masalah dengkuranya hilang serta merta. Menarik bukan?
Jom kita ikuti petua yang dikongsikan beiau di bawah. Selamat mencuba !
Alhamdulillah.. saya sendiri dah cuba buat.. dalam 4 kali saja minum air ni.. dengkur hilang serta merta.. bahan-bahan hanya guna barang yang ada di dapur je.. tak susah pun nk cari.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
Madu
Air suam
Cara-cara:
Air suam suku gelas rendamkan knyit hdup dlm segelas selama 5 minit.
Menu daging goreng kunyit amat mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang kita hadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.
TIP NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.