Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!

Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini

  • Ikan goreng
  • Ubi kayu
  • Tempe goreng
  • Ayam goreng

5 Bahan Rempah Utama:

  • Bawang putih – banyak
  • Kunyit hidup – 2 inci
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam himalayan atau sea salt

Cara mebuatnya:

  1.  Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.

Tambahan

IKLAN
  • Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
  • Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat

Cara Untuk Menggoreng Ayam

5 Bahan Ini Boleh Jadi Penyedap 4 Jenis Masakan, Tapi ‘Mak Pesan’ Kena Gaul Pakai Tangan!

  • Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
  • Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.

Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu

5 Bahan Ini Boleh Jadi Penyedap 4 Jenis Masakan, Tapi ‘Mak Pesan’ Kena Gaul Pakai Tangan!
Kredit: SurayaMsyed
  • Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
  • Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.

Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?

  • Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
  • Boleh makan dengan sambal kicap johor

Sangan / Goreng Tanpa Minyak

Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.

IKLAN

5 Bahan Ini Boleh Jadi Penyedap 4 Jenis Masakan, Tapi ‘Mak Pesan’ Kena Gaul Pakai Tangan!

IKLAN

Mak Pesan

Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.

 

Sumber/Foto: Mai Mgnesium / Viralkami

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI