Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.
Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.
Ads
PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:
1. Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
3. Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
Ads
4. Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tanga. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Tahukan anda bahawa cili benggala yang sering menjadi bahan perencah dalam masakan ini sebenarnya ada kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jangan tak percaya!
Kandungan vitamin A dan C yang terkandung pada cili benggala sangat baik sebagai antioksidan untuk mencegah dari radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dalam kulit. Ia sangat sesuai untuk mereka yang kerap melakukan akiviti luar.
Untuk menyediakan masker ini sangat mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji lada benggala| dibelah empat
2 sudu makan madu
Sedikit air
Cara membuat:
Belah lada benggala kepada empat. Bersihkan.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
Masukkan madu. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
Ambil adunan dan sapu pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian cuci dengan air bersih.
Amalkan petua ini seminggu sekali sebagai rutin untuk mendapat meremajakan kulit wajah seterusnya membantu menjadikan anda awet muda.
Amalkan petua ini seminggu sekali sebagai rutin untuk mendapat meremajakan kulit wajah seterusnya membantu menjadikan anda awet muda. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah peduli tak pada warna sayur, buah atau makanan yang di makan mempunyai zat atau tidak? Apa ada pada warna ungu, kurang sekali ibu bapa yang mementingkan warna dalam pemakanan seharian. Hal ini amat penting untuk tumbesaran anak-anak, lebih lagi jika mereka memilih makanan pun hanya kerana warna. Apa kata kali ni kita cuba kenalkan makanan berwarna ungu untuk seisi keluarga anda.
Mengapa penting mengenalkan makanan berwarna ungu pada anak?
Penasihat nutrisi dari Cardiff Sports Nutrition, Matthew Plowman, mengatakan bahawa buah dan sayuran berwarna ungu seperti terung, ubi ungu, dan kubis ungu, blueberry, buah naga, beras hitam dan buah plum mengandung antosianin, sejenis antioksidan yang bermanfaat melawan penyakit, menunda penuaan, mengurangi peradangan dan melindungi kesihatan jantung. Banyak penelitian yang juga menunjukkan bahwa konsumsi buah dan sayuran berwarna ungu secara teratur dapat menurunkan risiko hipertensi dan kolesterol.
Selain itu, makanan berwarna ungu juga memiliki khasiat yang luar biasa seperti berikut:
Makanan berwarna ungu seperti kubis ungu atau terong sangat baik untuk mengatur pergerakan usus dan menghindari sembelit pada anak.
2. Anak anda mudah lupa atau sulit untuk fokus? Tiga hingga empat buah plum sehari akan memberikan antioksidan yang cukup untuk membantu meneutralkan sel-sel perosak radikal bebas yang mempengaruhi daya ingatan.
3. Salah satu jenis antioksidan pada buah berwarna ungu adalah asam chlorogenic. Menurut para peneliti dari Perancis, antioksidan dalam makanan berwarna ungu ini dapat mengurangi perilaku cemas dan mengurangi kadar anak untuk tantrum.
4. Buah dan sayur yang berwarna ungu memiliki kemampuan yang setara susu dalam hal meningkatkan substansi kepadatan mineral tulang pada bagian tulang belakang dan tulang pada lengan. Selain itu akan membantu pertumbuhan tulang pada anak anda lebih optimal.
Jom, start memberi anak sayuran dan buah berwarna ungu pula!
Sumber:
Parenting.com
WholeFoods.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pencinta kopi pasti merasakan harinya belum lengkap tanpa meneguk secawan kopi. Malah ada yang mengatakan dengan secawan kopi ia boleh memberikan tenaga dan mood bekerja seseorang. Untuk memenuhi keperluan kopi, penggemar kopi pastinya mempunyai simpanan kopi di dapur. Malangnya kerap kali timbul kopi yang disimpan menjadi keras dan tidak sedap lagi bila dibancuh.
Tahukan anda sebenarnya kopi boleh tahan lama, jika disimpan dengan cara yang betul. Nak tahu bagaimana cara? Ini dia tipnya:
Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Ini wajib anda lakukan kerana kepantangan kopi adalah terdedah pada udara. Selepas membeli serbuk atau biji kopi, segera simpan di dalam bekas kedap udara seperti dalam botol yang bertutup rapat. Selepas guna juga hendaklah tutup rapat penutupnya.
Beli Ikut Keperluan
Cuba beli kopi ikut keperluan, sebaiknya simpan stok kopi tidak lebih dari dua minggu, jika terlalu lama disimpan dibimbangi kualiti rasa dan aromanya semakin berkurangan.
Simpan Kopi Pada Suhu Bilik
Kopi sangat sensitif pada sinar matahari dan tempat yang panas. Paling selamat simpan kopi di dapur dengan suhu bilik yang normal dan kurangkan pendedahan cahaya matahari.
Elak Simpan Bersama Makanan Yang Kuat Bau.
Sifat kopi adalah menyerap bau, oleh itu elakkan menyimpan kopi bersama dengan rak rempah ratus atau dalam peti sejuk kerana ia akan menyerap bau.
Pilih Biji Kopi Bukan Serbuk Kopi
Untuk simpanan lebih lama, lebih baik anda membeli kopi dalam bentuk biji bukan serbuk. Biji kopi tahan lebih kurang dua bulan jika dibandingkan dengan serbuk. Malah aroma dan kualitinya juga lebih terjamin. Oleh itu kisar biji kopi bila ingin meminumnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!